IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Sunday, June 26, 2011

Ikut resam padi

Baru 4 hari aku menetap di Kuala Lumpur. Dan sepanjang aku menetap di sini, aku telah bertemu dengan pelbagai jenis ragam dan kerenah yang datangnya dari manusia yang berlainan serta beza dari warna kulit.



Ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang meninggi diri, ada yang merendah diri. Ada yang berpengaruh, ada yang sebaliknya. Ada yang celik, ada yang buta hati. Ada yang lurus, ada yang bengkok. Ada yang pandai, ada yang dungu.



Tetapi setiap orang mesti ada jenis manusia yang dia tidak boleh bersama atau get along bukan? Begitu juga dengan aku ! Dan mungkin ada orang sekeliling aku yang mungkin tidak boleh get along atau menerima aku bersama mereka. Adat dunia memang begitu lah.



Aku paling tidak suka dengan manusia yang berlagak paling hebat, paling pandai, paling bijak, paling clever dan sama waktu dengannya.


Namun, aku memang kagum dan teruja melihat orang yang hebat dan pandai. You all pon mesti kagum juga kan ? Tetapi kesombongan kebongkakan yang meloyakan telah mengkotori kehebatan, kebijaksanaan dan kepandaian manusia. Tu yang tak best tu.



Adakah salah jika kita cuba mengikut pepatah yang berbunyi sebegini "ikut resam padi,semakin tunduk semakin berisi "



Apa yang bestnya kalau kita meninggikan batang hidung sendiri.. bukan ke kita juga akan ke tanah juga ? Renung renungkan lah wahai para blogger serta rakan rakan yang membaca !



p/s: tengah bersiap nak pergi kenduri abang terchienta.

Wednesday, June 22, 2011

Nasib baik la kau Adek aku !


 
adek memang suke buat muka ngade ngade pon ~~



Dia ni kan, kalau nak keluar dengan dia, tolong lah jangan pakai high heels. Patah kaki kau lenguh nanti. Semua kedai nak terjah. 



Aku tak berapa suka sangat keluar shopping dengan adik lelaki aku sorang ni. Mencabar tahap keimanan betol. Kalau korang nak keluar shopping dengan dia, sila lah. Dia ni jenis macam. hmm jap macam mana eh nak cakap. Ni dialog yang dia selalu cakap bila keluar shopping dengan dia.


Aku : Okay, Adek nak beli apa? Mak dah kasi duit kan?
Adek : Adik nak beli. Tapi tak tau nak beli apa.
Aku : Ala, adek beli je la apa apa pon.
Adek : Tak tahu. Tak tahu.  *angkat bahu*


Bila aku advise suruh beli something, sure dia tak nak. Dia nak fikir dulu. Last last, bila dah masuk kereta nak bertolak balik baru lah terfikir nak beli barang. Hampeh je. Lepas tu, balik je rumah buat muncung. Moody tak tentu pasal. Lepas tu memang aku la kene marah dengan mak dan bapak. 
 
 
Memang kalau keluar dengan dia, balik balik je dia akan moody. Sebab tak dapat barang yang dia nak. Ish, siapa yang tak nak beli barang sekarang? Kalau aku la kan, mak aku dah kasi elaun tu memang guna bebetol lah. Borong satu mall. muahaha.








Macam semalam aku dengan adeh pergi The Spring dari pukul 4.00 petang sampai lah pukol nak dekat pukul 10.00 malam. Memang letih lah. Tapi barang yang aku nak, dapat lah. so puas hati. Yang si adek aku pulak, dari sepanjang kami melekat dekat Spring, satu barang pon tak beli. Bukan sebab berjimat, (Adek berjimat? HAHA memang tak la) tapi sebab masalah dia yang tak tahu nak beli barang.
 
 
Sadis betol. HAHA (Kuang asam punye kakak) Last last pukul 9.30 malam macam tu baru la dapat hidayah nak beli selipar adidas. Adekkkkk, 6 jam kau dalam mall tu.. Selipar je kau beli? waaaa. aku sakit hati. Aku lenguh ke hulur ke hilir pergi masuk semua keda, cari barang engkau, last last kau beli selipar je? Baik pergi S.O.S je la wei.



gambar curik dari FB adek !

 Edek suka pose ala ala cool ketika aku sedang senyum cun cun punya. ish.

