IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Tuesday, August 31, 2010

serius aku BOSAN !



Di saat aku bosan seribu bahasa, 
tiba tiba hati ku berbicara bahawa aku sayang ibu ku lebih dari segalanya.. 
mampu kah aku menjadi sekuat ibu ku.. 
mampukah aku menandingi ibu dalam soal masak memasak??

Mampukah aku melayan SUAMI ku nanti ?? 




MySpace

Monday, August 30, 2010

hati oo hati, aku salah ke?


Aku teringat dua hari lepas aku tak berhenti pun bagi mamat Indon tu melintas padahal hujan renyai renyai. Dia pikul besi. Bukan aku tak nak berhenti, tapi aku panik sebab tempat tu berbukit dengan lesen yang tak seberapa lamanya ni, aku tak confident. (Ceh, padahal aku naik kereta auto). Tapi aku rasa bersalah. Aku asyik terkenang kenang pasal hal tu. Jahat ke aku sebab tak berhenti. Aku tak boleh tidur. Camne ni? Bila tanya abang aku, dia kata dia pun kadang kadang macam tu gak. Bila tanya kucing makcik sebelah rumah aku, kucing tue tenung aku semacam je =.= "


Monday, August 23, 2010

sedih sedih sedih .



Saya tengah sedih... 
sebab baru je dapat new information tentang konvo..

Kenapa mesti buat dekat tempat yang tidak best...
AHHH memang senget betul la UiTM nie.. 
aku nak konvo dekat UiTM Shah Alam..
kalau boleh aku nak semua adek beradik aku datang masa aku konvo nanti..
adek beradik aku semua duk dekat semenanjung.
aku nak sangat sangat dieorang join aku..
UiTM ooooo UiTM...

Kenapa now ko pandai pandai je nak tukar tempat !!!!
dulu ok je buat kat shah alam...
ok now aku xde semangat nak cerita panjang lebar.
hmm tengok la korang sendiri.. sememang nya tidak bes..
semua di buat di DEWAN JUBLI je.. tempat yang sungguh kecik !!!

Eee sememang nya tidak bes. 
hope semua adek bradik aku boleh datang sarawak and tengok aku konvo..
aku nak abang abang aku bagi aku bunga banyak banyak..
pastu bagi aku bear besar besar.. 
nak jugak dieorg datang..
tak kira xkira xkira !

FULLSTOP

p/s: hmm tengok tulisan pun dah kale merah.. memang marah sangat 2 la nie kan? ahakz !



Thursday, August 19, 2010

mamat kedekut senyuman !

Bertemu dengan dia tanpa dirancang dan tanpa mengetahui. tapi dia sudah merancang. senyum*

Sama kelas dengan dia. Saya duduk di hadapan sekali. Dan dia duduk di belakang sekali. Pandangan pertama, saya takut pandang mata dia. Kerana perkara pertama yang saya nilai bila memandang dia ialah ' gulp, gerunnya tengok dia. garang semacam.' Dengan badannya yang sasa, ketinggiannya lagi. Dengan rambut pacak pacak nya yang kacak itu. Bila dalam kelas, dia langsung tidak pernah memberikan satu senyuman yang mungkin ikhlas atau tidak kepada saya. Bila saya berikan dia senyuman sebagai kawan sekelas, dia tidak membalas senyuman saya. Aihhhh, maluuuuuuuunye ! Tapi kenapa bila dengan orang orang lain, boleh pula dia gelak ketawa? Okay, start dari situ saya mula aim dia 'Mamat Kedekut dengan Senyuman !'.Tak suka diaaa =.="

Tapi, saya takkan lupa saat itu. Saat di mana 'Mamat Kedekut dengan Senyuman! ' itu menegur saya di dalam kelas. Terkejuuuut !. Hari dimana kelas saya mendapat baju kelas yang sudah ditempah.  Entah macam mana saya dapat size XS. Maka akan jadi sangat sangat fit bila dipakai. Saya hanya meletakkan baju tersebut di atas meja sambil membuat muka yang sangat kecewa sebab tak dapat saiz yang tepat. Lagi lagi bila baju tu tak boleh ditukar lagi :(( Tiba tiba dia datang ke meja saya dan terus meletakkan baju ber saiz M di atas meja saya dan mengambil baju saya yang ber saiz S tu.Saya blurrr ! Kemudian, dia terus berkata 'Itu untuk awak.Awak tak elok pakai baju yang fit fit. Nanti senang nampak benda yang tak patut dilihat'. Muka dia sangat serius! Serius sangat ! Okay, lidah saya kelu. Bukan sebab apa, sebab saya takut tengok pandangan tajam dia tu dan ucapan dia itu. Dia terus pergi macam tu je. Tak sempat nak cakap terima kasih dekat dia. Ish. Lepastu saya dok senyum sorang sorang. hihi. Baik juga eh mamat ni.

