IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 27, 2013

Sentap | Kecewa.

Ada pelajaran hidup yang aku pernah tanamkan dalam fikiran aku semenjak dari dulu lagi. Cuma kebelakangan ini, aku terlupa dan teralpa dibuai kehidupan duniawi.

"apa sahaja kejadian buruk yang berlaku, atau hati kau terguris oleh sesuatu, ingatkanlah ayat ini : SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"jika kau menjadi sombong dan lupa daratan bila dilimpahi kesenangan dan keindahan dunia, segera ingat tentang ayat ini :SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"ketika kau menemui kegagalan dalam hidup kau, kau juga kena ingat bahawa: SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. , jadi kau tak perlu nak bersedih lama lama lagi. " 

hidup sebagai manusia ini pasti ada naik dan turun nya. Kadangkala segala usaha kita ada yang berhasil, dan kadangkala pula ada yang gagal. Tapi kau kena tahu bahawa tiada yang kekal seadanya. Semua yang hadir pasti akan pergi,berlalu dan menghilang. Manusia tidak pernah kehilangan keseimbangan dalamannya, mungkin keseimbangan tu hilang tapi tak mungkin akan hilang selamanya. So insyaAllah kita semua akan menemui kebahagiaan.


sama sama kita mendoakan yang terbaik untuk diri kita..

:)

Sunday, December 30, 2012

30 Disember !!

Salam.

Dalam diam tak diam, makin hari aku makin melangkaui ke arah kematangan. Hati aku selalu berbisik yang "Aku daahh besarrrr kan? Bukan budak kecik lagi macam 10 tahun lepas. Aku dah boleh fikir dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri aku sendiri"

Kadang-kadang kita tak perasan yang setiap perlakuan yang kita lakukan, setiap percakapan yang kita cuba untuk lontarkan mungkin boleh menyakiti dan membuat orang di sekeliling kita akan terasa.  Aku seperti manusia yang lain yang mana melakukan kesilapan, mudah lupa, lalai dan alpa. Mungkin kita fikir apa yang kita lakukan semua tu betol dan semua orang boleh terima dengan cara kita. Tapi, itu semua salah sama sekali dan tidak boleh diterima pakai. 


Kadang-kadang, aku mudah sensitif dengan teguran orang lain. Mungkin itu cara aku daripada dulu lagi dengan susah untuk menerima pandangan dan teguran orang lain. Tapi, bila difikir-fikir, diteliti semula dan aku cuba untuk muhasabahkan diri sendiri, sampai bila aku nak degil dengan sikap buruk macam ni. Tiada kebaikan yang akan aku dapat dengan sikap macam tu, malah mungkin akan membuatkan orang di sekeliling aku pergi jauhhhhhhh daripada aku sedikit demi sedikit. Ya Allah... bantu dan permudahkanlah jalanku.


Aku cuba untuk muhasabah diri sendiri. Bukan aku tak usaha untuk berubah, aku berubah. Aku cuba jadi seorang yang berpewatakan "baru" . Banyak benda yang aku kena belajar dan faham. 

Aku cuba untuk betolkan keadaan dan aku cuba untuk memahami perasaan orang di sekeliling aku.. Yeahhh.. aku kena berubah. tapi andai aku leka dan alpa, ingatkan aku kembali kepada-Nya.


SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA DIRI SENDIRI :) 16 safar 1434 H

Saturday, September 22, 2012

JAPAN : OSAKA.

Rasanya seperti mimpi !

Aku tak seperti orang lain, mengimpikan untuk ke Jepun sejak dari kecil. Japan bukan destinasi pilihan aku. dan langsung tak pernah masuk dalam senarai tempat idaman aku.. Tapi jangan tanya aku mengapa dan kenapa ! sebab aku memang tak akan dapat merungkap jawapan yang indah untuk di dengari . okey anda paham? yeahh terima kaseh ! 


19 Julai 2012, tak pernah tercapai dek akal ku untuk memijakkan kaki ke NEGARA MATAHARI TERBIT untuk kali kedua nya (kali pertama pada 25 Oktober 2011). apatah lagi dengan mendapat tanggungan sepenuhnya dari pihak JAPAN (trip pertama dulu di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan MALAYSIA) .. sangat kagum dan pergghhh caya la kau Mas.. 