Apa apa pun, die ni la kawan yang paling baik dalam hidup aku. Die lah yang masam dan die lah yang manis. Memang kalau keluar, mesti kena sama sama. Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena. We all ni dah kira macam bila tangan aku kena cubit, tangan adik aku yang terasa sakitnya.


Sunday, June 19, 2011

Walau apa pun terjadi die tetap bapak aku.

Ingat lagi..


Zaman dulu dulu bapak selalu check beg sekolah kami adik beradik. Yang paling gerun ialah dekat sebelah bapak mesti ada satu rotan buluh yang panjang dan nipis. Aku jarang kena marah sebab mungkin rajin kot. hehe. Adek selalu kena marah sebab dia selalu tak buat tarikh dekat setiap latihan.

 
Memang kalau waktu kena check beg sekolah, mesti ada je buku yang kena campak dengan bapak. Bapak memang tegas. Tegas pada tempatnya. dan bapak aku dulu dulu bekas Tentera dan aku pernah merasa macam mana rasanya menjadi anak Tentera. Rasanya memang tak best. Rasa macam diri ni agak di kongkong dengan segala protokol yang ada :P


Bila dah kena marah dengan bapak, mak lah tempat kita orang mengadu, aku kuat merajuk, masuk bilik terus tutup pintu, lepas tu bapak masuk bilik pujuk, dan aku rindu sangat dengan saat saat itu, tapi sekarang ni, kalau merajuk pon.. sendiri kena layan rajuk.



Setiap hari Sabtu,
bapak mesti bawa kami adik beradik pergi mandi khelah dekat Ranchan (Serian Sarawak) Best sangat. Tangkap ikan guna selendang mak, Aku selalu kena marah sebab selalu kasi ikan lepas, Ye la, aku mana reti main tangkap tangkap, Lagi lagi kena pegang ikan.. geli huh.



Sekarang, dah tak ada. makin besar makin sibuk semua. Dulu kami adik beradik pernah kena marah dengan bapak sebab bising sangat, Malam tu bapak suruh belajar, tapi kami main. tak belajar. Akibatnya, bapak suruh kami adik beradik duduk luar rumah. Lepas tu nasib baik ada heroin ajak masuk. heroin itu ialah MAK tersayang.



OMG, rindu sangat saat saat itu !


P/S: aku tak wish pun dekat bapak aku SELAMAT HARI BAPAK ! sebab aku takut. aku memang jauh sangat dengan bapak. intai dari jauh je kot ! "Pak ktk ada sik trimak masej dari kamek tek? (bapak ade tak trima masej dari saya tadi) tue je la aku mampu ! aku xde kekuatan lagi nak wish depan depan dengan bapak ! 


Friday, June 17, 2011


THIS IS STICKY POST.
 please scroll down for the next entry. TQ

Assalamualaikum.
CONTEST " Review Dan Menang Android Toshiba AS100 " by myKahwin.my 
&
  2DayBlogger.Com.
myKahwin.my ? Siapa tak kenal? Kalau tak kenal tuh, tak taulah aku nak cakap ape. huhu. Memang makin hari makin hot kot myKahwin.my ni. Diorang terkenal dengan laman web direktori perniagaan khususnya untuk mereka yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan PERKAHWINAN, FOTOGRAFI, MAK ANDAM, KATERING dan lain-lain lagi.


myKahwin.my di tubuhkan khas untuk membantu para peniaga perkahwinan mengiklankan perniagaan mereka secara PERCUMA. haa sangat creative ala-ala fairy tale yang macam dalam mimpi korang tuh ok! myKahwin.my memang yang terbaik. Sape-sape yang nak buat video kawen amiklah MY KAHWIN ni. Tak rugi. Kalau nak cakap about Mohamad Faizal B Saedon (Managing Director) & Faisal Abdullah. pulak, memang terkenal kot kat KB. Wedding planner kan. hehe.