Oleh kerana saya takut nak tegur dia yang serius tu, maka saya pun mengambil sticker note berwarna pink , lalu saya menulis 'Terima Kasih untuk baju tadi' (dalam note tu, saya sempat lukis beberapa kuntum bunga. saje nak kasi sticker note tu berseri seri. hehe) dan saya tampalkan note tersebut di tempat duduk dia tu. (saya buat ni time rehat okay. hehe). Keesokannya, selepas saya bersenam, saya terus masuk dalam kelas dengan keadaan yang sangat letih. Tiba tiba pandangan saya tertumpu pada sebotol air mineral yang belum dibuka di atas meja saya dan terdapat sticker note ditampalkan di atas penutup botol tersebut. dan saya macam 'EHH, itu macam sticker note yang saya kasi dekat mamat tu jeee'. Memang betul pun ! Tapi yang lainnya dalam sticker note itu ialah, ada balasan dari si dia tu. Dia membalas ucapan saya dia atas kertas yang sama saya berikan pada dia. Tapi yang paling saya suka ialah, ada lambang simbol senyum dilukis di bawah note tu. hehehe. Dapat tengok simbol senyum yang dilukis dari dia pun dah kira okay dah.hehe.

Hehe, ini sahaja cerita detik detik permulaan saya dan dia yang ingin saya kongsikan dengan korang semua. hihi.  Kalau nak cerita dari A sampai Z, sampai ke minggu depan tak habis.

p/s : ini sebuah cerita zaman dahulu. tiba tiba aku teringat. tapi KEKANDA aku macam mana.. 

 MySpace                                                                      

Tuesday, August 17, 2010

Tangan saya lemah longlai menekan papan kekunci ini kerna aura menulis saya sudah kene curi .



Dah dekat sejam lebih dah, saya asyik termenung depan skrin ni ha, asyik tulis padam tulis padam and tulis padam.. tue jela yang saya mampu lakukan dari tadi.. hmm jarum jam semakin laju berputar, tapi apa yang saya buat satu pun tidak menjadi.. hmm kenapa kau mas? kau sihat ke sayang? 

okey. sekarang nie saya tekat n berazam penuh tawadhuk yang saya tidak akan memadam lagi apa yang saya sudah taip ini tidak kira apa pun yang terjadi... hahha... fullstop.

Kepada kaum Adam di luar sana, nak nak share pasal satu artikal. jangan lah ambil serius sangat pasal artikel ni walaupun ada sesetengah point dalam artikel ni sangat kena pada batang hidung anda. hehe. Peace !
wow mengoda gile jelingan die.. wink wink wink !!
· 99.9% lelaki amat pandai masak kari. tapi maggi kari saja la.
·  Lelaki kadang kadang memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
·  Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah. bukan main bising lagi.
·  Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. pastu, sambil hisap rokok pulak…
·  Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin.
·  Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat cepat sikit masak.
· Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri.
·  Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita.
Antara sebab sebab lelaki memasak:
·  Malas nak pegi kedai
·  Hampir hampir pokai
·  Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
·  Mental theraphy
·  Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
·  Buang tebiat…

( Artikel ini aku dapat dari satu laman web. So,nak share lah sekali dengan korang semua. Nak link web tersebut sebab aku rasa web tu agak baik artikel artikel yang di post kan.Tapi malangya, aku dah terdelete semua history dalam laptop aku )

Tapi kalau aku la kan,aku nak lah cari lelaki yang pandai memasak. Boleh lah mengeratkan silaturrahim sambil sambil masak di dapur tu. Pastu nanti takda lah aku bosan dok dapur masak sesorang. At least ada la juga teman berbicara. Kalau tak reti masak juga, aku nak cari laki yang boleh tolong clean and clear kan segala mangkuk mangkuk periuk belanga yang aku dah guna bila masak tadi. Jangan pandai dok nganga mulot makan je. Baru lah fair :P