Kansai Airport, Osaka di depan mata :)

selepas 7 jam berhempas pulas di dalam kapal terbang , NOW aku dah di negara orang, jauh dari family... okey tampar tampar muka biar merah ! WOW ! meremang bulu roma. Sangat terkejut dan terus terkejut dan tersangat merasakan diri ini  ‘sangat kampung’ .. hey Mas, baru airport depan mata la, belum lagi mesin mesin yang canggih manggih ! korang tau kan, Airport kansai nie terletak kat tengah tengah laut, so memang sunyi and tersangat la indah permandangan ! 

KUASA ALLAH MEMANG HEBAT .

















Masa proses pemeriksaan imigresen pulak, memang agak lama, banyak pula soalan yang ditanya kepada dengan aku. Berapa hari di sini? bercuti ke? tinggal di mana? dijemput oleh siapa? dan pelbagai soalan yang pelik-pelik. Padahal kedatangan aku telah pun direkod sebelum ini oleh pihak HIROSHIMA. Cap jari pun dah ambil, masih tak berpuas hati lagi ke PAKCIK ! saja latue nak tengok aku lama lama.. opssss poyo ! (nasib pakcik tak hensem kalau tak mesti aku dah snap snap with you ! outchh) 

ok soalan demi soalan di ajukan.. akhirnya... 
tadaaaaaa ..... kejut tak kejut tak !!
inilah kad pengenalan diri ku sepanjang 2 bulan menetap di japan !

Selepas semua siap, aku naik 2 train untuk ke Hiroshima.. mula-mula ke Shin Osaka Station Then naik satu lagi train terus ke Hiroshima Station. Semua perjalanan mengambil masa 5 jam. sampai ke Hiroshima Station aku tunggu wakil HIROSHIMA CITY HALL menjemput diriku diiringi dengan RED CARPET.. yahoooo aku tipu !

mereka ini la yang akan bertanggungjawab terhadap aku sepanjang mengenal erti hidup di negara orang !
kiri sekali : Warron (Amerika Syarikat), Aku (Malaysia), Morio San (Japan), Yulia (Rusia), James (Grece)




tunggu perkongsian seterusnya bersama MEREKA !

bye ! bye !


Friday, September 21, 2012

BORNEO to the WORLD ! (entry bergambar !)




Hi kengkawan !! Wah sangat FRIENDLY la pendahuluan begitu kan. Anyway aku telah terbang ke HIROSHIMA JAPAN pada 18 JULY 2012 dengan menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINE. so harga return tiket aku adalah RM---- , disebabkan tiket aku di beli oleh pihak SPONSER (kerajaan Japan), so aku agak kurang pasti (malas sebenarnya nak ambil tahu) berapa harga tiket !! 

18 July 2012

Flight pertama aku pukul 7.30 petang  dari KUCHING ke KL dan flight kedua aku dari KL ke OSAKA pada pukul 11.30 mlm dan dijadualkan untuk tiba pada pukul 7.00 pagi keesokkan hari nya.
Trip aku ini adalah selama 2 bulan. 


muka terpaksa senyum ! cett porrdaaahhhh ~



ramai family and sahabat handai mai untuk hantar aku g. cett rasa sayu pun ade jugak masa tue yela 2 bulan tak jumpe lepas nie kan. (poyo sey, 2 bulan pon nak sedih sedih bagai.. heyy ade aku kesah ~) RAYA SESORANG & PUASA SESORANG.. wow kelas kau MAS ! 














bersama mak ku yang cantek ! cayangggg mak ~






dari kiri : paan, sharmine, hafzan, teeettttttt, upzandillah & mak ku yang CANTEK !







jangan tanya aku apa yang terjadi !! hikhikhik senyum sorang sorang tengok muke sendiri...









best oooo jadi kanak kanak riang ...






okey dah berangkat ke JAPAN dah ...  

Ok nak cerita departure pon dah ambil masa yang lama. Oh tuhanku, istiqmahkanlah aku dalam menulis blog ini. Amin! 

