IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 30, 2012

30 Disember !!

Salam.

Dalam diam tak diam, makin hari aku makin melangkaui ke arah kematangan. Hati aku selalu berbisik yang "Aku daahh besarrrr kan? Bukan budak kecik lagi macam 10 tahun lepas. Aku dah boleh fikir dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri aku sendiri"

Kadang-kadang kita tak perasan yang setiap perlakuan yang kita lakukan, setiap percakapan yang kita cuba untuk lontarkan mungkin boleh menyakiti dan membuat orang di sekeliling kita akan terasa.  Aku seperti manusia yang lain yang mana melakukan kesilapan, mudah lupa, lalai dan alpa. Mungkin kita fikir apa yang kita lakukan semua tu betol dan semua orang boleh terima dengan cara kita. Tapi, itu semua salah sama sekali dan tidak boleh diterima pakai. 


Kadang-kadang, aku mudah sensitif dengan teguran orang lain. Mungkin itu cara aku daripada dulu lagi dengan susah untuk menerima pandangan dan teguran orang lain. Tapi, bila difikir-fikir, diteliti semula dan aku cuba untuk muhasabahkan diri sendiri, sampai bila aku nak degil dengan sikap buruk macam ni. Tiada kebaikan yang akan aku dapat dengan sikap macam tu, malah mungkin akan membuatkan orang di sekeliling aku pergi jauhhhhhhh daripada aku sedikit demi sedikit. Ya Allah... bantu dan permudahkanlah jalanku.


Aku cuba untuk muhasabah diri sendiri. Bukan aku tak usaha untuk berubah, aku berubah. Aku cuba jadi seorang yang berpewatakan "baru" . Banyak benda yang aku kena belajar dan faham. 

Aku cuba untuk betolkan keadaan dan aku cuba untuk memahami perasaan orang di sekeliling aku.. Yeahhh.. aku kena berubah. tapi andai aku leka dan alpa, ingatkan aku kembali kepada-Nya.


SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA DIRI SENDIRI :) 16 safar 1434 H

Saturday, September 22, 2012

JAPAN : OSAKA.

Rasanya seperti mimpi !

Aku tak seperti orang lain, mengimpikan untuk ke Jepun sejak dari kecil. Japan bukan destinasi pilihan aku. dan langsung tak pernah masuk dalam senarai tempat idaman aku.. Tapi jangan tanya aku mengapa dan kenapa ! sebab aku memang tak akan dapat merungkap jawapan yang indah untuk di dengari . okey anda paham? yeahh terima kaseh ! 


19 Julai 2012, tak pernah tercapai dek akal ku untuk memijakkan kaki ke NEGARA MATAHARI TERBIT untuk kali kedua nya (kali pertama pada 25 Oktober 2011). apatah lagi dengan mendapat tanggungan sepenuhnya dari pihak JAPAN (trip pertama dulu di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan MALAYSIA) .. sangat kagum dan pergghhh caya la kau Mas.. 

Kansai Airport, Osaka di depan mata :)

selepas 7 jam berhempas pulas di dalam kapal terbang , NOW aku dah di negara orang, jauh dari family... okey tampar tampar muka biar merah ! WOW ! meremang bulu roma. Sangat terkejut dan terus terkejut dan tersangat merasakan diri ini  ‘sangat kampung’ .. hey Mas, baru airport depan mata la, belum lagi mesin mesin yang canggih manggih ! korang tau kan, Airport kansai nie terletak kat tengah tengah laut, so memang sunyi and tersangat la indah permandangan ! 

KUASA ALLAH MEMANG HEBAT .

















Masa proses pemeriksaan imigresen pulak, memang agak lama, banyak pula soalan yang ditanya kepada dengan aku. Berapa hari di sini? bercuti ke? tinggal di mana? dijemput oleh siapa? dan pelbagai soalan yang pelik-pelik. Padahal kedatangan aku telah pun direkod sebelum ini oleh pihak HIROSHIMA. Cap jari pun dah ambil, masih tak berpuas hati lagi ke PAKCIK ! saja latue nak tengok aku lama lama.. opssss poyo ! (nasib pakcik tak hensem kalau tak mesti aku dah snap snap with you ! outchh

ok soalan demi soalan di ajukan.. akhirnya... 
tadaaaaaa ..... kejut tak kejut tak !!
inilah kad pengenalan diri ku sepanjang 2 bulan menetap di japan !

