IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

kerana kamu yang bergelar jiwa.

Maaf jiwa ku, 

kerana aku sering menyesakkan engkau dengan masalah hati. 

Maaf jiwa ku,
kerana kau bersedih dengan kata kata orang. 

Maaf jiwa ku, 
kerana aku bertindak di luar kawalan. 

Maaf jiwa ku,


kerana aku sering mengaitkan kau dengan perasaan duniawi. 

Maaf jiwa ku,


kerana aku selalu menafikan perasaan itu.



Maaf jiwa ku,
kerana aku selalu abaikan engkau. 

Maaf jiwa ku,
kerana aku tak pernah cuba menyucikan engkau. 

Maaf jiwa ku,
kerana kerana aku engkau punya parut luka yang dalam. 

Maaf jiwa ku,
kerana sering bertelagah pendapat dengan kau. 

Maaf jiwa ku,
kerana sejak belakangan ini aku sering emo.
Tapi nak buat macam mana,
sejak azali lagi kau sudah tercipta di dalam jasad aku.

Mungkin hari datang bulan makin hampir, 
tu pasal chek makin emo semacam kot. 


Friday, November 26, 2010

saya tiada motif.



Arini adalah hari yang sangat membosankan sedunia.Asal pergi je buka facebook, terpampang status status kengkawan lain dok bebel bebel mengeluh kebosanan.Aku pun turut sama bosan.Tapi tak kesampaian mahu meng-update status mengatakan diri ini bosan.Tapi sempatlah juga layan lagu omputih jejiwang kegemaran jiwa dan postkan lagu tersebut di dalam facebook.Dan yeah,notification semakin belambak kerana ramai yang menggemari lagu tersebut dengan menekan butang 'like'. Ingatkan mahu keluar memakan angin, namun hampa kerana tiada bekalan transport yang disediakan.Dan ye, bekalan wang dalam dompet juga makin susut =.="

Bosan.Bosan.Sepi.Sendirian.Muntah Bosan.Bosan.Bosan.
T_T




Thursday, November 18, 2010

hurm T_T


As I sit down at my computer desk, I wonder what to write. Should I write about hardships, or suffering and plight. Does this poem have to be sad though, I ask myself all the time. It hurts me just to think about it, I can't, I won't, not this time. I think well maybe, just this once, I can go back to my better place. So I think about the sad times, and almost bring a tear to my face. I write and sit, and I sit and write, till it chokes me up inside. I've almost finshed it now, I can read it once, then hopefully put it aside.



Dare I ever do another one, I probably won't this time. I'd rather write about my happy times, my loves, my goals in life. So was this writing worth it, in its truth all said and done. At least the sadness is out the way now, I can go back to having fun

mas =(


Saturday, November 13, 2010

1 2 3 ... i love u



1. Everyone says that love hurts, but that's not true. Loneliness hurts, rejection hurts. Losing someone hurts. Everyone confuse these things with love, but in reality, LOVE is the only thing in this world that covers up all the pain & make us feel wonderful again.


2. I only life because i know there are some people, who never let me down & who always be there for me. This people are my Bapak, Mak, Bang Man, Angah, Awie, Dekmat & Adek, my lovely big family, cousins and best friends ! 36000 words in a dictionary aren't enough to discribe how much I love them.


3. My mom always told me to remember the three L's: Live Laugh Love. She always asked me which was most important and I would said Live because if you don't live you can't laugh and love. However, she was always there to correct me and tell me Love was the most important because if you never find love you'll never fully laugh and never completely understand the meaning of living with the one you love.

mas =)



Thursday, November 11, 2010

B E N C I .