HADIAH? ( part nih yang best nak dengar nih)
kelik untuk tambah kanta mata !!
 +
Hadiah sampingan untuk 5 lagi pemenang.
--> 2 Hosting Plan Berharga RM 100 tajaan 2dayblogger.Com <--
--> 3 Ebook Rahsia Trafik 10 K (Limited Edition) dari 2dayblogger.com <--


Aku memberanikan diri untuk masuk "BIG" contest nih. Kenapa? Mengapa? hehe..Sebab benda nih benda yang menguntungkan :P .Kalau menang tuh, ini kira hadiah besar lah dalam hidup aku. Memandangkan contest yang dijalankan pon sangat menarik dan tertarik, so tak salah lah kalau aku try masuk. Benda baik tak salah pon kalau nak try. Lagipon, xsusah pun buat je entry bodek membodek tentang  myKahwin.my. godek sane godek sini. haa kan senang ! (aku memang hebat bab bab cenggini, sesuai sangat dengan aku) hehe =)

 

Direktori Perkahwinan MY Kahwin

(kelik link dibawah untuk dapat pahala lebih)

Ok cukup la tuh mukadimahnya tentang
myKahwin.my


ALAMAK , dari tadi cerita pasal KAHWIN KAHWIN KAHWIN je.. nie yang buat aku nak berangan nie... Owh my WEDDING... (opsss saya sedang BERANGAN ! tolongjangankacau)

Wahai Tuan penganjur boleh tak saya ..... nak BERANGAN konsep wedding yang saya impikan. Nama pon "BERANGAN". Kalo dah BERANGAN tuh tak semestinya menjadi ye dak? Mimpi yang bermula daripada angan-angan dan impian. Sesuatu yang masih dalam khayalan atau imaginasi aku, tapi mungkin boleh menjadi realiti atau terus-terusan kekal menjadi fantasi aku semata-mata, ok jom layan dengan myKahwin.my. =)


curik dari hencex google =)

Ok.. tuh je la kot angan-angan aku. yang lain aku bincang nanti dengan future husband aku k :) 
ALAMAK tak sabar nye nak KAWEN !!

Dengan adanya pertandingan macam nih, sekurang-kurangnya boleh mencuba nasib dan siapa tahu kalau bernasib baik boleh mendapat majlis perkahwinan impian tanpa perlu mengeluarkan bajet. Betol tak? Angguk je lahh sebab memang betol dan tepat ;) So, aku harapkan, dengan entry nih, korang boleh vote untuk aku nanti ok? :)


 TARIKH TUTUP PENYERTAAN
10 April 2011 - 10 Julai 2011

Walopon PENGANJUR tak mintak letak pic kat entry nih, aku nak letak jugak! Yelaaa.. nak kasi PENGAJUR nengok-nengok lah camna laaa rupa pemilik entry nie sebelum di beri sentuhan oleh barangan di MY KAHWIN.. hikhik :)

okey xpayah kelik. xbest pon !!

Ok.. tuh je la kot yang aku boleh share serba sedikit tentang kontes nie :)
Aku hope dengan entry with point-point yang tak seberapa nih, boleh buat judges rasa terharu ke ape ke..nak nangis ke ape ke..haha :P Sebab 100%  from judges MY KAHWIN :)
So, supportlah pu3 ok


Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com. Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasa bersama Faisal Abdullah.


p/s: Tindakan seterusnya oleh
DATUK HARIS, TAN SRI IQBALZACK, DATIN TIEFAZATIE, TUN USTAZ LOVE & CIK SERI FANA


Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Wednesday, June 15, 2011

muke aku tak hensem pon arini




Haish, ape la saya nih kan. Takde mood plak. Ha, kadang-kadang bila takde mood, tak tau nak buat apa kan? Rasa lemau je, macam biskut kena angin. Memang mood agak kurang sikit beberapa hari nih, tak dapat nak aktif sangat sekarang. Badan rasa macam tak sedap, tapi boleh lagi berblog. Still boleh lagi menjengguk dan dijengguk la jugak kat blog nih. 


Thanks ye kepada semua yang singgah. Sebenarnya saya ngah mencari mood nih. Ape nak buat bila takde mood. Takde mood nih jika dibiarkan parah jugak kan. Nak buat kerja semua tak jadi. Orang kata mood ke Laut China Selatan lah, padahal ntah betul ke tak kat Laut China Selatan tuh, ntah-ntah kat dalam kolah rumah je. Huhu. Sudah, stop merapu dan merepek. Fokus-fokus.




arini memang hari serabut aku. awal pagi pergi kerja dengan serabai nye. eee mas ke ni. semua staf tego. muka comot & selekeh. dah macam budak hingusan kene buang negeri (outchh melampau !)








muka tak hensem saya.. eee comot ~~






Meh nak bagitau perkara-perkara yang boleh dibuat bila takde mood. Nih nak share perkara yang selalu saya buat bila time takde mood lah. Maybe bleh dijadikan panduan ke, mana yang buruk tuh korang jadikan lah sempadan ek.