Selepas semua siap, aku naik 2 train untuk ke Hiroshima.. mula-mula ke Shin Osaka Station Then naik satu lagi train terus ke Hiroshima Station. Semua perjalanan mengambil masa 5 jam. sampai ke Hiroshima Station aku tunggu wakil HIROSHIMA CITY HALL menjemput diriku diiringi dengan RED CARPET.. yahoooo aku tipu !

mereka ini la yang akan bertanggungjawab terhadap aku sepanjang mengenal erti hidup di negara orang !
kiri sekali : Warron (Amerika Syarikat), Aku (Malaysia), Morio San (Japan), Yulia (Rusia), James (Grece)




tunggu perkongsian seterusnya bersama MEREKA !

bye ! bye !


Friday, September 21, 2012

BORNEO to the WORLD ! (entry bergambar !)




Hi kengkawan !! Wah sangat FRIENDLY la pendahuluan begitu kan. Anyway aku telah terbang ke HIROSHIMA JAPAN pada 18 JULY 2012 dengan menaiki pesawat MALAYSIA AIRLINE. so harga return tiket aku adalah RM---- , disebabkan tiket aku di beli oleh pihak SPONSER (kerajaan Japan), so aku agak kurang pasti (malas sebenarnya nak ambil tahu) berapa harga tiket !! 

18 July 2012

Flight pertama aku pukul 7.30 petang  dari KUCHING ke KL dan flight kedua aku dari KL ke OSAKA pada pukul 11.30 mlm dan dijadualkan untuk tiba pada pukul 7.00 pagi keesokkan hari nya.
Trip aku ini adalah selama 2 bulan. 


muka terpaksa senyum ! cett porrdaaahhhh ~



ramai family and sahabat handai mai untuk hantar aku g. cett rasa sayu pun ade jugak masa tue yela 2 bulan tak jumpe lepas nie kan. (poyo sey, 2 bulan pon nak sedih sedih bagai.. heyy ade aku kesah ~) RAYA SESORANG & PUASA SESORANG.. wow kelas kau MAS ! 














bersama mak ku yang cantek ! cayangggg mak ~






dari kiri : paan, sharmine, hafzan, teeettttttt, upzandillah & mak ku yang CANTEK !







jangan tanya aku apa yang terjadi !! hikhikhik senyum sorang sorang tengok muke sendiri...









best oooo jadi kanak kanak riang ...






okey dah berangkat ke JAPAN dah ...  

Ok nak cerita departure pon dah ambil masa yang lama. Oh tuhanku, istiqmahkanlah aku dalam menulis blog ini. Amin! 

Tunggu tau entry seterusnya =)

Surat Cinta dari Hiroshima 2



Assalammualaikum ~

Ya Allah, lama sangat dah tak update apa apa entri di belog ini. Ish ish ish.  Tahun 2012 adalah tahun sibuk bagi aku, alahai kasihan. Kalau ada masa terluang pun, akan dihabiskan terbongkang atas katil ataupun buka lemari korek korek sampai jumpa kerepek lepas tu melantak sambil layan lagu. Hish bughok bebeno rupa. Ni pun baru tergerak nak update belog. dalam masa yang sama tengah pulun nak siapkan presentation board untuk isnin ni ! Tapi tak kiraa, nak baring atas katil kejap sambil menaip. Bukan senang nak dapat mood menaip ni ! Ajaib betul !

Meh nak cerita sedikit apa yang berlaku sejak 3 bulan yang lepas . (HOI BUDAK KECIK BARU SIKALANG U NAK HUPDATE !! gilo ini olang ~)

Alhamdulillah semua pengembaraan berjalan dengan lancar. Tak ada lagi gangguan emosi atau seangkatan dengannya. What? Pengembaraan? (buat muka blur ! hikhikhik..) okey dengan rasa bersalah dan tulus jujur, nak mohon maaf dulu sebab sangat menggantungkan cerita. mohon imbas ini kenangan --> Surat Chienta Dari Hiroshima



Nak di jadikan cerita, aku dapat Tawaran untuk jadi trainee di Hiroshima City Hall. okey sangat teruja dan rasa nak nangis. T_T dah nagis ppoooooonnnnn. sangat tak percaya dan rasa nak pengsan, yela dengan usia aku yang terlalu tak matang, tiba tiba dapat offer besaQ macam nie.. hey bergegar seluruh badan tau. Family, Boss n semua kawan kat office kasi semangat ! okey aku terima walaupon dengan rasa sayu.. kenapa aku sayu erkk? korang, dalam surat nie aku akan tinggal di Hiroshima selama 2 bulan. yang paling sedih akan BERPUASA & RAYA DI PERANTAUAN ! YA ALLAH SENTAP !! 

