IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul al-Quran

Sejarah al-Quran
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
 
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
 
 
Erti Nuzul al-Quran
 
Peristiwa Nuzul al-Quran 
berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, 
di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
 
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
 
 
Nama-Nama Lain
Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. 
 
 
Kehebatan al-Quran
  1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
  2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 
  3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.  
  4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).  
  5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
  6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.  
  7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2) 
  8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
 
 
Tuntutan Al-Quran
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.

1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.


Peringatan:
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan. 
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. 
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. 
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua.
Amin.
 

Saturday, August 13, 2011

orang kata aku laher dalam perut mak !

 (bukan orang kata... memang betul)

Bila dahaga, Bila lapar, Bila keseorangan
 yang susukan aku, yang suapkan aku, yang sentiasa di sampingku
M A K
 

suke tengok senyuman terukir dekat mak.. love u mak !

 Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
 


Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
 


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
 


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
 


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

 
  
mak pikiq, bile la anak dara die yang sorang nie nak BUNGA BUNGA CINTA















Bila nak kahwin.. Orang pertama aku akan tunjuk dan rujuk... mak
(nie je yang takde lagi, hahaha

 p/s: sekarang nie aku xberapa nak sihat.. dan orang yang sentiasa dgn aku tetap MAK .. korang jangan lupe doakan aku cepat sembuh k.. TQ :)
 

Friday, August 12, 2011

Entry ini pasal perempuan

Memandangkan aku perempuan, so aku kira aku layak untuk bercakap pasal topik ini dan perlu diingatkan ini celoteh aku sahaja. Aku ulang lagi sekali! nih hanya coloteh aku sahaja.
 

Sebelum aku nak coloteh panjang..aku bg AMARAN KERAS DULu!
Entry nih sangat panjang! Dan aku ucapkan awal-awal kat korang..
SELAMAT TIDUR SAYANGKU. hahaha


Cite ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take note ok? :) hehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan. jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu dot dot dot. 

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi! HAHA. Mak aku selalu buat macam nih dan aku terpengaruh mungkin aku dah mewarisi sipat mak aku nih. ngeee ~



PEREMPUAN DAN SHOPPING
Perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan. orang perempuan bila nampak ada jualan besar-besaran, terus dengan semangat wajanya melangkah kaki dan pasang kuda-kuda untuk pergi kat tempat jualan tuh.! Wanita kan pemurah jadi tak heran la diorang bermurah hati tabur duit sana sini dekat shopping complex! ngee~  

Walau sibuk macam mana pon, tetap jugak ada masa untuk komitmen ini. Tapi tapi tapi, kalau nak diikutkan wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja. peace! Alhamdulilah. aku tergolong haha jeles la tuh kaum2 laki yang baca blog aku nih? HEHE. Tapi tak semua wanita yang hantu shopping okey.

Memang boleh nampak jelas arr kalau perempuan tak dapat apa yang diorang nak, automatic bermulalah telenovela  tarik muncung empat, lima inci ! ngeee ~~


PEREMPUAN DAN CERMIN

Ok! aku mengaku, sifat nih memang ada dekat aku. Orang perempuan nih akan main belek-belek muka kat cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke nak pergi ke sesuatu tempat, enam kali semasa dah sampai ke sesuatu tempat yang dituju dan tiga kali pulak selepas balik daripada sesuatu tempat. dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tengok muka sendiri! wowww! pujian harus diberikan kat perempuan! hehe. sebabnya? itu tandanya perempuan selalu besyukur atas ciptaan Tuhan yang sempurna nih :) peace! 



Perempuan memang cekap bab belek muka & pasang make-up tapi! tapi! tapi! dorang x berapa nak cekap  bila nak gunakan cermin kereta untuk parking kereta, drive celah jalan sempit dan lain-lain, haha jangan marah yerr. maaf zahir batin dari saya. :P



PEREMPUAN DAN HATI

Mengikut kajian, dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali perempuan berkecil hati. cuba bayangkan kalau 7 tahun berterusan, tak ke perempuan akan kehabisan hati! haha. kalau nak cerita pasal "air mata" perempuan pulak, semestinya SENJATA utaman kot. Lelaki? Hmmm. jangan cite ar, laki sebenarnya sengaja main sorok-sorok perasaan sedih diorang. Padahal errghhh dalam hati ada TAMAN oooo HAHA.


 PEREMPUAN DAN KEBERSIHAN

Memang tak dapat dipisahkan. bukan memang! tapi! WAJIB tidak dapat dipisahkan. Sorry to say, Tapi ada jugak perempuan yang pengotor. Perempuan asli akan menitik beratkan semua tuh. Ini hakikat dan tidak perlu dinafikan.


bersyukurlah anda jadi seorang PEREMPUAN. 
Eyhh cop cop cop ada lagi! 
Asik perempuan je kan..  
meh aku jadi adil dan saksama sikit, 
sikit je ye, tak perlu banyak!

