IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

ok fine aku cemburu !!


Kau nak meluahkan perasaan cinta dengan cara yang sangat lain dari yang lain sehingga membuatkan si dia termenangis keterharuan sampai rasa nak cubit cubit pipi kau yang comel tu? Meh, jom kita tiru macam mana laki ni buat dekat orang yang dia nak luahkan tu. Sangat sweet macam gula kapas ok..

Ada sorang lelaki ni mahu meluahkan betapa dia sayang sangat dekat perempuan yang dia suka ni. Tapi bila dia luah dengan cara lisan, perempuan ni tak percaya sebab lelaki ni suka bergurau. So, sure lah dia tak percaya sebab takut apa yang lelaki ni cakap semua mainan semata mata.

Nak tahu apa laki tu buat? Laki tu sanggup beli beribu ribu cokelat bar yang harganya 10 hinggit lebih tu, dan berikan kepada semua pelajar perempuan universiti yang menginap di satu apartment ni .Dan memberitahu mereka suruh turn on or off (ada yang disuruh off. ada yang disuruh on) tepat tepat pada pukul 8 malam. Sila lihat hasilnya di gambar bawah.


ok now aku plak yang cair.. romantik seyyy !!!
aku nak jugak macam nie... 



Friday, September 24, 2010

Belajarlah mencintai dia Seadanya !!



Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, walaupun dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.


Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan. Walaupun ketika kita menyadari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Pasangan jiwa memang benar-benar ada. Ada seseorang yang diciptakan hanya untuk kau. Tetapi tetap terpulang pada kau untuk melakukan pilihan apakah kau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak.

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah pilihan yang harus kita lakukan. Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Aku suka ayat dekat bawah ni.Copy & paste je.
" aku mencintainya, tanpa melihat kata "sempurna",
aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki,
aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku,
aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya, keluarganya, ataupun materialnya
aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang kupunya...
dan... aku mencintainya tanpa melebihi rasa cintaku pada-Nya.. "

pertanyaannya...
apakah dia mencintaiku seperti aku mencintainya?

* berkenan sangat dengan ost Lagenda Budak Setan ni. Aku touching lebih okay bila tengok filem ni. Ye lah, hati nipis kan.


Thursday, September 23, 2010

23 september 2010, 3:50 am

Henpon berdering,
Tersedar dari tidur dan lihat skrin ..
gambar dan nama ko tertera,
Ya allah betul kah ini?
ku senyum.
ko masih ingat aku?
aku dengar suara yang aku tunggu tunggu,
rupanya..
aku rindu suara itu.

malam tadi, 
bulan catik sangat !
Bulat dan Terang..
aku nak berikan dengan ko, tapi aku takut ko tak sudi.
aku jauh, tak dapat nak curi hati ko.
Aku kite harap kite tetap kawan k.

tadi aku nak bagi tahu kau
tapi mulut aku macam kene gam
ini khas untuk kau..

Berjuta tawa ku dengar
Tidak ada satu pun tawamu untuk ku
Semua tawa yang ku dengar itu palsu
Berjuta canda di telingaku
Tidak ada satupun canda untuk ku
Semua canda itu bukan untuk menghiburku
Ketika aku senang
Kamu selalu ada
Tahukah kamu ketika aku menangis?
Kamu tidak pernah ada disitu
Tahukah kamu ketika aku perlu didengar?
Kamu juga tidak ada disampingku
Tahukah kamu ketika aku perlu kata-katamu?
Kamu juga tidak pernah menemaniku
Mungkin aku satu dari ribuan yang kamu punya di dunia ini
Apakah aku hanya teman untuk canda?
Apakah aku hanya teman untuk tawa?
Aku perlu temanku
Tidak hanya tawa dan canda
Dengar aku ketika aku perlu
Walaupun sedetik

Aku perlu bahu dan kata-katamu
Untuk menangis dan berkongsi bahagia...  




Wednesday, September 22, 2010

i'm dying inside and nobody know it but ME.


mata sembab.bengkak gila,
mata yang sepet lagi sepet rupa dia,
aku penat,
rasa macam tak di hargai,
bila aku memerlukan pertolongan,macam macam alasan bagi,
sumpah rasa macam diri ni tak ada nilai langsung,

semalam,
lencun pipi,hidung tersumbat dengan hingus,
basah bantal peluk,
meratapi nasib,
seorang diri,
nak meluahkan ? tak ada yang sudi,
tak boleh nak call siapa siapa.kredit kosong,
harap ada yang sudi call pada waktu itu,tapi sepi dan gelap je skrin phone,
lagi sedih.
nak guna SOS top up.tapi tak boleh,

sebab dah guna dah aritu,
memang rasa lonely sangat sangat,
still nasib yang sama iaitu memendam,
aku
 nak luahkan dekat orang,
tapi
 orang tak ada,
dan seperti yang aku cakap kredit kosong,
aku memang mengharapkan keajaiban dengan tiba tiba kredit aku penuh,

tapi itu takkan jadi.
tertekan sangat.

"busy".yes.aku tahu korang semua busy,
busy dengan kerja semua,
& kadang kadang busy dengan televisyen.
tapi tak boleh ke luangkan setengah jam untuk aku ?
dan aku banyak kerja nak kena settle semua,
dan aku perlukan korang untuk minta pertolongan,
but kosong.tak ada langsung.
stress sangat sangat,


Saturday, September 18, 2010

Risk.




“Cinderella walked on broken glass, Sleeping beauty let her whole life pass by, Belle fell in love with a beast, Pocahontas risked her life for a feast, Jasmine could have had anyone but she chose a poor man, and Ariel, she walked on land.”