1. Tarik nafas dalam-dalam dapatkan oksigen.

2. Dengar lagu.
3. Baca buku
4. Jalan-jalan.
5. Menjerit.
6. Amik wudhuk, baca Al-Quran.
7. Makan
8. Tidur…

p/s : sesi mendapatkan mood yang hilang.. mood oh mood datanglah dikau.

Tuesday, June 14, 2011

Andai Kau Tahu...


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 




Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Surat Wasiat

Semua orang mesti pernah terfikir bila la ajal korang nak sampai. Aku pon selalu juga fikir macam tu. Ye la, kita ni manusia memang kena fikir macam tu. Untuk buat kita lagi  bersedia untuk menghadapi kematiaan. Maksud aku persediaan dari segi berlumba lumba nak kutip kumpul pahala untuk di bawa ke hari perhitungan nanti. Macam mana kalau kita mati esok? tak pon, lepas korang baca blog aku ni ke? atau mungkin tengah syok syok gayut dengan buah hati ke? Senang cakap, ajal maut semua tu Allah swt boleh tarik bila bila masa je. Mesti tak sempat nak kirim pesanan apa apa dekat orang yang tersayang kan. Mesti terkilan. Isk (T_T)





Dulu aku ingat lagi waktu aku dekat KEM PLKN BETONG PAHANG. Ada satu program yang berkaitan dengan pembersihan hati macam tu la. Ala, program motivasi yang nangis nangis tu. Eceh, macam korang tak pernah merasa je program tu. Mesti sekolah korang pernah buat. Aku paling suka part di mana pihak program minta semua orang buat satu wasiat. 


Pihak program kasi satu kertas A4, then listkan segala wasiat yang ingin disampaikan. Kemudian, kertas tu dilipat dan disimpan dalam satu plastik. Pihak program tu akan simpan dan akan bagi dekat keluarga kita jika si penulis wasiat tersebut meninggal dunia. Memang waktu tu macam macam perasaan ada. Dan perasaan yang paling ketara sure ah sedih. Ada yang siap tersedu sedu tulis wasiat. Salute lah ! takpe, kami faham perasaan kau. Mesti banyak benda yang diluahkan. Mesti banyak benda yang ingin diwasiatkan.



Aku ni pula jenis macam mana eh. Hurm, kalau aku tengah sedih or perasaan kacau bilau, aku akan ambil kertas then akan luahkan segala apa yang aku rasa dan kertas tu aku lipat dan tulis nama penerima dekat atas kertas tu dan simpan dekat satu kotak yang sampai sekrang takde sorang pon tau mana aku simpan. Even, orang dalam rumah pon tak tau mana aku simpan. Kena lah simpan dekat tempat yang strategik. Kalau tak, tak suprise ah. Mana tau kalau esok aku tak ada, nanti boleh la korang baca luahan perasaan aku. Tak pun, boleh la terbitkan Diari Mastura. Eceh.






Nak tahu tak apa list wasiat yang ingin aku sampai kan? 
oppsss RAHSIA !
=P

aku dan masalah !

 Betul lah ni korang. 
kehidupan dan masalah ibarat aku dan kaca mata.
Di mana ada kaca mata, di situ ada aku.
Di mana ada Aku, di situ ada kaca mata.





Kita selalu sangat mengulang cerita dan segala kisah yang kita sendiri tidak akan tahu bilakah dan dimana harus cerita dan kisah itu harus berhenti. Kadang kadang kita keliru. Keliru sama ada arah yang kita tuju ini akan membawa kita ke syurga atau neraka. Kita tidak tahu sama ada arah ini betul atau kita salah arah. Dosa atau tidak.



Kita juga langsung tidak pernah mengambil tahu tentang pelabuhan akhir yang akan kita berlabuh nanti sangatlah uzur, sangatlah tua, sangatlah kesepiaan. Tapi apabila kita sendiri merasa bahawa ending-nya akan fail, kita cepat je mahu memutuskan dan berpaling lari jauh darinya. Kita lari. Lari lari dan lari. Kita pecut seperti pecut 100meter di KLCC. Kita terus lari jauh dan tinggalkan orang di belakang tanpa sedikit pon berpaling ke belakang.



Setelah kita jauh berlari dan jauh meninggalkan orang di belakang kita, adakah kita mampu mengubah sesuatu yang telah melekat kuat di hati dan fikiran kita? Adakah kita mencuba untuk mengharapkan sesuatu yang baru dan belum pernah kita alami. berubah tanpa adaptasi?