 
PERSAMAAN PEREMPUAN DAN LELAKi
Diorang suka baca-baca blog. TAPI ! diorang MALAS NAK COMMENT! hahaha. Nak kata tangan tak dibedung. bedung, tapi ishh ishh. 
Aku memang sengaja perli korang. 
haha bye! :D

Thursday, August 11, 2011

kongsi cinta zaman monyet !

  1. Hye awak.. boleh berkenalan tak?? Muka awak saya pernah nampak lah sebelum nih. 
  2. Hye awak.. muka awak cute lah.. ayu je tengok.. kalau saya bawak and tunjukkan awak dekat mak saya, sure2 mak saya suka. sure2 mak saya terus datang rumah awak anta cincin belah berotan2. 
  3. Hye awak... awak kenal saya lagi tak. tak kenal? Awak, saya kan pernah jadi buah hati awak dulu. Saya kan pernah jadi rebutan awak dulu. erkkk. 
 
~ muntah hijau badang aku di situ plus ada tulang ikan kat situ skali !!~



Ok. kali nih aku jadi orang yang paling terbuka n paling sporting dalam dunia. Aku jarang bercerita hal2 personal aku. means, kalo bab-bab family semua tuh mmg lah aku cerita kan, And memang ada antara korang, korang dan korang sume memang dah kenal ahli family aku. Sampaikan ada yang hafal nama siblings aku. hampehs! hahaha.



Seriusly, aku jarang nak bukak mulut dan bercerita pasal kehidupan remaja aku tentang bab-bab cinta cintun nih. Aku slalu gak skodeng2 blog kawan aku, ramai yg dok cite2 pasal Bf diorang. huhu. Woow! sgt masyuk di situ. hehe. Aku cakap awal2 dulu k.. entry aku kali nih lebih kepada hati dan perasaan. Al-kisahnya begini, alaaaa.. normal kot kalo remaja yg baru nak membesar n membangun, mahu cuba2 untuk suke2 berlainan jantina. Normal kan? normal kan? normal kan? baik kowang angguk cepat !!! 



Nak dengar cite pasal aku x? kehidupan cintan cintun monyet aku masa zaman skolah. Ok bermulanya di sini. Memang time skolah menengah, bersepah2 couple2 yg sedang syiok bercintun. Aku? Aku terkecuali skit. Jap2, kalo korang nak tau, aku banyak kali dikecewakan. Aku ulang lagi sekali, aku teramat banyak kali dikecewakan oleh Sang Lelaki. Asal aku suka je si polan nih, si polan nih mesti main2kan aku. huhu. agak2 menyakitkan hati plus dicucuk2 jarum tebal size 10!!!! 


Ok, aku jadi sgt2 terbuka lagi skang nih. Aku pernah gak rr menyukai ada si polan nih. Dia antara yg hot gak rrr kat skolah. Padahal muka biasa2 sajee. Pakcik yg renovate dapur umah aku lagi ensem 10000x :) Ko boleh bayangkan x, sepanjang aku ngan si polan nih suke same suke, aku rasa hampir 2 tahun gak rr kat skolah kan bermadu kasih hempedu, aku dapat tau dia couple ngn budak lain? Ko bayangkan, spnjg 2 tahun tuh, puaslah aku dok memuja dia, konon2 dia lah paling ensem, dialah paling baik, dialah paling segala2nya. tp skang bg aku dialah paling hantu. sorry to say dat. aku sgt2 geram.


 Time tuh aku muda lagi. masa form 2 kot. Si polan yg berkenaan nih la dok gatal2 anta surat bawah meja aku.Yang aku peliknya, camne die leh sumbat surat cinta usang yg busok tuh bawah meja aku. Setahu aku, bawah meja aku memang dah terlalu sempit and x de seinchi pon ruang untuk orang lain gatal2 nak letak ape2 barang. Bawah meja aku sgt2 padat ok. Ada buku teks, ada buku latihan kecik kotak2 matematik, ada buku garis dua. hehe. 


Tapi kawan aku tak, bawah meja dia padat dengan nasi lemaklah, ada donutlah, ada baju sukanlah yang mana kawan aku tuh terlupa nak bawak balik umah. Ku kira2 hampir seminggu dua minggu dia x bawak balik. Mungkin sbb pengalaman aku ngn die, buat aku jadi makin garang skit n susah nak terima sape2 dalam hidup aku kot. Ermm..mungkin..~mungkin la.



Aku ada gak korek2 kat magazine and kat internet, ayat orang nak mintak clash nih..
antaranya lah kan..
 taddddaaaaaaaaa~~~~

  • awak terlalu baik buat saya. saya rasa. diri saya tak sepadan dgn awak. saya byk buat jahat. tak perlu lah awak tau. cukuplah saya katakan awak seharusnyer bersama dgn orang yg baik baik jua. tapi, bukan dgn saya. (yang nih memang biasa sgt aku dengar) psssstt : syukurlah kalo ko dah sedar..& itu kata2 aku lah. jgn ikut aku. haha..