Tapi aku respect tinggi gila pada lelaki yang tak pandai masak, tetapi bekerja keras juga dalam membuatkan masakan nya menjadi sangat sedap walaupun bila kita makan, kita akan rasa macam lebih rela minum air kunyit berbaldi baldi. Ye lah, at least masak lah juga dari sesetengah kaum hawa yang dah lah tak reti masak, lepas tu pemalas pula nak kemas rumah. Macam dalam keluarga aku, yang paling suka pergi dapur and masak masak semua, terletak pada kaum Adam. Bukan aku nak cakap kaum Hawa dalam keluarga malas masak, cuma kaum Adam dalam keluarga aku lebih suka menceburkan diri dalam bidang masak dan mencipta resipi resipi yang baru berbanding kaum Hawa. Macam bapak aku, kalau boleh malam malam mesti nak masak. Tak kisah la masak telur goreng je ke. Apa ke. Tapi mesti kena masak malam malam. Bertuah Puan Habsah Dubi dapat lelaki seperti Encik Iskandar Mat. Dan bertuah Encik Iskandar Mat sebab dapat Puan Habsah sebab tidak pernah complain masakan yang dibuat oleh Encik Iskandar.

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki. Macam yang kita kenal, Chef Wan tu.

Kenapa ek ?

MySpace                                                          

Friday, August 13, 2010

Okey sekarang masa rehat saya, jadi saya nak update blog !!!

Assalammualaikum semua.
Okay, sekarang saya berada di dalam surau. Baru lepas solat dengan kawan yang tersayang dan tercomel. Dan sekarang ni saya sedang berbaring di atas lantai sambil online. Sebenarnya, kami baru lepas bergotong royong. Bergotong royong sempena majlis yang akan diadakan keesokan harinya di tempat kerja aku nie... Kita mestilah buat kerja kerja jugak tau walaupun kita puasa kan? Bukan apa, bulan puasa macam nie la kita berebut2 mencari pahala.. kan kan kan? tadi aku tengok je abang abang ofis aku mengangkat kerusi batu yang beratnya melebihi berat 2 orang berbadan obesiti. Oh tidak. Nanti mahu juga aku intai kot kot abang abang itu curi curi minum air ke ape ke. ngeh  ngeh.

Lepas ni keje dah nak start. Tapi asal tak bersemangat hari ni? Rasa macam sangat letih dan mengantuk. Rasa macam nak je duduk lama lama dalam surau ni sambil bermain ikat ikat rambut kawan yang panjang mengurai tu. Hishh, semangat lah Mas. Semangat semangat semangat !

Tapi now, saya dah ada tukang pemberi semangat yang sangat kacak dan berkarisma. hehe. Yang selalu menalifon saya dan mengambil berat tentang saya pabila saya rasa kurang bermaya. hehe.

Dah lah, dah lah, dah lah. Nak tidur tidur ayam kejap. Kang masuk kerja pukul 2 petang, kejutkan saya. bye bye :P


MySpace

Monday, August 09, 2010

Kalau saya suka, awak mesti suka, kalau tak, saya tak nak kawan.



Assalammualaikum semua. hihi. Hari ni mood gwe sangat baik bangeet. Rasa macam mahu buat kenduri qiqah 3 puluh lembu sekaligus.heeee :D Act tak ada lah besar mana or gempak mana pun yang terjadi yang buat mood aku happy banget tahap dewa camni. Cuma cuma rasa hari ni macam sangat best. Mood pun tak lari duduk bersepah sepah. Sangat baik ye mood aku hari ni dengan bertindak duduk mendiamkan diri dan menyanyikan lagu A,B,C yang sangat comel tu beramai ramai di dalam jiwa aku ni. Cececece, memandai je. hihi :P