Tunggu tau entry seterusnya =)

Surat Cinta dari Hiroshima 2



Assalammualaikum ~

Ya Allah, lama sangat dah tak update apa apa entri di belog ini. Ish ish ish.  Tahun 2012 adalah tahun sibuk bagi aku, alahai kasihan. Kalau ada masa terluang pun, akan dihabiskan terbongkang atas katil ataupun buka lemari korek korek sampai jumpa kerepek lepas tu melantak sambil layan lagu. Hish bughok bebeno rupa. Ni pun baru tergerak nak update belog. dalam masa yang sama tengah pulun nak siapkan presentation board untuk isnin ni ! Tapi tak kiraa, nak baring atas katil kejap sambil menaip. Bukan senang nak dapat mood menaip ni ! Ajaib betul !

Meh nak cerita sedikit apa yang berlaku sejak 3 bulan yang lepas . (HOI BUDAK KECIK BARU SIKALANG U NAK HUPDATE !! gilo ini olang ~)

Alhamdulillah semua pengembaraan berjalan dengan lancar. Tak ada lagi gangguan emosi atau seangkatan dengannya. What? Pengembaraan? (buat muka blur ! hikhikhik..) okey dengan rasa bersalah dan tulus jujur, nak mohon maaf dulu sebab sangat menggantungkan cerita. mohon imbas ini kenangan --> Surat Chienta Dari Hiroshima



Nak di jadikan cerita, aku dapat Tawaran untuk jadi trainee di Hiroshima City Hall. okey sangat teruja dan rasa nak nangis. T_T dah nagis ppoooooonnnnn. sangat tak percaya dan rasa nak pengsan, yela dengan usia aku yang terlalu tak matang, tiba tiba dapat offer besaQ macam nie.. hey bergegar seluruh badan tau. Family, Boss n semua kawan kat office kasi semangat ! okey aku terima walaupon dengan rasa sayu.. kenapa aku sayu erkk? korang, dalam surat nie aku akan tinggal di Hiroshima selama 2 bulan. yang paling sedih akan BERPUASA & RAYA DI PERANTAUAN ! YA ALLAH SENTAP !! 

walaupun dalam keadaan yang sangat tak percaya, aku tetap gagah kan diri untuk meneruskan pengembaraan di sana, segala persiapan di lakukan satu persatu.. mula-mula semestinya aku Buat visa di Embassy Japan di KL.. then, Passport ! yeah passport aku masih hidup, 2013 baru due, sebab tahun lepas kan dah renew masa nak g JAPAN gak. tiket dan kediaman dan elaun semua di uruskan oleh pihak JAPAN, aku just datang n bersuka ria sahaja. hikhikhik... 

..................

tunggu !

Tuesday, June 12, 2012

Surat Cinta dari Hiroshima.


Assalamualaikum


Lameeenyeww akuww takkkww hupdateeww belogww (errrkkk perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan?) Yeah yeah.. aku has been very busy with life. Walaupun kehidupan aku hambar dan tak glamorous macam Korang namun aku tetap very vogue de vas, ok fine.. Apahal aku ni, perenggan pertama langsung tak da isi penting kot.

Korang Aku tengah bosan gila ni...Tapi mungkin lebih kepada gila daripada bosan. Disebabkan aku tak tahu nak buat apa, meh lah aku tanya soalan dekat diri sendiri lepas tu jawab balek sendiri. 

*apa perasaan sekarang??
*Tak ada perasaan tapi rasa macam nak update blog.

Eh! dah TER UPDATE PULAKKKKK ~~~


Anyway, selain bersenang lenang di waktu senggang, hobi aku juga adalah travelling. Tapi setakat ni aku baru pergi tempat dekat-dekat lah sebab semua perbelanjaan adalah sendirian berhad kan. Kalau nak tengok gambar meletop dalam blog ni tunggulah aku kumpul duit lama sikit baru boleh jejak kaki ke Korea ataupun Australia hihi. Atau mungkin ada orang nak sponsor? Anyone?

haaa hambik kau.. paham ke tak paham... mesti korang paham nama aku je kan... hihiihi

Ini la surat yang aku maksudkan.. surat chienta aku nie special sikit.. sapa yang boleh baca bagitau aku ye.. korang memang hebat la.. k lah tunggu entry seterusnya k.. nanti aku translate kan, sebab aku nak buat slide presentation plak jap lagi.. sebab esok aku di jemput untuk kasi ceramah di RIVERSIDE HOTEL berkaitan ENVIRONMENTAL HEALTH... =)



hmm penat tau nak buat satu satu entry .. aduhai... (budget retis la kan ! ahakz ..)

tata korang !!!


