Rasanya seperti mimpi !
19 Julai 2012, tak pernah tercapai dek akal ku untuk memijakkan kaki ke NEGARA MATAHARI TERBIT untuk kali kedua nya (kali pertama pada 25 Oktober 2011). apatah lagi dengan mendapat tanggungan sepenuhnya dari pihak JAPAN (trip pertama dulu di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan MALAYSIA) .. sangat kagum dan pergghhh caya la kau Mas..
Masa proses pemeriksaan imigresen pulak, memang agak lama, banyak pula soalan yang ditanya kepada dengan aku. Berapa hari di sini? bercuti ke? tinggal di mana? dijemput oleh siapa? dan pelbagai soalan yang pelik-pelik. Padahal kedatangan aku telah pun direkod sebelum ini oleh pihak HIROSHIMA. Cap jari pun dah ambil, masih tak berpuas hati lagi ke PAKCIK ! saja latue nak tengok aku lama lama.. opssss poyo ! (nasib pakcik tak hensem kalau tak mesti aku dah snap snap with you ! outchh)
ok soalan demi soalan di ajukan.. akhirnya...
tadaaaaaa ..... kejut tak kejut tak !! inilah kad pengenalan diri ku sepanjang 2 bulan menetap di japan ! |
Selepas semua siap, aku naik 2 train untuk ke Hiroshima.. mula-mula ke Shin Osaka Station Then naik satu lagi train terus ke Hiroshima Station. Semua perjalanan mengambil masa 5 jam. sampai ke Hiroshima Station aku tunggu wakil HIROSHIMA CITY HALL menjemput diriku diiringi dengan RED CARPET.. yahoooo aku tipu !
tunggu perkongsian seterusnya bersama MEREKA !
bye ! bye !