IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 22, 2011

wei budak kecik.. kau sedar tak??


Mak selalu cakap, kalau kita dah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. 

Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. 

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

pu3 oo pu3, kau buat ape tue?
kau tak pikiQ masa depan kau ka?



p/s: hurm, kalau time time gini duduk sorang, macam macam la yang di pikir.

Thursday, May 19, 2011

selamat ulang tahun MAK & BAPAK .


Siapa yang boleh aku kasih sayang lebih seperti mana bapak dan mak aku beri dekat aku ? Tak ada siapa yang boleh lawan kehebatan mereka.


Bapak aku kata memang susah nak mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.


Lagi lagi anak perempuan. Hati ni sentiasa risau kalau anak anak perempuan keluar rumah. Takut ada apa apa benda tak elok berlaku. Dan sebab tu la handphone anak akan sentiasa berdering sebab bapak telefon. Tapi kita marah pula bapak kita. Kata tak ada privacy lah. Kau enjoy gila dekat luar. Tapi bapak kau hati gelisah memikirkan kau. 


Bila balik lambat, bila bapak kau tanya kau pergi mana? dah makan ke belum? Kau pula buat muka letih. Terus masuk bilik dan tidur. Itu ke balasan untuk bapak yang risau sehari semalam untuk kau? Aku ni pun banyak dosa dengan bapak aku. Terlampau banyak sampai tak terkira. Kalau nak cerita dekat sini pon mungkin tak akan habis cerita nya. 


Aku rasa dosa aku dekat bapak aku sama banyak dengan butir butir pasir halus dekat pantai tu.


Aku tak tahu apa petua bapak aku pakai untuk menjadi tabah dalam mengharungi liku liku perjalanan dalam membesar kan kami adik beradik. Petua tu memang jarang orang boleh dapat. Kalau berdoa dan terus berdoa, itu kot petua beliau.


Bekerja nak tanggung kita orang lagi. Nasib baik mak aku bukan jenis suka melaram sampai nak kena pakai berderet deret gelang emas dekat tangan sampai ke ketiak. Kalau tak memang bulu ketiak bapak aku kena gadai sekali. Memang sempoi gila mak aku. Sayang Mak!


Bapak aku ni hati dia lembut sangat. Bapak aku tak pernah pukul aku. Kadang kadang kalau aku kena marah dengan mak aku, terus merajuk. Lepas tu bapak aku pujuk aku. Bagi top up lah dan macam macam.


Kemudian, bapak aku sangat caring yang amat. Kalau mak aku batuk ke, sakit ke, bapak aku akan selalu ada dengan mak aku dan tepuk belakang mak aku. urut kepala mak aku. siapkan ubat. Memang sweet sangat aku tengok. Mak dengan bapak aku tak pernah bosan duduk dan tidur bilik dan tengok muka yang sama hari hari. 

Cuba kalau kita ni, tengok muka mata air bosan je kan. Hebat sungguh cinta mereka. Bapak dengan mak aku berkahwin dahulu baru bercinta. Cara orang dulu dulu. Kalau boleh, aku nak ikut macam mereka juga.


Bapak selalu pamerkan wajah beliau yang tenang bagaikan tiada langsung keresahan yang terbit dalam hati beliau walaupun hati beliau sering terluka ketika aku terlanjur kata. Bapak tak pernah tinggalkan diri aku sendirian.


Waktu aku kedukaan, bapak aku mendakap aku dengan penuh pengertiaan. Terus melayang segala masaalah.


Bapak,
Kami anak anak bapak ingin memohon restu,
Bapak,
Ampunkan lah dosa dosa kami,
Bapak,
Redhakan akan diri kami,
Ku hulurkan salam buat Rasul Junjungan moga disyafaatkan.
Bapak,
didik lah anak anak mu ini,
Moga menjadi penyejuk mata dan,
penawar resah hati mu.

Wahai tuhanku, kasihilah aku. Kasihilah ibu dan ayah ku.
Wahai tuhanku, limpahkan lah hidayah Mu untuk ibu dan ayah ku.
Wahai tuhanku, berkati lah aku. Berkati ibu dan ayah ku.
Wahai tuhanku, rahmatilah aku. Rahmatilah ibu dan ayah ku.

Selamatkan lah mereka dari azab neraka.
Lindungilah mereka dari bencana dunia.
Hubungkan lah mereka dengan tali Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sayangilah mereka seperti mana mereka menyanyangiku dan mengasihi aku waktu kecil ku.
Tak terbalas budi jasa mereka.


memperkenalkan Iskandar Hensem & Habsah Hot


Selamat Hari Ulangtahun PERKAHWINAN 
MAK & BAPAK

Friday, May 06, 2011

COP jangan curik anak aku . .

kelik untuk tumbesaran !!

ok cop cop, ini anak pu3 okey, jangan ada sapa sapa berani nak ngorat anak pu3.. kalau takde 50 puluh juta ratus ribu dalam tangan jangan berangan pu3 nak kasi anak pu3 dekat korang ye.. hihi dan dan yang paling penting tolong jangan picit pipi anak pu3.. nanti suami saya marah (okeytolongpercaya) .. hey hey budak kecik... kenapa pipi kau COMEL sangat !!!! kau buat aku geram sangat dekat engkau..
 
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geram !!
 p/s: gambar curik dari hencek google memang terbaek !!

Monday, May 02, 2011

Aku Cinta Kamu.



"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, 
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, 
hilanglah cintaku padamu." 


Entry yang paling kemetot untuk si dia (o_0)v