IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 29, 2012

Letak la apa-apa pun tajuk!

-
-
-
-
-
-
-
-


Sunday, January 22, 2012

Jiwa kosong

Kalau dulu waktu kecik, aku selalu berpura pura menangis sebab nak tarik perhatian mak bapak sebab nak beli cokelat fav yang bentuk angka 8 tu yang macam versi smarties cikai cikai cap ayam punya. 

Tapi sekarang bila dah besar panjang ni, aku selalu berpura pura tidur lena bila tengah menangis sebab nak elakkan dari kawan tanya soalan macam macam. 

Kalau waktu kecik, senang je. Bila menangis, terus dapat. Tapi sekarang bila dah besar....

Betul lah cakap orang, tak semestinya benda yang kita suka tu akan jadi milik kita selamanya. Mungkin kita tak kuat untuk menjaganya. Mungkin kita tak serasi untuk menjaga bersama sama. Sebab tu Dia dah aturkan segalanya untuk kita. 


Dia pisahkan kita untuk kebaikan kita. Mana tahu kegagalan aku yang lepas boleh menjadi inspirasi aku untuk berjaya lepas ni ? siapa tahu kan. 

Thursday, January 19, 2012

Adakah itu cinta?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan, bahkan sering ada jarak antara kita, dan wujud pelbagai batasan. Adakah itu adalah cinta?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis, dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan. adakah itu adalah cinta?




Ya, mungkin kisah kita berbeza dengan definisi mereka. Tetapi kisah kita mengikut definisi Nya. Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada, sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita. Manis hubungan bukan pada pegangan tangan, juga bukan pada bicara kata, tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan, dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka. Nanti bila bersama, kita bukanlah keluarga biasa, bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga Nya.


Awak, adakah itu cinta?
 

Tuesday, January 10, 2012

Cinta kan untuk dimiliki.

Di hadapan orang yang kau cintai, segala kata kata yang keluar berasal ikhlas dari perasaan yang sangat mendalam. Orang kata, kira macam dari lubuk segala hati..  Di hadapan orang yang kau suka pula, kata kata yang keluar hanya dari fikiran sahaja, bukannya dari lubuk hati..


Kalau orang yang kau cinta menangis, kau pun akan ikut menangis tanpa sengaja atau tanpa dibuat buat di sisinya.. Kalau orang yang kau suka menangis, kau hanya menghiburkan hati dia yang lara sahaja..

Perasaan cinta yang sebenar bagi aku ialah dimulai dari mata. Sebab tu ada pepatah mengatakan dari mata turunya ke hati. Sedangkan rasa suka pula dimulai dari telinga. Jadi, kalau kau mahu berhenti menyukai seseorang, cukuplah dengan sekadar menutup telinga.

Tapi bila kau cuba menutup mata kau dari orang kau cintai, cinta tu akan berubah terus menjadi air mata dan akan makan masa yang lama untuk buang perasaan itu dari hati. Mungkin memakan masa selamanya.. siapa tahu kan ? Aku tahu.


Tapi selain rasa suka dan rasa cinta, ada satu lagi perasaan yang lagi mendalam. Iaitu rasa SAYANG. rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang sukar untuk berubah. Perasaan yang boleh membuat kita berkorban untuk orang yang kita sayangi. Lebih rela menderita demi melihat kebahagian orang yang kita sayangi.


Cinta ingin memiliki dan dimiliki. Tetapi S A Y A N G hanya ingin melihat orang yang di sayangi bahagia.. walaupun harus merelakan kepergian.. harus meratapi kehilangan.

Friday, January 06, 2012

PILIHAN TERBAIK !

Tak ada yang dapat lari dari menjalani hidup tanpa pilihan. Tak ada yang dapat memungkiri bahawa hidup adalah pilihan. Hidup ada lebih dari sejuta pilihan dan disebalik segala pilihan ada segala kisah kisah masa depan yang tersembunyi dan tak dapat di bayangkan dengan pasti. 

Kadang-kadang di saat kita memilih, kita fikir bahawa mungkin inilah terakhir untuk sebuah pilihan, namun ternyata di dalam pilihan yang kita pilih itu sendiri masih ada lagi pilihan pilihan yang lain yang mungkin lagi sulit. Setiap pilihan menghasilkan risiko, setiap risiko mendatangkan masalah, setiap masalah mungkin kadang kadang dapat mendatangkan bencana.

Awal awal pagi lagi kita dah mula untuk buat pilihan. Contohnya, pagi pagi bila bunyi alarm phone bangun, dalam mamai mamai tu masih sempat lagi nak buat pilihan sama ada nak tutup bunyi alarm atau terus bangun mandi. Kalau aku, sudah semestinya terus mati kan alarm dan sambung tidur balik. hihihi.

Bukan hidup namanya kalau tiada pilihan.
* Aku suka topik ni. Nak cakap panjang lebar, tapi tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa, akan cerita lagi pasal ni. Korang percaya pada Karma tak ? Aku percaya :)

Sunday, January 01, 2012

HELLO 2012

 
New Year, New Spirit ! ! ! ! 
FOKUS pada yang PATUT.
LUPAKAN apa yang TAK PATUT.