Sunday, April 29, 2012

i miss you .

Jangan pisahkan kesetiaan dan kejujuran itu sebab keduanya saling perlu memerlukan. Dan Cinta lah yang menyatukan kedua kedua nya. Cinta yang mampu memberian kesetiaan pada hati yang benar merasakan. Dan Cinta yang mampu memberikan kejujuran melihat kenyataan itu. Setialah pada hati dan kejujuranmu.. Dan jujurlah untuk kesetiaan itu.





p/s : it really shouldn't be hard especially when you care about someone ;)


Tuesday, February 21, 2012

Senyumlah Wahai Hati

Senyumlah..


Sekalipun untuk hati sendiri..
Sekadar untuk menguatkan jiwa yang mulai lemah..
Sekadar untuk mengembalikan kesedaran yang mulai pudar..


Tersenyumlah...


Untuk menghilangkan pahitnya perasaan yang tak dapat diungkapkan..


Tolong,
Tersenyumlah...
Dan berhenti lah berharap duhai hati..

Sunday, January 29, 2012

Letak la apa-apa pun tajuk!

-
-
-
-
-
-
-
-


Sunday, January 22, 2012

Jiwa kosong

Kalau dulu waktu kecik, aku selalu berpura pura menangis sebab nak tarik perhatian mak bapak sebab nak beli cokelat fav yang bentuk angka 8 tu yang macam versi smarties cikai cikai cap ayam punya. 

Tapi sekarang bila dah besar panjang ni, aku selalu berpura pura tidur lena bila tengah menangis sebab nak elakkan dari kawan tanya soalan macam macam. 

Kalau waktu kecik, senang je. Bila menangis, terus dapat. Tapi sekarang bila dah besar....

Betul lah cakap orang, tak semestinya benda yang kita suka tu akan jadi milik kita selamanya. Mungkin kita tak kuat untuk menjaganya. Mungkin kita tak serasi untuk menjaga bersama sama. Sebab tu Dia dah aturkan segalanya untuk kita. 


Dia pisahkan kita untuk kebaikan kita. Mana tahu kegagalan aku yang lepas boleh menjadi inspirasi aku untuk berjaya lepas ni ? siapa tahu kan. 

Thursday, January 19, 2012

Adakah itu cinta?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan, bahkan sering ada jarak antara kita, dan wujud pelbagai batasan. Adakah itu adalah cinta?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis, dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan. adakah itu adalah cinta?




Ya, mungkin kisah kita berbeza dengan definisi mereka. Tetapi kisah kita mengikut definisi Nya. Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada, sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita. Manis hubungan bukan pada pegangan tangan, juga bukan pada bicara kata, tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan, dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka. Nanti bila bersama, kita bukanlah keluarga biasa, bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga Nya.


Awak, adakah itu cinta?
 

Tuesday, January 10, 2012

Cinta kan untuk dimiliki.

Di hadapan orang yang kau cintai, segala kata kata yang keluar berasal ikhlas dari perasaan yang sangat mendalam. Orang kata, kira macam dari lubuk segala hati..  Di hadapan orang yang kau suka pula, kata kata yang keluar hanya dari fikiran sahaja, bukannya dari lubuk hati..


Kalau orang yang kau cinta menangis, kau pun akan ikut menangis tanpa sengaja atau tanpa dibuat buat di sisinya.. Kalau orang yang kau suka menangis, kau hanya menghiburkan hati dia yang lara sahaja..

Perasaan cinta yang sebenar bagi aku ialah dimulai dari mata. Sebab tu ada pepatah mengatakan dari mata turunya ke hati. Sedangkan rasa suka pula dimulai dari telinga. Jadi, kalau kau mahu berhenti menyukai seseorang, cukuplah dengan sekadar menutup telinga.