walaupun dalam keadaan yang sangat tak percaya, aku tetap gagah kan diri untuk meneruskan pengembaraan di sana, segala persiapan di lakukan satu persatu.. mula-mula semestinya aku Buat visa di Embassy Japan di KL.. then, Passport ! yeah passport aku masih hidup, 2013 baru due, sebab tahun lepas kan dah renew masa nak g JAPAN gak. tiket dan kediaman dan elaun semua di uruskan oleh pihak JAPAN, aku just datang n bersuka ria sahaja. hikhikhik... 

..................

tunggu !

Tuesday, June 12, 2012

Surat Cinta dari Hiroshima.


Assalamualaikum


Lameeenyeww akuww takkkww hupdateeww belogww (errrkkk perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan?) Yeah yeah.. aku has been very busy with life. Walaupun kehidupan aku hambar dan tak glamorous macam Korang namun aku tetap very vogue de vas, ok fine.. Apahal aku ni, perenggan pertama langsung tak da isi penting kot.

Korang Aku tengah bosan gila ni...Tapi mungkin lebih kepada gila daripada bosan. Disebabkan aku tak tahu nak buat apa, meh lah aku tanya soalan dekat diri sendiri lepas tu jawab balek sendiri. 

*apa perasaan sekarang??
*Tak ada perasaan tapi rasa macam nak update blog.

Eh! dah TER UPDATE PULAKKKKK ~~~


Anyway, selain bersenang lenang di waktu senggang, hobi aku juga adalah travelling. Tapi setakat ni aku baru pergi tempat dekat-dekat lah sebab semua perbelanjaan adalah sendirian berhad kan. Kalau nak tengok gambar meletop dalam blog ni tunggulah aku kumpul duit lama sikit baru boleh jejak kaki ke Korea ataupun Australia hihi. Atau mungkin ada orang nak sponsor? Anyone?

haaa hambik kau.. paham ke tak paham... mesti korang paham nama aku je kan... hihiihi

Ini la surat yang aku maksudkan.. surat chienta aku nie special sikit.. sapa yang boleh baca bagitau aku ye.. korang memang hebat la.. k lah tunggu entry seterusnya k.. nanti aku translate kan, sebab aku nak buat slide presentation plak jap lagi.. sebab esok aku di jemput untuk kasi ceramah di RIVERSIDE HOTEL berkaitan ENVIRONMENTAL HEALTH... =)



hmm penat tau nak buat satu satu entry .. aduhai... (budget retis la kan ! ahakz ..)

tata korang !!!


Sunday, April 29, 2012

i miss you .

Jangan pisahkan kesetiaan dan kejujuran itu sebab keduanya saling perlu memerlukan. Dan Cinta lah yang menyatukan kedua kedua nya. Cinta yang mampu memberian kesetiaan pada hati yang benar merasakan. Dan Cinta yang mampu memberikan kejujuran melihat kenyataan itu. Setialah pada hati dan kejujuranmu.. Dan jujurlah untuk kesetiaan itu.





p/s : it really shouldn't be hard especially when you care about someone ;)


Tuesday, February 21, 2012

Senyumlah Wahai Hati

Senyumlah..


Sekalipun untuk hati sendiri..
Sekadar untuk menguatkan jiwa yang mulai lemah..
Sekadar untuk mengembalikan kesedaran yang mulai pudar..


Tersenyumlah...


Untuk menghilangkan pahitnya perasaan yang tak dapat diungkapkan..


Tolong,
Tersenyumlah...
Dan berhenti lah berharap duhai hati..

Sunday, January 29, 2012

Letak la apa-apa pun tajuk!

-
-
-
-
-
-
-
-


Sunday, January 22, 2012

Jiwa kosong

Kalau dulu waktu kecik, aku selalu berpura pura menangis sebab nak tarik perhatian mak bapak sebab nak beli cokelat fav yang bentuk angka 8 tu yang macam versi smarties cikai cikai cap ayam punya. 

Tapi sekarang bila dah besar panjang ni, aku selalu berpura pura tidur lena bila tengah menangis sebab nak elakkan dari kawan tanya soalan macam macam. 

Kalau waktu kecik, senang je. Bila menangis, terus dapat. Tapi sekarang bila dah besar....

