IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 30, 2010

Kisah di pagi jumaat



Pada suatu hari Jumaat, seorang budak berjalan keseorangan. Niatnya untuk ke masjid untuk solat Jumaat.

Dia tahu hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam Islam.Hari yang mulia.Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk. Manusia, jin Islam, binatang…semuanya menantikan hari Jumaat. Hari yang penuh ketenangan.

Jam menunjukkan pukul 1.10 petang. Langkahnya dipercepatkan. Bimbang terlewat sampai. Maklumlah Jumaat sekarang dah awal,1.15 petang untuk di kawasan Kemaman.

Dalam perjalanan itu dia melintasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Timbul rasa kagum lantas terdetik di hatinya “satu hari nanti aku pasti akan menjejakkan kaki di situ!”.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah pondok kawalan Institut Pengajian Tinggi tersebut.

Tertumpu pada seorang pak cik tua yang sedang mengawal di pondok tersebut. Hatinya merasakan seperti sesuatu yang tak kena
“Solat Jumaat dah nak mula tapi kenapa pakcik tu tak bersiap pergi solat Jumaat lagi?Dia ‘lupa’ ke atau buat-buat lupa?”timbul persoalan di hatinya.

Lantas budak tersebut pergi ke pondok pengawal tersebut.

“Assalamualaikum pakcik hensem!” tegur budak tadi pada pakcik tua tersebut.
“Waalaikumsalam..” jawab pakcik tu ringkas.
“Pakcik tengah bertugas ke?” tanya budak tersebut.
“Ya,pakcik sorang je” jawab pakcik tersebut.
“Tak pergi solat Jumaat ke?
“Tak.Nak buat macam mana nak,pakcik kena keje” jawab pakcik tua itu serba salah.
“Tapi cikgu saya cakap,orang Islam wajib solat jumaat.Kalu tak solat Jumaat dosa. Masuk neraka. Tambah lagi,kena seksa masa sorang-sorang dok dalam kubur” tegas budak tersebut.
“Betul tu nak. Semua yang anak cakap tu semua pakcik dah tau. Tapi nak buat camna.Ni arahan.Jadi nak tak nak, kena ikut. Kalau tak ikut,nanti kena buang kerja.Bila dah kena buang kerja, sapa yang nak bagi anak-anak pakcik makan? Pakcik cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik kat rumah” balas pakcik itu.

Cube kita bayangkan jika kita berada di situasi Pak Guard itu, agak agak apa yang akan kita lakukan? pasti ramai yang kutuk Pak Guard itu sebab dia tidak pergi solat jumaat. dia sanggup terus terus bekerja akibat takut kene buang kerja. cube kita fikirkan & kaitkan situasi ni dgn situasi yg berlaku sekarang. sbg contoh,English Nite..walaupun terang terang kita nampak banyak kemungkaran yang berlaku samasa English Nite, tapi kenape kita tetap nak j0in atau dalam erti kate lain bersubahat? sebab takut fail subjek TE, kan?

   
...Kesimpulannya..

Manusia adalah makhluk yang diciptakan Allah SWT dengan diberikan kita dua jalan. Antara jalan kefasikan  atau jalan ketaqwaan.. Jalan ketaqwaan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Sebaliknya, jalan kefasikan adalah jalan yang akan menjauhkan kita kepada Nya

Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) bejihad di jalan-Nya, maka tunggulah sumpai Allah mendatangkan keputusan-Nya,dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang  fasiq
  
Cerita ini bukan rekaan tapi hakikat yang benar berlaku. pu3 nak mintak pandangan dan pendapat korang semua tentang (moral value) cerita di atas.







MySpace

Thursday, July 29, 2010

BILA QURAN MULA BERBICARA



Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan 
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu
tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran tv
Di depan komputer berjam-jam engkau boleh duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu senang membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali setiap hari.
Karana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


*Istighfar,istighfar,istighfar



MySpace

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban datang lagi !!



Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.


Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb Julai 2010) malam
Selasa (sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.


Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.



Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.
adis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Renung Renungkan

Mood : SANGAT BERTERIMA KASIH dan gumbira !!




MySpace

Alhamdulillah aku insan terpilih.

opss pose kejap !!

Alhamdulillah syukur sangat2, awal2 pagi tadi after bangun tido lebih kurang pukul 9 pagi (kantoi bangun lewat!) aku dapat panggilan daripada pihak DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU). mula2 aku ingat aku mimpi, yela tengah mamai2, tiba2 ade suara merdu bercakap dengan aku di talian.. suruh aku datang ofis die ambik surat tawaran kerja..ish betul ke nie? untuk mendapat kan kepastian, mane xnye aku g tempeleng kepala hotaq aku nie semata2 nak pasti kan aku di alam realiti atau fantasi. perghh sakit gile !! ok memang betul ini bukan cobaan ini betul2 ~~ suara pagi aku yang MACHO ala2 manja tahap gaban tanpa segan silu terus terkeluar " Alhamdulillah !! " opss mesti hakaQ tue tau aku baru bangun, sebab dengar suara pun dah tau la kan.. mak aii malu gile ~~ xpe2 aku buat bodoh je.. bukan die kenal aku pon kan .

*tarik nafas.
Okay, saya patut gembira, Hooray. terus berlari anak n mencari mak. aku peluk mak aku erat2 n aku cakap.. aku dapat kerja.. huh aku xkira.. walaupun air liur basi masih lagi bermaharajalela di tepi2 mulut ku.. tapi aku tetap nak peluk mak aku jugak. Alhamdulillah kerana rezeki yang diberikan. Dan saya bersemangat untuk menerima tawaran yang diberikan.
Awak ingat senang ke nak dapat kerja kerajaan? Awak sebenarnya antara orang yang dipilih untuk terpilih. Awak patut terima, bukan tolak. Awak kata tempat kerja jauh dari kampung awak, eh, tolong ketepikan soal itu. Ini sebenarnya soal masa depan awak, tahu tak! Awak kena kuatlah. Saya cakap benda betul, saya orang lama, saya tahu lah. Banyak faedah yang awak akan dpat nanti. Percayalah. Jangan tolak tawaran kerja, TERIMA saja.

*tarik nafas lagi
Baiklah, ini untuk masa depan saya. Saya TERIMA TAWARAN SELAKU PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN..

sayalah pegawai kesihatan ANDA !!

p/s: aku xsabar nak melangkah ke alam kerja.. isnin nie aku melapor diri.. macam2 perasaan dekat kepala aku nie.. YA ALLAH permudahkan lah urusan aku..


MySpace