IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 24, 2011

Aku & Braces.

Assalamualaikum

Setiap hari bila aku bukak INBOX FB mesti nampak je soklan pasal braces. Semua soalan lebih kurang sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak?' Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.


Ahh hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang gadis bergigi besi ;) Aku taknak cerita pasal scientific fact. Yang tu korang boleh google sendiri. Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli lu tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu.


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi.
2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan.
3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Lama kesakitan : 3-4 hari.
4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak.


MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab lain orang lain bayaran tau.. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku yang mencecash ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc.  Memang terasa mengalir a duit tu. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LAMO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 



Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat aritue aku baru je pegi follow up. Macam biasa I am terribly indecisive in choosing the color of my elastic band. Lepas tu mintak tolong doctor pilihkan haha. 'Doc kalo pakai warna merah, sesuai dengan warna apa ek?' Kikiki favourite dialog aku. 


 Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!



Friday, July 15, 2011

Don't be what others want you to be.


Be Yourself.

You can't be yourself if you don't know, understand, and accept yourself first.. 
Love and accept yourself as you are now..

Nobody is perfect.


Agar Menjadi Seorang Wanita Yang Cantik dan Berilmu, 
Berfikirlah yang Positif.
( La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia)


Entry yang sangat simple,
tapi memberi makna yang sangat mendalam..
Cheers! 
Salam..

Thursday, July 14, 2011

Siapa yang terasa, BAGUS lah !


Salah ke kalau kita speaking atau bercakap omputeh? Tak salah kan? At least tahap keyakinan kita dapat dikukuhkan dan dapat menaikkan lagi tahap kita dalam Bahasa Omputeh ni. Asal speaking sikit je, mula lah nak perli perli. Tu yang di katakan budak dungu. 


Budak kampung memang macam tu. eh nope! I rasa budak kampung pon bukan macam tu kot. (aku asal dari kampung okey) Susah lah kalau diri tu tak terbuka minda nya. Karang bila korang dah masuk U atau pergi oversea ke, Bahasa Omputeh juga yang korang nak pakai. Apa korang nak berbahasa Tamil ke kalau pergi US nanti? Ayoyo Amaa Tambi Chek! Lagi lagi budak Melayu sekolah i ni. Mulut berat sangat nak praktis kan bahasa omputeh ni. 
 




Tolong la weh. Bukakan lah minda korang tu besar besar sikit. Kita ni bukannya dalam zaman nenek moyang kita lagi. Kita dah 2011. Takkan kita nak tengok orang Melayu kita sendiri tergagap gagap nak berbahasa omputeh. Bukan i nak membezakan atau apa. Tapi i lagi suka sekolah i yang dulu. 


Sekolah time i darjah 3 dulu. Hampir 99% budak budak sekolah tu cuba menggunakan bahasa omputeh sebagai bahasa utama. Tetapi, Bahasa Melayu juga mereka tetap dimartabatkan. bila dah stay dekat sekolah tu, I yang takda keyakinan langsung, terus meningkat tahap keyakinan i. bila i salah cakap atau grammar i hancur, dorang tak gelak pon. Malah dorang memperbetulkan lagi. Tapi bila dekat sini, bila salah terus kena gelak. Lepastu siap cakap 'Mat saleh celup' la, 'Minah saleh celup' la. Kalau nak kategorikan korang sebagai katak bawah tempurung, sesuai juga.


Bahasa Melayu tetap menjadi darah daging i.

Wednesday, July 06, 2011

aku cair dengan mamat main gitar !

Dulu aku cair kalau tengok lelaki main gitar. Lagi²​​ kena pulak dia main lagu Here Without You, You and Me dan seangkatan dengannya. Kelemahan aku senang nak cari, cukuplah bagi aku tengok lelaki main gitar dan nyanyi lagu²​​ macam tu. Confirm aku cair dan terpikat. Senang kan nak mengurat aku? hahhaa poyo .


Sekarang, still lagi suka tapi takdelah nak teramat cair lagi. Haha, setakat suka dengar jelah. No more cair². Okay, back to topic. Aku bet, mesti ramai juga perempuan yang suka dengan lelaki bermain gitar. Mana taknya, aku rasa, lelaki main gitar ni mysterious. Dia hanya dengan gitar dia ke hulu ke hilir, luah perasaan dengan bermain gitar dan, yes, everything with guitar. Tu hanya lelaki tertentu jelah sebab sekarang ni ramai lelaki yang main gitar hanya untuk memikat perempuan. Lepas dah dapat perempuan tu, gitar dah berhabuk. okey siapa setuju angkat tangan macam saya.


Aku maksudkan lelaki yang betul² main gitar sebab dia minat dan memang itu diri dia.

Pernah dulu, aku pernah berangan nak jadi macam Taylor Swift atau Michelle Branch sebab diorang famous dengan lagu dan gitar diorang. Mana taknya, jarang perempuan reti main gitar. Yelah, tu zaman 4 tahun lepas. Masa tu Yuna takde lagi so memang rare lah perempuan main gitar.
 
owh aku cair tengok lelaki main gitar... suwittt sangat !
 
 
Aku ni berangan je nak main gitar semua tapi, gitar pun aku tak mampu milik. - eceh, takpelah. Mungkin itu angan² aku yang tak mungkin terjadi. Mana taknya, ada suara² yang pernah berkata, "alah, you dah tua. Terlambat nak belajar main gitar. Gitar tu bukannya senang." And yes, aku sangat terasa dengan ayat dia. Cepat betul aku give up. Dem.