Tapi bila kau cuba menutup mata kau dari orang kau cintai, cinta tu akan berubah terus menjadi air mata dan akan makan masa yang lama untuk buang perasaan itu dari hati. Mungkin memakan masa selamanya.. siapa tahu kan ? Aku tahu.


Tapi selain rasa suka dan rasa cinta, ada satu lagi perasaan yang lagi mendalam. Iaitu rasa SAYANG. rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang sukar untuk berubah. Perasaan yang boleh membuat kita berkorban untuk orang yang kita sayangi. Lebih rela menderita demi melihat kebahagian orang yang kita sayangi.


Cinta ingin memiliki dan dimiliki. Tetapi S A Y A N G hanya ingin melihat orang yang di sayangi bahagia.. walaupun harus merelakan kepergian.. harus meratapi kehilangan.

Friday, January 06, 2012

PILIHAN TERBAIK !

Tak ada yang dapat lari dari menjalani hidup tanpa pilihan. Tak ada yang dapat memungkiri bahawa hidup adalah pilihan. Hidup ada lebih dari sejuta pilihan dan disebalik segala pilihan ada segala kisah kisah masa depan yang tersembunyi dan tak dapat di bayangkan dengan pasti. 

Kadang-kadang di saat kita memilih, kita fikir bahawa mungkin inilah terakhir untuk sebuah pilihan, namun ternyata di dalam pilihan yang kita pilih itu sendiri masih ada lagi pilihan pilihan yang lain yang mungkin lagi sulit. Setiap pilihan menghasilkan risiko, setiap risiko mendatangkan masalah, setiap masalah mungkin kadang kadang dapat mendatangkan bencana.

Awal awal pagi lagi kita dah mula untuk buat pilihan. Contohnya, pagi pagi bila bunyi alarm phone bangun, dalam mamai mamai tu masih sempat lagi nak buat pilihan sama ada nak tutup bunyi alarm atau terus bangun mandi. Kalau aku, sudah semestinya terus mati kan alarm dan sambung tidur balik. hihihi.

Bukan hidup namanya kalau tiada pilihan.
* Aku suka topik ni. Nak cakap panjang lebar, tapi tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa, akan cerita lagi pasal ni. Korang percaya pada Karma tak ? Aku percaya :)

Sunday, January 01, 2012

HELLO 2012

 
New Year, New Spirit ! ! ! ! 
FOKUS pada yang PATUT.
LUPAKAN apa yang TAK PATUT.


Friday, December 30, 2011

30 Disember

Hye esok.. Kenapalah engkau perlu muncul.
Hye esok.. Kenapalah engkau perlu cepat sangat..
Hye esok.. Kenapalah engkau perlu mencemburui masa aku.
Hye esok.. kenapalah engkau perlu berlalu dengan pantas sangat.
Hye esok.. boleh tak kalau aku nak tukarkan engkau hari-hari kelmarin?
Hye esok.. boleh tak kalau esok aku nak buat-buat tertido ke, buat-buat lupa  ke
buat-buat bodo ke, buat-buat tak tau ke..
  

4 perkara yang perlu anda WAJIB amik tau wahai pembaca2 blog saya sekalian
 
1st : Hari ini 30 Disember
2nd : Hari ini hari Jumaat
3rd : Hari ini, tarikh ini 30 Dis, mak aku tengah sarat mengendong aku dalam perut dia yang besar tuh.
Merayap ke sana dan ke sini... Menunggu saat-saat kelahiran aku.
4th : X paham2 lagi ke aku nak ape? haha
 
member kat opis buat kecoh kat opis... huhu segan =)
 
aku dah besar dah kan,kan,kan,kan. Dulu korang kenal aku cinonet je lagi. Sape yg kenal aku since Friendster mesti tau punye.. hehe 
 
Bagaikan baru kelmarin aku belajar merangkak, belajar menaiki setiap batu-batu tangga, berlari2 anak, belajar bercakap.. pelat pulak tuh, merengek untuk dibelai, disuap nasi ke mulut.. hingga aku lupa dan alpa rupa-rupanya anak ibu sorang nih dah besar panjang pon. Bukan setakat besar panjang, dah cukup umur dah pon. Pejam celik pejam celik dah jadi ANAK DARA dah pon kann? dan pejam celik pejam tak celik-celik, anak mak sorang nih dah boleh kawen dah. Eyh sowy2.. tershashullll lak lidah nih... :P

HAPPY BIRTHDAY UNTUK DIRI SENDIRI 
CIK MASTURA

Sunday, December 25, 2011

I believe in love, do you?