Saya tahu saya orang yang banyak bercakap. Potpet potpet potpet tak pernah berhenti. Memang itu diri saya. Tapi saya hanya bercakap banyak dengan orang yang saya kenal dan rapat sahaja. Saya tak pernah cakap berbuih buih mulut dekat orang yang saya tak berapa nak kenal. Kalau tak percaya, cuba tanya junior junior sekolah saya. Dorang lihat saya seorang kakak senior yang pendiam dan baik. Tapi dorang sangat rugi sebab tak mengenali saya yang sebenarnya. Awak ingat senang ke nak tengok saya kembali bercakap banyak banyak macam ini? Susah sangat selepas semua ini terjadi. Awak pun perasan kan dengan perubahan saya. Sebab dulu awak pernah berbicara tentang itu pada saya. Saya cuba menceriakan hati pilu saya dengan cuba membuka pintu hati bunga saya dengan membuat yang lain tertawa. Saya suka melihat orang lain ketawa sebab saya. Sebab nanti saya akan dapat pahala. Saya banyak cakap bercerita tentang ini dan itu berkongsi suka duka bersama dengan awak. Terima kasih sebab tak pernah melatah dengan saya. Saya suka itu. Dan saya fikir awak mungkin selesa dengan saya yang seadanya. Saya terus bercakap. Mungkin saya fikir saya akan kelihatan sangat comel bila bercakap sambil membuat ekspresi muka dihadapan awak. Sebab awak pernah berkata tentang itu juga.

Cuma petang tadi saya silap langkah. Saya tak tahu apa jadi dekat awak petang tadi. Saya cuba bercakap dengan awak dan ketawa dengan lawak saya sendiri. Tapi awak tak ketawa. Mungkin tak berapa lawak. Baik,saya cuba bercerita yang lain pula sambil membuat lawak yang lain. Tiba tiba awak menjerit dekat saya 'KAU BOLEH DIAM TAK?!!!!!!'  Okay,fine. Saya terkejut. Saya terdiam tanpa kata. Saya rasa hati saya yang tisu itu ditoreh toreh dan digunting kecil kecil. Saya pandang bola mata awak. Saya tak percaya awak ialah orang yang menengking saya sebegitu rupa. Waktu tu saya rasa macam saya dah buat satu kesilapan yang paling besar dalam hidup saya kepada awak. Waktu terhenti seketika.

Tapi,kenapa awak perlu cakap sebegitu kepada saya? Awak tau tak saya punya hati yang sangat tisu? Awak tahu kan. Jadi,kenapa harus melontarkan kata sebegitu rupa. Saya tahu kadang kadang suara saya mungkin boleh mendesingkan halwa pendengaran awak. Tapi saya punya suara yang lembut. Saya saya memahami awak. Dan saya fikir mungkin awak boleh cuba memahami saya. Tapi rasanya pada petang itu, saya tak dapat nak memahami awak. Awak sangat tiba tiba.

Saya benci masa itu. Saya rasa mahu padam saat itu. Tapi tak boleh. Saya benci diri awak saat itu. Saya benci gelodak hati saya ketika itu. Saya rasa mahu ambil hati saya saat itu dan bagi anjing makan.



Sunday, November 07, 2010

korang oo korang.. macam mana rasa ada sahabat ??


MOOD LAGU BACKGROUND: jiwang ala-ala gatal sikit.. hahha
(comel kan lagu nie ? kan?)

Hello Bloggers, Hello Twitters, Hello Facebookers, Hello Everyone !
Hye orang Malaysia,
Hye orang Indonesia,
Hye orang Egypt,
Hye orang Singapore,
Hye orang Brunei,
Hye orang Thailand,
Hye orang Japan,
Hye orang Norway,
Hye Orang United States.

Haaaa..aku main hye2 je kan.ngaaaa~~ Actually, nih sume pembaca2 aku yg datang dari jauh.. tuh pon aku refer kat my nuffnang. hehe



Kesian gila belog aku dibiar ditinggalkan kesepian bak sampah terbuang. Ceh, ayat nak sadis je. Maaf lah ye. Aku agak kesibukan sedikit belakangan ni sampai tak tergerak urat urat saraf ibu jari, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking untuk berdiri menaip di papan kekunci. Dan tahap kondisisi badan yang tidak menentu juga salah satu faktor kenapa udah lama aku enggak menaip. Sakit laaaah. Jangan ghisau, masih bernafas lagi ni ha. Deruan hembusan nafas juga sudah teratur. Dah takde dah bunyi 'sokseksoksek' bagai dah. heee.