Sebenar-benar-benarnya, aku sangat sangat gembira dengan kerja baru aku di DBKU ni. Nak dekat 2 minggu dah aku masuk kerja, dan selama 2 minggu juga lah aku rasa keja ni AKAN menjadi saat saat yang mungkin tak boleh aku lupakan dalam hidup aku. Achewah, kalau laa DATUK BANDAR tu terbaca ayat aku ni, mahunya menangis ke terharuan dia di sini. ngeh ngeh ngeh.
ini la pas kerja aku. gambar nie xleh besar besar sangat tau sebab muka memang xboleh belah.
 kalau la boleh guna bulu mata palsu masa ambik gambar ni kan ke bes..
baru muka xnampak pucat kan? =P
Pertama, pekerja pekerja di sini ofkos lah sangat sangat baik hati dan sangat sangat kepala gila dengan aku okay. SANGAT. kalau tak, tak ada maknanya aku nak taip entri hari ni cakap yang aku-happy-gila-dengan-keje-ini. walaupun baru 2 minggu tapi aura keseronokkan itu memang semakin menyerlah. Mereka juga sangat caring. Oh ye lupa nak cakap dalam ofis aku tu, aku lah yang paling muda. 20 tahun. dan dalam masa yang sama.. aku jugak la the ONLY one perempuan di ofis itu...hehe. So,budak baik dan mentah macam aku ni memang sangat diberi layanan VVIP yang sangat sangat oleh abang abang yang baik hati dan pakcik pakcik yang kacak lagi bergaya itu. HIHIHI. Rasa macam 'waaaah,dalam ofis saya ada banyak abang abang yang tua, jadi senang kalau nak mengadu cerita apa apa'. 

Lagi satu,aku sangat terharu dan rasa macam seorang baby yang sangat mulus hatinya pabila time awal awal masuk tu kan tangan aku terbedarah akibat kene bucu pintu yang tajam, so entah macam mana boleh ter-menangis mengeluarkan air mata embun sebab sakit tangan yang amat amat. Dan entah macam mana boleh terbuat muka yang sangat polos. Jadi,waktu tu ramai  abang abang senior datang membantu dengan menghulurkan ubat ubatan serta tisu premier bekalan untuk mengelaap air mata+hingusan semua. Dan tak lupa juga pada ucapan ucapan yg mengatakan 'TUAN MAS, kuat okay okay.nah biskut tiger untuk awak. nak bagi awak kuat macam tiger'. Oh sweet gila ayat aku reka ni. Hehehe.

Tapi ada juga part yang aku tak berapa nak suka. Rasa geram. Ye lah, bila dah keja ni, memang la masing masing ada duit sendiri, dieorang semua siap ada camera DSLR yang canggih canggih itu tau.. Siap muncung camera panjang gila bapak nenek atuk ah wa cakap sama lu. aku tau la kerja kite memang perlu ade camera untuk jadi bahan bukti.. tapi jangan la tunjuk depan aku... owhhh tidak.. aku sungguh jeles...aku tau la aku xde duit lagi nak beli benda alah yang macam tue... xpe, tunggu aku dapat gaji nanti.. hmm siap la korang... SEPULOOHHH aku beli tau...wakakka (sambil buat muka belagak kejap ye)

Yang bikin wa panas ialah bila dengan selamba hati camera DSLR dorang je main zoom zoom pegi snap snap muka wa yang tak berapa nak bersih ni. Cis, bikin wa panassss je. Bajet macam paparazzi ah ni ehh ? Cis ! Wa tengah makan roti ikan bilis pun tak senang duduk. Mahunya kalau muka aku tengah makan tu sangat buruk camne? Tetiba tercomot atas hidung ke? Haa, pastu masuk FB. Pastu tag nama aku. Memang malu jiwa raga gwe ah camni. Habis muka sememeh aku paling tersememeh terselebek korang dapat tengok. Ish, tak aci ni. Tak aci ni =.="

Lepas tu apa lagi eh? hurm hurm,

Haaaa..si ri us aku cakap kerja aku ni memang boleh buat muka aku terbakar. Oleh itu, aku memang kena siapkan krim penghalang sinaran uv untuk muka di dalam beg makeup aku. Lepastu hati ni memang kena sentiasa tabah dan gigih kalau nak berdepan dengan orang orang di sekeliling aku baru la jadi pekerja yang terbaik.. kan?