I just wanted to say I think the best people in life are the ones that get brokenhearted, time and time again and can still open their hearts to love after the exasperating pain of heart break. Those are the best kinds of people in life. 

The ability to love anything and anyone is a gift. And anyone who hasn't found love yet should not fear, because it's fear that drives you to insanity and worry. But its hope that sends you to belief and opens your heart again to love and for love. And once you've found it, and really found it, Love will never let you down. It will be faithful and kind. 

Love will be beautiful and unpredictable. And even though I haven't found it, I feel all these things for it. I don't know why and I don't know how, but I can tell you I really do believe In love.


Lol I know this sounds like a motivational talk for everyone but I was just feeling inspired. I just wanted to get one of the nice things I was feeling about love off my chest. But of course I'm angry, hurt and frustrated sometimes, that's a natural emotion just know you should be all driven to smile and be happy with the thought of the hope of love. And to those who have found love, be happy. Don't let go, hold on tight, because he or she is a keeper. And be inspired by that love, because people like myself who long to find 'the one' envy you and can't wait to be in your position. But I say to myself everyday when the time is right it will happen.


And it will. Insya Allah.


Friday, December 09, 2011

Serius aku penat sangat !

Oh meeeen,

memang penat gila weh wa cakap sama lu. Mata penat, tangan penat, dahi penat (dahi penat sebab asyik kerut je time buat kerja. konon fokus lah kan), kaki penat (sebab bersila), tulang belakang sakit (sebab selalu bongkok time buat kerja. Penat sampai rasa macam dah tak boleh tidur dah. Paham tak macam mana ? Kalau jenis aku lah kan..aku ni kalau dah terlampau penat, memang tak boleh terus tidur. Memang tak akan lelap. Aku kena chill chill dulu, baring baring dua jam dulu, then baru lah boleh tidur. haaa, aku punya mata memang jenis macam tu.


Senyum je lah mampu aku kasi. Dalam hati 'wuarghhhhhhhhhh'


"hari tu aku buat projek dua hari tak tiduq kot. memang lah dua hari tu tak lah lama mana.. TAPI KALAU DUA HARI BUAT KERJA TAK BEHENTI LAMA GILAAA KOT ! ! "

Yes. Memang tak tidur langsung dari 12.00 am sampai ke dua hari seterusnya. Otak terus ngeng sekejap. Kerja belambak gila kambing. Belum habis satu kerja, satu kerja pula datang. Pagi pagi pukul 7 pagi macam tu, mandi mandi semua.. then terus start buat kerja sampai lah ke 12 tengah malam tu. Boleh imagine tak? deeeeeeemmmmmmmm. tak suka !


Pape pun, jangan amalkan ini selalu ye. 

Then pukul 12 tengah malam tu baru lah mandi. Haaa yang ini jangan ikut. Jangan ikut mandi malam sebab itu sangat tak elok okay. Tapi nak buat macam mana, time tengah busy macam ni, aku rasa better aku siapkan terus kerja kerja aku then baru nak mandi ke, makan ke, meniarap ke. Eh eh eh, tapi aku tak busuk okay kalau lambat mandi. Aku memang dilahirkan untuk jadi wangi. So kalau mandi lambat pun, still wangi lagi. ngueheheheheh.

Tengah stress buat kerja, tiba tiba entah macam mana terlintas dalam kepala otak 'kan best kalau doraemon jadi member aku, boleh minta tolong dia pinjamkan alat yang boleh siapkan semua kerja dalam masa 3saat' =.=" yang tak boleh blahnya, siap masuk mimpi kot pasal Doraemon ni. terbaik lah kan. Tapi kenapa mimpi? kenapa tak betul betul? hahahammmmboi melebih kau Mas :P

Bye Bye Bye. 
 

