IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 27, 2013

Sentap | Kecewa.

Ada pelajaran hidup yang aku pernah tanamkan dalam fikiran aku semenjak dari dulu lagi. Cuma kebelakangan ini, aku terlupa dan teralpa dibuai kehidupan duniawi.

"apa sahaja kejadian buruk yang berlaku, atau hati kau terguris oleh sesuatu, ingatkanlah ayat ini : SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"jika kau menjadi sombong dan lupa daratan bila dilimpahi kesenangan dan keindahan dunia, segera ingat tentang ayat ini :SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"ketika kau menemui kegagalan dalam hidup kau, kau juga kena ingat bahawa: SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. , jadi kau tak perlu nak bersedih lama lama lagi. " 

hidup sebagai manusia ini pasti ada naik dan turun nya. Kadangkala segala usaha kita ada yang berhasil, dan kadangkala pula ada yang gagal. Tapi kau kena tahu bahawa tiada yang kekal seadanya. Semua yang hadir pasti akan pergi,berlalu dan menghilang. Manusia tidak pernah kehilangan keseimbangan dalamannya, mungkin keseimbangan tu hilang tapi tak mungkin akan hilang selamanya. So insyaAllah kita semua akan menemui kebahagiaan.


sama sama kita mendoakan yang terbaik untuk diri kita..

:)

Sunday, December 30, 2012

30 Disember !!

Salam.

Dalam diam tak diam, makin hari aku makin melangkaui ke arah kematangan. Hati aku selalu berbisik yang "Aku daahh besarrrr kan? Bukan budak kecik lagi macam 10 tahun lepas. Aku dah boleh fikir dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri aku sendiri"

Kadang-kadang kita tak perasan yang setiap perlakuan yang kita lakukan, setiap percakapan yang kita cuba untuk lontarkan mungkin boleh menyakiti dan membuat orang di sekeliling kita akan terasa.  Aku seperti manusia yang lain yang mana melakukan kesilapan, mudah lupa, lalai dan alpa. Mungkin kita fikir apa yang kita lakukan semua tu betol dan semua orang boleh terima dengan cara kita. Tapi, itu semua salah sama sekali dan tidak boleh diterima pakai. 


Kadang-kadang, aku mudah sensitif dengan teguran orang lain. Mungkin itu cara aku daripada dulu lagi dengan susah untuk menerima pandangan dan teguran orang lain. Tapi, bila difikir-fikir, diteliti semula dan aku cuba untuk muhasabahkan diri sendiri, sampai bila aku nak degil dengan sikap buruk macam ni. Tiada kebaikan yang akan aku dapat dengan sikap macam tu, malah mungkin akan membuatkan orang di sekeliling aku pergi jauhhhhhhh daripada aku sedikit demi sedikit. Ya Allah... bantu dan permudahkanlah jalanku.


Aku cuba untuk muhasabah diri sendiri. Bukan aku tak usaha untuk berubah, aku berubah. Aku cuba jadi seorang yang berpewatakan "baru" . Banyak benda yang aku kena belajar dan faham. 

Aku cuba untuk betolkan keadaan dan aku cuba untuk memahami perasaan orang di sekeliling aku.. Yeahhh.. aku kena berubah. tapi andai aku leka dan alpa, ingatkan aku kembali kepada-Nya.


SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA DIRI SENDIRI :) 16 safar 1434 H