  • Jap, jap. ayat nih lagi besh. tegelak2 gak bile 1st time aku denga. hahaha. gelak dlu "awak terlalu mengejar study awak. bila saya ajak awak tunang dan kawen, itu ajer alasan yg awak bg.. awak ingat bila kita kawen saya x bg awak belajar ke. awak kawen je lah dgn study awak tu. saya nak kawen dgn orang lain" 
(ommmmaaakkkk aaiii.. punyelah garang.. huhuhu)


  • Ada gak orang guna ayat nih, "awak, i think we should be just friends" ( banyakla kau punya kawan.. dulu pesal ko cakap perkataan kawan tuh kawen!)


  • Yg nih ada lagi..yg nih version ganas WWE skit.haha. "wey aku nak clash dgn ko.. aku rase kita dah x de sefahaman lg.. kalo bersama wat sakit hati je..ada bantahan??"(haha..aku rasa macam nak sumbat batang paip dalam mulut orang yg cakap nih!) 


  •  Yang tak leyh blah ayat nih..aku sgt2 takut kes macam nih. "awak, sebenarnya saya langsung tak pernah ada feel dengan awak. saya couple ngan awak pun sebab kesian kat awak jer, beriya-iya sangat. so skarang saya tak dapat nak menipu diri sendiri lagi. apa kata kita jadi KAWAN BIASA JER. 



Aku tak pernah jumpe lagi ada kes yang macam nih. Korang punyelah nervous nih nak bgtau pasangan korang tuh. Tak tido2 malam. Makan tak kenyang, mandi tak basah. then, bila korang dah lafazkan ayat korang nak mntak clash tuh, skali. respond pasangan korang..
jeng, jeng, jeng



"sy pun!!"
 saya tak kisah, memang dah lama nak tunggu saat camni. sekarang saya ade sebab concrete nak clash nagn awak. yabbedabedduuuuuuuuu! "
hahaha.. mengong seyhh.

  • Kalo tak berkesan gak...ada lagi nih.. " aku malas nak cakap la kan. aku nak clash ngan ko... menyusahkan hidup aku je ko nih" 
  • Bila anda nampak dia seakan akan terkejut.. "Dah.. dah... buat buat terkejut pulak.. Aku lempang kang" 
  • Si Dia mengalirkan air mata dan tersedu sedan. " Ko nangis la..aku pedulik apa.. Dah la muka buruk. Makin ko nangis makin buruk muka ko " 
  • Kalau si Dia Meraung "... Tolong tolong....ada orang gila nak apa2kan saya "

 

Kalau tak terclash jugak.... tak tau la aku, Kalo aku lak. aku gase nak cakap camni rrr..
"saya dengan ini meletak jawatan sebagai gf awak...
sekian terima kasih. Tapi awak. sebelum clash, kite tengok wayang dlu. pastu kite makan satey nak x awak"
Pastu aku blah terus tanpa pusing2 belakang. sbb ada orang cakap Jgn pndang belakang!~~ hehe.


hidup itu pasti, mati itu pasti
dunia itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti
yang mati sudah pergi, yang hidup muhasabah lah diri
semoga bertemu kebenaran yang hakiki
dan tidak menyesal di kemudian hari
di kala dunia dan seluruh isi nya tidak berguna lagi

Saturday, August 06, 2011

Puasa Keenam.

Rasa teramat-amat tak selesa rite now.
Sakit tekak..
Sakit kerongkong..
Sakit hidung..
Sakit gigi.. geraham segala bagai..

Batuk-batuk.. uhuk uhuk..
selsema.. slurrppp.. sok sett.. sok settt!


Tak dapat nak hirup udara sangat. Rindu nak hirup udara. rindu nak rasa makanan dengan penuh kenikmatan. Tak nak hirup bau minyak cap kapak.. Mak suka sapu sapu kat dada aku lah, leher lah, hidung lah.. hape lahh.. Tapi tape! mak nak aku cpt sembuh. sebabnye, hidung tak dapat berfungsi dengan baik.. tersumbat sana dan sini. Bila idung tesumbat.. mesti sistem telinga pon tak berjalan dengan lancar. mak panggil.. ayah panggil. adek panggil, tak berape nak dengar sangat. bukan buat-buat tak dengO. tapi memang tak dengo.. haha.


Bila idung & telinga tak berfungsi dengan baik..
mata pon ape lagi. terus ambil alih..
mata jadi kuyu2 je. sayu je mandang..


  Esok mau berkejar ke klinik or farmasi! harus carik obat! sangat sangat tak tahan rasanya.. Owhh.. maybe tak cukup tido kot. Yeah.. maybe~
Owhh Yeahhh. tiba-tiba teringat semalam aku buat-buat sesak napas dekat depan mak aku..
mak aku terpanggil-panggil aku..  
"eyhh..nape nih Mas"

 
Fuhhh..fuhhh..
"meaw33x..tipuuu je makkk"

hamik ko..tewos kena lepuk..hahaha

(janji tak buat lagi..tp next next time AKAN..suka nyakat mak)

Gadis-gadis pingitan di luar sana....
Jejaka-jejaka idaman di luar sana....
 nanti cerita lagi ye.. sebab saya nak mandi nie ha.. hihi 
SELAMAT menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

:)