IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Tuesday, September 13, 2011

cinta jarak jauh !


PERNAHKAH kita berasa terlalu jauh dengan seseorang? apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan kita sering termenung memikirkan dirinyakan. bayangkan kita bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.


percintaan jarak jauh ade kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. namun ader jugak yang menaruh curiga pada pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.


bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh nie. pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi. kekangan yang paling hebat dirasai pada saat tue.

oleh kerana itu, kita perlulah utk menetap kan dan bulat kan ati kite kepada pasangan kita. antara lain nya jugak adalah.


percaya pada pasangan
apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan nie berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. percayalah pada si dier yang dier akan setia dan masih menyayangi kita walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.


setia walaupun jauh
memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. ketika berjauhan, kita akan terasa sunyi kerana orang yang paling kita sayang jauh dari mata. apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati…ketika nie lah kawan menjadi penyeri…namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan…ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang kita sayang…di sini, ader yang kecundang…


berjumpalah walaupun seketika
jangan jadik kan jauh tue sebagai alasan…cinta perlukan komitmen…cinta jugak adalah tanggungjawab…walaupun jauh, cuba carik masa untuk berjumpa dengan si dier. andai kata si jejaka duduk jauh di selatan misalnya manakala si gadis tinggal jauh di utara cuba carik masa yang sesuai untuk berjumpa…


paling tidak pun apabila ader cuti panjang menjelang…janganlah tidak berjumpa langsung…sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan…
jadik, apabila ader kelapangan tue…rancanglah untuk berjumpa, sudah pasti nie akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu…



tanyalah khabar
setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dier untuk bertanyakan khabar… buat secara selang seli…hari nie kita yang hubungi dier dan esok giliran dier pulak… dengan cara nie, baru sama-sama berasa susah dan senang…jangan mengharapkan si dier saja yang akan menelefon…sudah pasti dier akan berasa sukar untuk menghubungi kita jika dier saja yang perlu hubungi…memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen…untuk tue, sama-samalah membantu dalam membina percintaan nie…


sambut hari ulang tahun bersama
sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama…sekiranya sambutan hari ulang tahun tue jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas tue… luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain…walaupun perjumpaan tue hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati masing-masing… mungkin kita akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu…



jangan jadik kan jarak sebagai pemusnah
cinta jarak jauh memang sukar…memang meronta-ronta hati bila mana rindu tue datang… apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan tue… tetapi ingatlah, jangan jadik kan jarak yang jauh tue sebagai pemusnah cinta…jadik kan ianya sebagai satu cabaran yang akan memberikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan cinta tue…jangan sesekali cepat mengalah…



aper pun rintangan yang ader, jangan jadik kan ianya sebagai alasan dan penghalang… tetapi jadik kan ianya sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dier…apabila jauh, kita akan merasa rindu bukan?...jadik jauh yue bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ianya salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadik seorang kekasih yang setia…


p/s : rindu die sangat !.. ohmaigoddd 

1 comment:

Nasir Hamid said...

cantik blog..tq...wish...