So many people dislike fairytales because it makes us believe in love, believe that a prince will swoop down and save us when something goes wrong. But I’ve come to realise that in every fairytale-like movie, every girl took a risk. Took a risk for love, took a risk in the name of love. 

So, how do we know if our own fairytale won’t really happen if we don’t try, if we stop believing in love? 

I know it’s hard for some of you to put down their guard and to learn to trust someone else sometimes. I know because I’ve been through it. People like us, we distance ourselves from people we genuinely like just because we are afraid to get hurt. But does building up these walls ultimately saves us from hurting? 

It doesn’t. 

We’ve got to know that these people, the people we are blocking out because of our own insecurities, will leave someday too. Leave for something better. Everyone will cause you pain and hurt and tears, but you have to decide who’s worth it. And when you make that decision, happiness will come to you. =)



Thursday, September 09, 2010

posto posto !! SELAMAT HARI RAYA SEMUA.





"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA"
sekiranya ada yang berkecil hati, tersilap kata, terkasar bahasa, termarah dan segala 'TER' lagi. 

Pejam celik pejam celik dah berlalu akhirnya ramadhan yang dicintai.. sampai ketemu lagi tahun depan insyaAllah.. Malam raya. Macam macam perasaan ada sekarang ni. Sedih, sayu ,hibaaa. Memori lama TER-imbau kembali. huhuhu. Dengan jari-jari ni aku menaip bermacam cerita untuk tatapan kalian sampai sekarang, jari yang sama jugak aku susun untuk mohon maaf dari semua kalau ada cerita-cerita aku yang tak best, atau kurang umph macam ketupat cicah rendang...




Aku cuma nak korang tahu aku ni cuma insan yang lemah d sisi-Nya.Tak selamanya mata memandang dengan ramah, hati menilai dengan jernih, dan mulut bicara dengan santun. Aku mohon maaf atas semua kesalahanku. Baik yang disengaja mahupun yang tidak, yang besar mahupun yang kecil, yang masih ingat mahupun yang sudah lupa. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Semoga menjadi jiwa yang fitri teriring doa; 





Taqobalallahu minna waminkum taqobbal ya karim, ja’alanallahu waiyakum minal aidin walfaizin walmaghfurin.


Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” 
buat semua rakan-rakan yang tak jemu-jemu berkunjung ke blog “pu3” ini termasuklah pembaca senyap (silent readers).
dengan ingatan tulus ikhlas dari:
       
       

Sunday, September 05, 2010

hasil nukilan ku ketika mamai. haha


Saya baru bangun nih. Serius!! tido kul 3.45 am tadi. Tersedar sebelum kul 7.30 am. Comel kan saya update entry time2 tengah mamai. Saya baru bangun tido, rambut masih tercacak-cacak. Belum sempat nak tocangkan tinggi-tinggi macam ibu baru lepas pantang. Gigi pon tak gosok lagi, nafas bau macam ikan mati. Eleehhh.. biasalah tuh.. puasa kan. haha. Dan mata pon macam serupa tak bukak dan celik je. Cantik tak? cantik tak? <--nada gaya cam Eric Leeong. Memang, aku kalau nak cakap hati ke hati dalam blog nih, mesti pilih masa aku baru bangun tido. Masa tuh aku selalu mamai. Jadi, aku iyakan aje apa yang aku cakapkan walaupun ianya auta semata-mata.

Ok cukup! cukup! cukup ok! Kita masuk bab dan nada SERIUS pulak!~
okey kat sini aku nk kongsikan dengan korang semua pasal award yang aku dapat dari blogger kat luar sane. 


AWARD DARI 
comel kan award nie? mcm en tom & sis mira  jugak kan kan kan??
hmm kan aku dah kata korang mesti akan angguk angguk punya..

AWARD DARI 
banyak banyak award nie la yang lain dari yang lain aku dapat...
mak ceh bang wandy.. sori sebab kmk lambat pos entry tok.. boh marah mek ahh.. 
AWARD DARI 
nie plak award yang selalu aku dapat..
TQ adek atikah..muda2 lagi dah aktif dlm blog kan..
sis tikah nie hapi org nye.. sebab abg SYG die salu je di sisi dia kan ?

********************************************************

okey, stop award untuk hari nie ye.. 
now cite pasal kontes plak.. korang ingat x dulu aku ade join kontes MR n MRS lanun... 
ingat x? ok meh cni aku ingat kan korang ye.. 

okey aku menang contes ini ye.. TQ kepada tuan penganjur.. saya sungguh suka..
so semalam aku dah dapat dah hadiah itu.. aku dapat gelang tangan wei.. ade 2 plak tue.. kepada yg lain.. jangan jeles ya.. saya menang MOTO !!! time kasih tuan penganjur.. nanti buat kontes lagi k.. hahahhaa

haah ada satu lagi kontes yang aku join...nak tau ke tak nie? ok jom terjah kontes aku dan ray bon.

haa kontes nie pun aku menang jugak tau.. huh suke sangat.. TQ kepada penganjur.. 
nanti kite bagi no tel n address kite kat kamu ye.. huhu xsabar nye nak dapat hadiah..
wink wink wink..


Friday, September 03, 2010

Owh ya, 30 perkara tentang aku dan kaum ku. JOM TERJAH !!



1. Bila wanita mcm aku bersedih, wanita tidak menitiskan airmata, tapi dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hati sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu wanita akan frust menonggeng bila hubungan itu putus di tengah jalan =P

4. Sekiranya wanita jatuh cinta, kamu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.