Ha,hape lagi eh nak cakap.Tadi aku rasa macam banyak benda nak taip.Tapi tetiba blank. Herr herr herr apela mas ni.
Ambil liquid,tekan bebanyak sampai jadi gelombang besar (mcm dekat sebelah gambar burung yang aku lukis ni. comel kan kan kan ). Hihi,tuh lah fav kerja yang aku selalu buat bila aku tengah bosan. hehe. Lepas tu biar gelombang liquid tu kering dekat luar. Lepas tu pecahkan gelombang tu. Ceh, mcm takde special langsung pun bende aku buat ni. Ape kejadahnya kerja kau ni mas? haha, tapi kerja ni aku suka. Tak tau la kenapa.
Okay kengkawan semua, saya nak pergi bersiap siap nak pergi gantung baju basah dekat dalam bilik dengan harapan esok pagi baju tu akan kering dengan bantuan kipas gantung tu. Okay, pergi dulu ! Pye pye pye Romeos & Julietssss ! 

Assalammualaikum =)

p/s: sekarang nie aku tengah sick leave 4 hari oo, mesti abang abang ofis mencari cari kehilangan aku.. sebab tuan puteri mereka sakit.. wakakka poyo je. !




MySpace

Sunday, August 08, 2010

Cinta pertama kamu, dah buang jauh jauh ke belum ?

I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!

Masih anda ingat pertama kali anda jatuh cinta? Do still remember the moment when we first fall in love?

Berapa ramai antara anda pembaca yang ingat dengan jelas setiap detik itu. Sila kedutkan dahi anda sebagai tanda anda tidak ingat dengan jelas. Anda boleh juga terus senyum menandakan anda do treasure the moments. This is not a happy romantic love class, ok. This is just to remind us how we tend to forget the very important meanings in our life. The moment when we first saw love, one moment in time. Sila anggukkan kepala dan senyum dengan pipi sedikit senget untuk saya. Thanks.

Unless when the first time when we fell head over heel, it was a love tragedy, mungkin kita akan mengingatinya selama mana mungkin. Tetapi jika kita take it for granted, saya pasti anda berkerut dahi cuba mahu mengenangkan saat itu.

Percayalah, manusia sememang sifatnya mudah lupa. Things like how we first met is always forgotten.

Saya selalu berfikir, kita terlalu alpa dalam mengejar hal duniawi persis materialistic sehinggakan perkara ‘percuma’ yang berlaku terhadap kita berlalu begitu saja. Kita gagal dalam mengenal erti perhubungan atau human touch antara sesama insan seperti mana kita menghargai wang. Sesetengah dari anda pasti mengatakan wang adalah segala-galanya. Jangan silap ya, saya pun berpendapat sedemikian.

Cuma untuk lebih tepat saya positif mengatakan yang wang dan hubungan insan harus berlaku selari. Ini kata-kata dari ibu saya yang agak keberatan saya mahu bersetuju di depannya, walau dalam hati sudah lama mengiya. Wang tanpa human appreciation tiada maknanya. Begitu juga cinta yang dilayari keperitan hidup seharian. Saya cuba cuma mahu lebih praktikal di sini, untuk hidup zaman kini wang adalah elemen utama untuk kita bergerak. Dan, jika wang tiada diiringi rasa perkongsian dan baurkan kegembiraan bersama, hampir pasti tiada kesannya.

This is where we need to treasure moments that shaped our relationship, supaya hari-hari yang dilalui lebih bermakna. Jika kita acapkali ingatkan diri untuk tidak terlupa foundation sesuatu perkara, contoh bagaimana sesuatu perkara bermula atau tercetus, saya yakin kita akan lebih aware dalam menghargai perkara itu. Tidak kiralah ia berkenaan cinta atau perkara remeh saja. Tahu anda meredah detik apresiasi, tahu hati rasa bahagia mengenangkannya.

If you treat thing good, good will pay you back.

Kadang kala saya terfikir sendiri, adakah insan-insan yang dijadikan tuhan memang dilahirkan untuk terus terlupa untuk melawat sejarah hidup mereka. Maksud saya bukan tidak sedar semuanya yang telah mereka lalui tetapi pada perkara-perkara yang tersendiri nilai insaninya. Mungkin ayat saya kurang jelas diatas. Contoh terbaik kita boleh lihat dari cereka pendek Rabun yang ditayangkan untuk mengutip derma Mercy Malaysia September 2003 yang lalu. Ketika saat Pak Atan mencuci kaki Mak Inom dengan berus sabut sewaktu mandi benar-benar mencuri hati saya. Atau saat di mana Pak Atan terjatuh hingga terluka kakinya, dan risau isterinya membuang debu dan merawat luka itu hingga air matanya mengalir sayu umpama dirinya sendiri yang tercedera, tidak boleh tidak menggamit memori saya terdahulu. Romantik dan sarat dengan kasih sayang.

