|
I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO! |
Masih anda ingat pertama kali anda jatuh cinta? Do still remember the moment when we first fall in love?
Berapa ramai antara anda pembaca yang ingat dengan jelas setiap detik itu. Sila kedutkan dahi anda sebagai tanda anda tidak ingat dengan jelas. Anda boleh juga terus senyum menandakan anda do treasure the moments. This is not a happy romantic love class, ok. This is just to remind us how we tend to forget the very important meanings in our life. The moment when we first saw love, one moment in time. Sila anggukkan kepala dan senyum dengan pipi sedikit senget untuk saya. Thanks.
Unless when the first time when we fell head over heel, it was a love tragedy, mungkin kita akan mengingatinya selama mana mungkin. Tetapi jika kita take it for granted, saya pasti anda berkerut dahi cuba mahu mengenangkan saat itu.
Percayalah, manusia sememang sifatnya mudah lupa. Things like how we first met is always forgotten.
Saya selalu berfikir, kita terlalu alpa dalam mengejar hal duniawi persis materialistic sehinggakan perkara ‘percuma’ yang berlaku terhadap kita berlalu begitu saja. Kita gagal dalam mengenal erti perhubungan atau human touch antara sesama insan seperti mana kita menghargai wang. Sesetengah dari anda pasti mengatakan wang adalah segala-galanya. Jangan silap ya, saya pun berpendapat sedemikian.
Cuma untuk lebih tepat saya positif mengatakan yang wang dan hubungan insan harus berlaku selari. Ini kata-kata dari ibu saya yang agak keberatan saya mahu bersetuju di depannya, walau dalam hati sudah lama mengiya. Wang tanpa human appreciation tiada maknanya. Begitu juga cinta yang dilayari keperitan hidup seharian. Saya cuba cuma mahu lebih praktikal di sini, untuk hidup zaman kini wang adalah elemen utama untuk kita bergerak. Dan, jika wang tiada diiringi rasa perkongsian dan baurkan kegembiraan bersama, hampir pasti tiada kesannya.
This is where we need to treasure moments that shaped our relationship, supaya hari-hari yang dilalui lebih bermakna. Jika kita acapkali ingatkan diri untuk tidak terlupa foundation sesuatu perkara, contoh bagaimana sesuatu perkara bermula atau tercetus, saya yakin kita akan lebih aware dalam menghargai perkara itu. Tidak kiralah ia berkenaan cinta atau perkara remeh saja. Tahu anda meredah detik apresiasi, tahu hati rasa bahagia mengenangkannya.
If you treat thing good, good will pay you back.
Kadang kala saya terfikir sendiri, adakah insan-insan yang dijadikan tuhan memang dilahirkan untuk terus terlupa untuk melawat sejarah hidup mereka. Maksud saya bukan tidak sedar semuanya yang telah mereka lalui tetapi pada perkara-perkara yang tersendiri nilai insaninya. Mungkin ayat saya kurang jelas diatas. Contoh terbaik kita boleh lihat dari cereka pendek Rabun yang ditayangkan untuk mengutip derma Mercy Malaysia September 2003 yang lalu. Ketika saat Pak Atan mencuci kaki Mak Inom dengan berus sabut sewaktu mandi benar-benar mencuri hati saya. Atau saat di mana Pak Atan terjatuh hingga terluka kakinya, dan risau isterinya membuang debu dan merawat luka itu hingga air matanya mengalir sayu umpama dirinya sendiri yang tercedera, tidak boleh tidak menggamit memori saya terdahulu. Romantik dan sarat dengan kasih sayang.
Betapa mereka yang telah 47 tahun hidup bersama masih lagi dalam dan luas penghargaan insani yang ditunjukkan masing-masing. Tiada perasaan segan silu atau malu sendiri singgah di hati , atau pun lintasan fikiran yang mengatakan ‘aku dah tua, tak perlu lagi nak manja-manja macam tu’ menghalang dari rasa cinta dikongsi dan revisited.
Mungkin perkara-perkara sebegini yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis blog saya di laman siber. Menulis, berfikir, menaip, berfikir, bertafakur, menganalisis, memahami keadaan dan sebagainya, dan berfikir lagi. Mungkin saya ini jenis manusia yang suka berkongsi ramai akan perkara berpengajaran yang pernah saya lalui atau lihat dengan mata sendiri.