Allah swt menciptakan kita untuk beradaptasi. Semua makhluk Nya punya kemampuan untuk bertahan dari segala cubaan. Tetapi, adakah kita mampu hidup bahagia tanpa hati, fikiran dan bayang bayang masa lalu yang masih melekat kuat? Terutama pada bayang bayang yang belum kita selesaikan.


Korang, 
Selesaikan lah sejenak masalah yang ada di hadapan kita. 
Janganlah menangguhkan nya. 


Janganlah kita berfikir bahawa lari adalah jalan yang paling mudah. Tidak tidak. Lari bukan jalan penyelesaian nya. Makin kita lari, makin hampir masalah dengan kita. Jangan lah kita berfikir bahawa masalah sering kali datang membuli kita. Jangan lah kita berfikir bahawa kita adalah kepala utama dalam membuat masalah. Kerana, tanpa masalah, apa lah sangat hidup ini. Bererti kah hidup kita ini jika asyik tersenyum tanpa tangisan?



LAHIR, TUMBUH, MATI

Bagaikan sebuah tanaman yang hanya bila waktunya tiba dia akan mati. Berbahagialah kita atas apa yang telah diciptakan-Nya untuk kita, kerana itu semua adalah kurnia yang tidak semua akan mengalaminya. hanya yang kuat saja di uji. Jadi Bersyukur la !

Friday, June 10, 2011

cinta monyet yang memalukan !

Kawan kawan blogger. Hari ni aku nak kongsi cerita yang memalukan dalam hidup aku. Bukan senang wo nak berkongsi cerita memalukan ni. Kalau cerita sedih, senang nak berkongsi. Ni cerita malu, sure lah berat je mulut nak bercerita. Tapi takpa, demi blogger. *ayat mengampu ke apa ni * kihkihkih.


Dulu aku pernah kantoi pasal surat cinta. Ulang suara, Dulu aku pernah terkantoi pasal surat cinta. Sangat memalukan ok. Waktu tu aku rasa macam nak je pergi tempek simen dekat muka nih ha. Sumpah memalukan. 


Benda ni jadi 10 tahun lepas. Waktu tue aku Darjah 6 di Sekolah (nama sekolah dirahsiakan) tapi yang penting aku sekolah di sebuah sekolah rendah di Sarawak. masa sekolah dulu aku ada group sendiri tau, (aku, sharifah, efa, dan zam). Group kiteorang memang anti sangat dengan group lelaki mengada kat kelas aku, aku ingat lagi nama dieorg, (Azizil, Krol, Afham & Zharif) Paham tak? Senang cerita yang terkantoi ni ada 4 orang. Group kita orang yang terkantoi.


Waktu tu dalam kelas bahasa Melayu. Aku ingat lagi nama cikgu tu. Nama dia Cikgu Ayub. Hari tu, cikgu tak mengajar. Suruh buat kerja sendiri. Masalahnya, budak kelas aku nie kalau cikgu suruh buat kerja sendiri memang tak ada maknanya nak bawak keluar buku latihan math ke, sains ke, padahal nak UPSR. Selepas itu, bermula lah kerja dungu aku dan group aku. HAHAHA *sumpah aku nak tergelak* malu ~~


Waktu tu aku dengan Efa duduk belakang sekali. Kitaorang duduk sebelah sebelah. Zam pulak duduk dengan Syarifah dekat depan aku dan Efa. Lepas tu, Zam & Syarifah pusing kan lah kerusi dieorang dan terus mengadap aku dengan Efa.  Pertama, Efa buat la idea dungu, die kluarkan diary die, pastu Zam, aku n Syarifah pon turut ikut sekali. budget nak share luahan cinta la katakan. Aku pon apa lagi, semangat gila. Semua aku luahkan dalam diary aku tue. *memalukan wooo.


masa tue, aku ada suka Mamat A, tapi aku nie pemalu nak gtau, duduk diam je kan. tengok tengok dari jauh je, so disebabkan aku terlalu la memendamkan rasa, ale ale aku dengar Zam kapel dengan mamat A nie. *hancur hatiku, mengenangkanmu, menjadi keping keping setelah kau pergi... bla bla bla bla (tak ingat dah lagu tu). Aku time tu macam agak frust ah. HAHAHA.apa lagi, dalam diary tue la aku luahkan.. semua ada wei dalam tue.. so diary itu amat penting bagi saya.