Betapa mereka yang telah 47 tahun hidup bersama masih lagi dalam dan luas penghargaan insani yang ditunjukkan masing-masing. Tiada perasaan segan silu atau malu sendiri singgah di hati , atau pun lintasan fikiran yang mengatakan ‘aku dah tua, tak perlu lagi nak manja-manja macam tu’ menghalang dari rasa cinta dikongsi dan revisited.

Mungkin perkara-perkara sebegini yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis blog saya di laman siber. Menulis, berfikir, menaip, berfikir, bertafakur, menganalisis, memahami keadaan dan sebagainya, dan berfikir lagi. Mungkin saya ini jenis manusia yang suka berkongsi ramai akan perkara berpengajaran yang pernah saya lalui atau lihat dengan mata sendiri.






MySpace

Friday, August 06, 2010

Istimewanya aku bergelar wanita.


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) bila dibandingkan dengan lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin suami apabila ingin keluar rumah, tetapi lelaki tidak.

3. Apabila menjadi saksi (suatu perkara), maka jumlahnya lebih sedikit bila dibandingkan dengan laki-laki,

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki

5. Wanita harus menghadapi kesusahan, seperti mengandung dan melahirkan anak.

6.Wanita wajib taat kepada suami, sementara suami tidak wajib taat kepada wanita,

7.Talaq terletak pada laki-laki, bukan pada isteri,

8.Wanita kurang dalam beribadah karena adanya haid dan nifas. Hal tersebut tidak terdapat pada laki-laki.


Berdasarkan hal-hal di atas, maka banyak wanita yang tidak berhenti berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”. Pernahkan kita lihat sebaliknya???

Sebelum anda menyetujui pendapat di atas, perhatikan betapa Allah swt. memang telah berlaku adil pada setiap makhluknya, tidak peduli ia wanita mahupun lelaki.

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai, serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Ibaratnya, tidak mungkin permata akan dibiarkan terserak bukan? Seperti itulah wanita diibaratkan,

2. Wanita wajib taat kepada suami, tetapi tahukah Anda, bahawa lelakiwajib taat kepada ibunya (wanita) 3 kali lebih utama daripada taat kepada bapaknya,

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada laki-laki, tetapi tahukah Anda, harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara laki-laki apabila menerima warisan, maka ia wajib menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya.

4. Wanita harus bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah Anda, bahwa setiap saat wanita didoakan oleh segala makhluk dan malaikat-malaikat Allah di seluruh alam semesta, dan bahkan jika ia mati karena melahirkan, maka ia mati syahid dan surga menatinya,

5.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan pada 4 wanita, iaitu: Isterinya, Ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu: Suaminya, Ayahnya, Anak lelakinyaa, dan saudara lelakinya,

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga dari mana saja ia inginkan, dan cukup dengan 4 syarat: Sholat lima waktu, Puasa Ramadhan, Taat kepada suaminya, dan menjaga kehormatan dirinya,

7. Seorang lelaki wajib berjihad fiy sabililLah, sementara bagi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala laki-laki yang yang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah... Demikian sayangnya Allah pada wanita.

Yakinlah, bahawa sebagai zat yang Maha pencipta yang menciptakan manusia, maka sudah pasti Dialah yang Maha Tahu seluk-beluk manusia, sehingga segala hukum/peraturannya adalah yang terbaik bagi manusia.

Jagalah isterimu, karena ia adalah perhiasan, pakaian, dan ladangmu tempat bertanam, sebagaimana Rasulullah pernah mengajarkan agar kaum lelaki selalu berbuat baik terhadap isterinya. Adalah sabda RasululLah, bahawa ketika kita memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan mengantarkannya menjadi muslimah yang baik, maka surga jaminannya.

Berbahagialah wahai para muslimah!  Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya surga menantimu.

 All the Best for Women... peace (0_o)v

p/s: ini aku copy paste je dari emel yang aku dapat tadi.. so aku share la kat korang.. 




MySpace