IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 26, 2011

Ikut resam padi

Baru 4 hari aku menetap di Kuala Lumpur. Dan sepanjang aku menetap di sini, aku telah bertemu dengan pelbagai jenis ragam dan kerenah yang datangnya dari manusia yang berlainan serta beza dari warna kulit.



Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang meninggi diri, ada yang merendah diri. Ada yang berpengaruh, ada yang sebaliknya. Ada yang celik, ada yang buta hati. Ada yang lurus, ada yang bengkok. Ada yang pandai, ada yang dungu.



Tetapi setiap orang mesti ada jenis manusia yang dia tidak boleh bersama atau get along bukan? Begitu juga dengan aku ! Dan mungkin ada orang sekeliling aku yang mungkin tidak boleh get along atau menerima aku bersama mereka. Adat dunia memang begitu lah.



Aku paling tidak suka dengan manusia yang berlagak paling hebat, paling pandai, paling bijak, paling clever dan sama waktu dengannya.


Namun, aku memang kagum dan teruja melihat orang yang hebat dan pandai. You all pon mesti kagum juga kan ? Tetapi kesombongan kebongkakan yang meloyakan telah mengkotori kehebatan, kebijaksanaan dan kepandaian manusia. Tu yang tak best tu.



Adakah salah jika kita cuba mengikut pepatah yang berbunyi sebegini "ikut resam padi,semakin tunduk semakin berisi "



Apa yang bestnya kalau kita meninggikan batang hidung sendiri.. bukan ke kita juga akan ke tanah juga ? Renung renungkan lah wahai para blogger serta rakan rakan yang membaca !



p/s: tengah bersiap nak pergi kenduri abang terchienta.

2 comments:

AmirFX said...

Padi Nasional mintak royalti ngn ktk sebab ktk makei resam sidaknya.. haha..

pu3mas said...

@AmirFX aiii tauk ka cdak nya kmk make resam sidak?? hihi