Kalau aku bercinta.

Kalau aku bercinta..
Dengan siapa akan aku bercinta, Cinta kerana hatinya, Atau cinta kerana paras rupanya. Bagaimana harus ku jaga cinta, Menjadi sesetia yang mungkin, Atau sekadar bermain dingin. Ke mana arahnya ku punya cinta, Ke arah yang diredhai, Atau ke arah untuk dinodai. Apa janji - janji ku pada cinta, Berjanji bersama selamanya, Atau berjanji kelak meninggalkannya.


Kalau aku bercinta...
Apa rancangan masa depan cintaku, Berakhir dengan dia dikahwini, Atau berakhir dengan perpisahan yang tidak diingini. Apa ilmu yang diperlukan untuk bercinta, Ilmu dunia dan akhirat untuknya, Atau sekadar ayat-ayat manis untuknya.


Kalau aku bercinta...
Apa batas - batas dalam bercinta, Menjaga kehormatan dirinya, Atau merosakkan dirinya. Perlukah ku korbankan diri untuk cinta, Sedangkan islam menyuruh jihad pada agama, Atau Islam hanya sekadar nama.


kepada hencex cinta, dengar la Harapan ku pada cinta, Supaya diri ini dihargai, Supaya diri ini menjadi pimpinan pada si Suami. 

INSYA ALLAH =)

Sunday, December 04, 2011

okey tak kalau hantaran aku nanti 20K??

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh..
Untuk sekian kalinya kita bersua lagi di sini yakni di blog pu3mas89.
Aku nak ucapkan thanx a lot buat kalian yang still dok jenguk-jenguk, dok ngintai-ngintai, dok skodeng-skodeng, dok tejulor-julor, tejelir-jelir, dok silent-silent kat blog aku nih. Aku harap sangat2, dengan adanya blog nih, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim kita sesama insan. InsyaAllah.


Owrite.. aku baru je balik daripada teman mak aku nih g jenjalan. jenjalan mana tah aku tak ingat. HAHA (padahal baru je 2 jam lepas, cepat tol lupe). Tiba-tiba tadi aku terasa mulut aku memang gatal nak bertanya kat mak aku soalan makan dalam nih. 
 


"Mak..mak..mak..mak.. (gaya sore memang ala-ala manja palsu), sekarang nih kan mak, kalau orang nak kawen kan, duit hantaran dia brape mak? Pastu, tanpa disedari, mak aku dah keluar dah senyum dia tuh, macam lah aku tak tau ape makna senyuman palsu dia tu. huhu. Nampak sangat dia nak tanya soalan yang dah beribu belas ratus kali dia akan tanya..
 

"Ada ke yang nak kan kau nih Mas?".  Maaakkk aaiihhh... den sontap! Pantang den oghang dok tanyO soklan camtuh. huhu.


takde la.. aku saje je tanya soalan tuh. Sebabnya malam tadi aku dok belek
sok kabar ruangan soal jawab nih. Ada sorang laki nih, nak kawen sangat aku nengok, terdesak pon ada gak, huahuahua, dia mengadu kat pakar jawab soal tuh, yang dia dah nak kawen, tapi calon isteri dia pulak wat hal.. mintak duit hantaran sampai 20k or 30k cam tuh rr.. tak ingat sangat. Wooowww! aku time tuh, dah dok terbayangkan daa, kalo 20k or 30k nih, mesti muka calon isteri dia cantek cam Heliza ke.. Tiz Zaqiah nur kasih tuh ke or sape-sape lah kan. Time aku baca tuh, memang tergelak-gelak gak laaa.. tapi dalam hati je lah.. sebabnya bapak aku ada depan aku.. nanti takut aku lak kene hambor ngn bapak aku. huhu. 