Tengah syok syok baca luahan hati dalam diary masing masing, tiba tiba group lelaki nakal tue rampas diary kiteorang. WhatTheFrog ! Waktu tu memang aku rasa macam nak sembelih penggal penggal kepala dieorang. Sea-oat gila ! Waktu tu kelam kabut sangat. kita orang 4 orang masing masing berebut nak ambil balik. Semua dah cuak. Maluuuuuuuuuuuu woo ! Tak tahu nak letak mana muka ni *ha, sekarang baru kau reti fikir malu. Waktu buat plan dungu ni, tak pula malu. kihkihkih. 


Lepas tu, cikgu Ayub macam syak wasangka sedikit. Agak pelik tengok bising bising. Lepas tu, cikgu tu jalan pergi dekat group nakal. Yang sangat tak boleh bla, group budak nakal nie bijak, dieorang cepat cepat sembunyikan diary kiteorg so konon tak ada apa-apa la terjadi.  tapi yang kene marah nye kami berempat. ish dah la kene marah cikgu AYUB, pastu diary plak kene culek dek anasir anasir liar !!!  eee mahu nye xgeram !


Lepastu, waktu nak balik sekolah, aku menangis teresak esak dalam kelas waktu semua orang dah balik sebab takot kantoi dengan mak bapak aku. yela budak budak laki dah tau kot aku suka DIA !!! siap sindir sinder lagi.. malu la, aku dah la jenis pemalu, kene lagi jadi bahan. eyuuu lagi la sedih. terus ingat mak & bapak.. takut dieorang marah ! hahhaa poyo je masa tue.


Walaupun perkara ni amat memalukan bagi aku tapi aku rasa ni la pengalaman manis waktu aku sekolah rendah dulu. Bila di ingatkan balik, tergelak terguling terus. At least, waktu kecil kita orang berani nak luahkan rasa cinta kitaorang walaupun dalam diary je pon :P



p/s: sampai sekarang zizil, krol, afham & zharif tak kasi balek pon diary kiteorang. but now aku dah tak kesah dah. cinta monyet je kot.

Tuesday, June 07, 2011

Jenjalan habis duit part 2

 
 Date : 4-5 June 2011
Venue : Wan Jaya, Wan TJ, The Spring, Hopoh
Kuching Sarawak
** serius kaki rasa nak patah **


Aku pergi soping sakan dengan sepupu sepapat aku. pergi satu tempat ke satu tempat untuk kasi CINA KAYA.. cuci mata sana sini dengan barangan cantik cantik siap mata dah rambang tak tau nak pilih mana satu. masa tue bukan main lagi kepala hotak aku berfikir

** kalau la ada suggar daddy **

.. pergghhh dah lama aku tunjuk sana tunjuk sini je...
semua dapat kot, xyah pergi kerja  pon. duk rumah makan tido n soping.yahooo suke !
okey mas stop berangan boleh !!!


jom shopping GAWAI !!


rambang mata nak pilih tau.. semua murah murah okey..

ok time nie berebut nak beli patong .. yeah.. peluk2 best !!

opsss terbuat muka poyo.. gara gara cameraman lambat sangat snap !!

ok hill itu itu itu saya dah beli.. murah murah .. 3 sepuloh hengget je !!

bayar time.. buat buat je senyum sebab duit byk ilang !!

muke yang xpernah bosan melihat camera !!

kami suka bergaya.. comel kan ? ngee~~

opss gambar untuk tontonan umum je ~~

kat sini banyak dress cantik2.. tapi sempat beli 3 je !!

kat sini kiteorg tempah rantai ada nama, murah je pon..

dan masa di tunggu... nak carik KFC !! meooww ~~

 
(wahai cik abg saya , nanti kite tunjuk tunjuk je awak mesti bayar tau..
- H A R U S -
yeye saya sayang awak sangat sangat !!)




penat wei jenjalan, jom lepak kejap !!
 ICE CREAM time !!


sluppp.. nyam nyam..


&
masa untuk menjamu selera 
~(-_-)~


muka nurul yang agak tak puas ati sebab ayam dia kecik je.. hahahahaha

muka memang dah xmalu dah.. lapa kot !! ade aku kesah ..