Aku sangat serius yang aku sangat rindu nak menaip macam dedulu. Cuma itu lah, aku rasa ada orang dah jampi serapah aku soh jangan menaip ah. Sebab bila aku nak dok menaip je, mesti tetiba mood tu lari. Geram gila aku. Rasa macam nak je lekat kepala, tangan, otak segala bagai dekat depan lappy dan memaksa diri untuk menaip. Tapi hampeh, cubaan gagal. Huh *tarik nafas panjang..

Ok back to the topic,
Haaaa! baik mengaku cepat sape rasa dia ada sahabat !
sape perasan sahabat dia cantik ! 
sape yang bersyukur sebab dia ada sahabat yang baek !
sapa yang dimaksudkan dengan "sahabat" dalam entry aku nih !,
 dan sapa2 lah yang terasa dengan entry nih..
(sila baca dengan nada excited dan buatlah muka paling bangga sikit ayat di atas)

Bagaimana rasannya ada teman? Ah, mungkin kita tidak pernah memikirkan sampai lah sesuatu saat dimana kita kehilangan seorang teman yang kita sayangi.. Kita lebih tahu apa itu sihat ketika kita sakit.. Kita lebih mengerti apa itu gembira ketika kita sedih..

Begitu juga kita baru menghargai teman ketika kita merasakan kehilanganya teman..
Ketika kita tidak boleh lagi menyakat teman dengan lawak lawak bodoh kita..
Ketika kita tidak boleh lagi mengingatkan dia akan kekeliruan yang dia buat..
Ketika kita tidak boleh lagi men tertawakan kekurangan kita masing-masing bersama-sama..
Ketika tidak ada seseorang yang mampu kita tampung keluh kesahnya,
Yang mampu tetap memberi kita sokongan kata kata semangat ketika semua orang tidak mempercayai kita..

Ketika semua itu tiada lagi, kita baru tahu dan sedar bagaimana rasanya punya teman, sahabat, kawan yang sejati  :)



Cuba kita belajar dari sekarang, menghargai teman kita, teman di rumah, teman di tempat belajar, teman di Facebook, teman di Blogspot, teman di Twitter, teman di tempat kerja, teman dekat, teman dimana mana sahaja dan yang paling penting ialah teman hidup kita.

Hihi, okay lah korang. Aku nak pegi buat kerja yang patut dulu selain dari ber-blogging ni jap. Nak pergi geledah peti sejuk dapur. Nak tengok apa yang ado. Rasanya macam ada ayam ayamas je dalam peti sejuk tu.  Apa lagi.. kasi goreeeeng lah kan ! lepas tu makan dengan nasi kosong + cicah dengan sos cili + air milo aiss. Slurppp ! Ha, buat siapa yang nak skip skip waktu makan tu, lupakan aje lah niat korang. Baik korang makan. Kalau tak, nanti dapatlah balasan macam aku ni haa. Koje nak meng-skip makanan je, kononnya sebab tak lapar lah kan. Tapi alih alih, badan sendiri yang sakit. Last last siapa yang susah ? Buah hati sendiri juga yang susah hati. hehehe.


Ehem..ehem..ehem..
testing..testing..
Jap..jap..
aku nak nengok sikit kat pipi aku,
ada tak kesan-kesan
air mata.
hek! hek! hek!  

Ini sebuah perjalanan aku..
Ini sebuah pengalaman aku..
Ini sebuah drama,kisah,sinetron tentang hidup aku...
Ini sebuah landasan untuk aku lebih berdiri di atas kaki sendiri..
Ini sebuah pengajaran buat aku..
Ini sebuah kenangan buat aku yang berumur 20 tahun..

Sedih?
Meraung?
Susah nak terima kenyataan?
Tak tahan?
Nangis-nangis atas katil?
Nangis-nangis bawah bantal?
Arrghhhhhh...itu semua adalah mainan emosi semata-mata.
Emosi yang memanipulasikan diri kita sendiri
Shooohhh! shhhhoohh! pergi kau! 
Pergi kau emosi yg berjaya mmbuatkan manusia menjadi down!.
Percayalah cakap aku..



Mood: Merindui sahabat baik di 'sana'
Kau Sahabat Kau Teman Sejati by Hijjaz =')