Sepatutnya.. benda2 camni tak yah la jadi.. Sebab apa yang aku baca semalam, dalam Islam, soal hantaran tak timbul sama sekali kerana yang penting mas kawen. tapi tak salah hantaran tuh diwujudkan sebagai tanda hadiah penghargaan seorang lelaki kat bakal isterinya.. just perlu pastikan benda alah tuh tak menyusahkan. Ok cop.. cop.. cop.. aku rasa macam aku nih pakar nasihat perkahwinan je kan. ngaaaa~ 


Means kat sini, aku bukan nak cakap yang aku pakar sangat dalam bab-bab kawen nih. Aku mengaku.. aku kalo bab-bab kawen nih memang pakar dalam zaman kecik-kecik dulu. Haihhh.. memang selalu pon main kawen-kawen ngn jiran sbelah umah aku. Padahal, jiran aku tuh perempuan. Tapi buat-buat menyamar, yang aku jadi laki (aku sangat hensem ok bila jadi lelaki), jiran aku jadi perempuan. So, kawen-kawen lah. haha. Bunga rampai nye plak dok ganti dengan daun mengkudu yang dah koyak-koyakkan tuh. ngaaaa~ Bengong je. So, ape pendapat korang tentang isu hantaran mahal-mahal bagai nih?

 
Aku rasa buat kali ke 7,468,291,639, aku ajukan soalan yang sama. Aku suka tanya soalan kenapa eh orang dulu-dulu kan, jika ada orang yang nak merisik jerr.. mak ayah diorang terus setuju and suruh kahwin je. takder pon bentuk2 halangan masa zaman dulu2. Lainlah.. kalau dalam cite Sembilu kasih ke.. drama2 ke.. tuh lain rr.. diorang nak sedapkan cite ada byk konflik.

Sekurang-kurangnya, aku suka menjadi diri aku, tak kira tempat, tak kira masa. Asalkan nanti aku dapat suami yang beriman, bijak, pandai jaga aku dunia akhirat and leh bimbing aku masuk syurga. Boleh la jadi heliza dalam cite syurga cinta. hehehe.

Ok chaww!

Wednesday, November 30, 2011

apa yang aku cakap nie?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Abg kassim pon ponn.. haha.

BEBEBEBBEBEBEBBEBEBEBEBBEBEBEBBBBBBB....................................!! 

Windu nak tekan tekan kibod yang dah usang dan behabok-habok x hengat dunia nih. haha
Guys, Pernah tak korang rasa atau mengalami peristiwa seperti di bawah:

ketika korang sedang fikirkan seseorang, tiba-tiba orang tersebut akan call kau, lalu kau pun cakap, " saya baru fikirkan anda"!!

Nih rr kuasa minda. Itu sebabnya penting untuk aku, kau, kau,kau, dan kau sume menetapkan matlamat. Aku pernah dengar orang cakap Tiada satu pun yang boleh dicapai tanpa terlebih dahulu melihatnya dalam imaginasi angan-angan ataupon impian.

Senang cite rr kan, entry aku kali nih aku cite pasal angan-angan dan impian. Sesuatu yg masih dalam khayalan atau imaginasi aku, tetapi mungkin boleh jadi realiti atau terus-terusan  kekal menjadi dunia fantasi aku. 


 Memang la orang cakap berangan-angan tuh serupa je macam Mat Jenin. tp andai Mat Jenin berangan-angan kosong, dia tak akan berkerja mengutip kelapa, dia sudah memulakan langkah pertama dalam imaginasinya cuma dia "dimatikan" oleh penglipur lara yang tidak memahami konsep imaginasi cemerlang. Cop.. copp.. cop !! aku rasa macam aku bukan create entry.. aku rasa macam aku berbahas dalam alam parlimen! haha. Ala2 karangan SPm aku gitchuuu!


"owhh.. budak nih sensitip dan jiwa lembut nih.. mesti kuat cemburu nih". Wahh tetibe je. haha Poyo je aku bcerita kan? hahaha.

 
Kalau takde angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan bisa menjayakan kenyataan
Lihatlah orang yang berjaya.. diorang semua bermula daripada sebuah angan-angan dan impian. Kan lebih baik dari, tak rancang apa-apa..

Kejayaan hari ini,
mesti bermula daripada sebuah angan-angan.. impian mahupon mimpi.

Dan..dan..dan..dan..dan..
Babaii !! :)