Betul lah cakap orang, tak semestinya benda yang kita suka tu akan jadi milik kita selamanya. Mungkin kita tak kuat untuk menjaganya. Mungkin kita tak serasi untuk menjaga bersama sama. Sebab tu Dia dah aturkan segalanya untuk kita. 


Dia pisahkan kita untuk kebaikan kita. Mana tahu kegagalan aku yang lepas boleh menjadi inspirasi aku untuk berjaya lepas ni ? siapa tahu kan. 

Thursday, January 19, 2012

Adakah itu cinta?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan, bahkan sering ada jarak antara kita, dan wujud pelbagai batasan. Adakah itu adalah cinta?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis, dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan. adakah itu adalah cinta?




Ya, mungkin kisah kita berbeza dengan definisi mereka. Tetapi kisah kita mengikut definisi Nya. Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada, sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita. Manis hubungan bukan pada pegangan tangan, juga bukan pada bicara kata, tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan, dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka. Nanti bila bersama, kita bukanlah keluarga biasa, bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga Nya.


Awak, adakah itu cinta?
 

Tuesday, January 10, 2012

Cinta kan untuk dimiliki.

Di hadapan orang yang kau cintai, segala kata kata yang keluar berasal ikhlas dari perasaan yang sangat mendalam. Orang kata, kira macam dari lubuk segala hati..  Di hadapan orang yang kau suka pula, kata kata yang keluar hanya dari fikiran sahaja, bukannya dari lubuk hati..


Kalau orang yang kau cinta menangis, kau pun akan ikut menangis tanpa sengaja atau tanpa dibuat buat di sisinya.. Kalau orang yang kau suka menangis, kau hanya menghiburkan hati dia yang lara sahaja..

Perasaan cinta yang sebenar bagi aku ialah dimulai dari mata. Sebab tu ada pepatah mengatakan dari mata turunya ke hati. Sedangkan rasa suka pula dimulai dari telinga. Jadi, kalau kau mahu berhenti menyukai seseorang, cukuplah dengan sekadar menutup telinga.

Tapi bila kau cuba menutup mata kau dari orang kau cintai, cinta tu akan berubah terus menjadi air mata dan akan makan masa yang lama untuk buang perasaan itu dari hati. Mungkin memakan masa selamanya.. siapa tahu kan ? Aku tahu.


Tapi selain rasa suka dan rasa cinta, ada satu lagi perasaan yang lagi mendalam. Iaitu rasa SAYANG. rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang sukar untuk berubah. Perasaan yang boleh membuat kita berkorban untuk orang yang kita sayangi. Lebih rela menderita demi melihat kebahagian orang yang kita sayangi.


Cinta ingin memiliki dan dimiliki. Tetapi S A Y A N G hanya ingin melihat orang yang di sayangi bahagia.. walaupun harus merelakan kepergian.. harus meratapi kehilangan.

Friday, January 06, 2012

PILIHAN TERBAIK !

Tak ada yang dapat lari dari menjalani hidup tanpa pilihan. Tak ada yang dapat memungkiri bahawa hidup adalah pilihan. Hidup ada lebih dari sejuta pilihan dan disebalik segala pilihan ada segala kisah kisah masa depan yang tersembunyi dan tak dapat di bayangkan dengan pasti. 

Kadang-kadang di saat kita memilih, kita fikir bahawa mungkin inilah terakhir untuk sebuah pilihan, namun ternyata di dalam pilihan yang kita pilih itu sendiri masih ada lagi pilihan pilihan yang lain yang mungkin lagi sulit. Setiap pilihan menghasilkan risiko, setiap risiko mendatangkan masalah, setiap masalah mungkin kadang kadang dapat mendatangkan bencana.

Awal awal pagi lagi kita dah mula untuk buat pilihan. Contohnya, pagi pagi bila bunyi alarm phone bangun, dalam mamai mamai tu masih sempat lagi nak buat pilihan sama ada nak tutup bunyi alarm atau terus bangun mandi. Kalau aku, sudah semestinya terus mati kan alarm dan sambung tidur balik. hihihi.

Bukan hidup namanya kalau tiada pilihan.
* Aku suka topik ni. Nak cakap panjang lebar, tapi tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa, akan cerita lagi pasal ni. Korang percaya pada Karma tak ? Aku percaya :)

Sunday, January 01, 2012

HELLO 2012

 
New Year, New Spirit ! ! ! ! 
FOKUS pada yang PATUT.
LUPAKAN apa yang TAK PATUT.