Mereka lah sepupu dan mereka lah teman baik aku di kala susah mahu pun senang. Bila tak ada mereka, siapa lagi nak bagi aku gelak besar sampai air mata keluar dari mata, sampai gelak tak ada suara, gelak sampai terkencing, gelak sampai perut terus senak, gelak sampai nenek marah marah sebab ganggu orang tidur malam malam buta. Mereka ni tak pernah fikir langsung untuk membuat perkara yang dungu. Itu yang aku suka. Kira sama sama pandai buat dan sama sama pandai tanggung kan. Memang tak boleh dipisahkan.




Epul,Nurul,Eggy,Erol,Alan,Cakk,Epik,Piqa,Debok,Sila
nanti kita jenjalan lagi ye !!

*=P
 

Jenjalan habis duit part 1


sORRY  ye Dato Dato & Datin Datin yang menunggu nunggu entry terbaru saya.. 
budget ramai la tunggu kan? hey mas kau ingat kau blogger OTAI !! 
(tolongberhentiberangan !)


 Date : 4-5 June 2011
Venue : JOM HEBOH
Perkarangan Stadium Petra Jaya, Kuching Sarawak
**sungguh panas sampai tak boleh nak nafaz **


singgah booth nie semata mata nak pinjam hencex KIPAS ~~

masa nie haos sangat, so pergi gerai2 untuk cari setitik 2 air sejuk ~

masa nie serius lucu, abg polis yang hensem tengok je kiteorg pose !

kami budak budak lagi jadi kami sanggup beratur panjang !!!!

sepupu sepapat saya yang tersayang !

sebok gak nak pose depan belon JOM HEBOH sapai xsedar terbalek

 
terlambat nak hupdet entry kali ni diatas sebab sebab diatas ye...banyak bende bes yang jadi. kalau nak cerita kat sini sampai 100 juta tahun pon takkan habis kot (okeysayatipu!!!)


 Tak lama pon aku dekat JOM HEBOH tue.. panas ok! sangat tak tahan. dah ala aku nie tak berapa nak cerah so terpaksa lah jaga kulit baik baik takut turun saham plak ye.. wahaha alasan terbaek dari aku ! ngeee~~~

tengok dahi aku ade peluh metitik2 ok.. so sape nak LAP??


kan aku dah cakap tahap kepanasan masa tue memang diluar jangkaan, so ape lagi keluar la dari Stadium n pergi pergi pergi SHOPPING !! meoowww ~~


... TO BE CONTINUED ...
nanti kite storie morie pulak pasal SHOPPING ye..

*:P
 

Wednesday, June 01, 2011

Gathering Blogger Sarawak Part 2

Assalamualaikum. Hi Guys! 
Hope u all sihat and happy!

Quickly Update from me, pu3mas (tolong percaya)
Don't forget to review Gathering Blogger Sarawak part 1 for more information
Date : 29 MAY 2011
Time : 8.00 p.m.- 11 p.m
Venue : D11 Steamboat Kuching

keriuhan kami menternak lemak di D 11


Gambar tambahan yang belum di ZOOM

inilah Miss Vivian & future Husband. sangat sangat pemalu okey.

nie pulak nur adiratna.. atau NONOK.. die pun pemalu jugak....

haa ini pulak hero PERUNDING KEWANGAN malam tue. KUAT makan ...

nie pulak hencek FAZRI manis je orang nye ye.. nampak baik dan pendiam ~

dan ini... TADAAAA... miss AMOI.. yahoo.. hey amoi cantik n comel kan?

 amoi nie la orang paling aktif malam gathering nie. die rajin okey. masak untuk semua orang (okey ayat tambah2 sikit). pastu blogger yang TERPAKSA makan apa yg die masak adalah Hencek TARMIZI.. sedap ooo c amoi nie masak... (okeyayatbodeklagi ~)


eh mizi aku lupa nak gtau yang gambar kau xde ke dalam pic kite nie? alamak kesian gile kau !! eh eh mizi tak yah la kau nak nagis kat ctu.. mek cni aku cilok pic kau ye.. konon2 kau ade gak la dalam semua pic malam gathering tue... okey tak okey tak? baek kan aku.. erkkk !!! hahhaa...
 
inilah cameraman kiteorang.. siap ada 2 camera lagi ! dahsyat x dahsyat ?
 
Ok. aku nak chaw dulu. nak pergi pusing pusing 1 sarawak.. yela arini dekat sarawak CUTI.. 2 hari okey. tolongjangancemburu !!! tapi sebelum aku pergi nak tinggalkan korang dengan pic MAKANAN la.. :P
 
makannnnn ~

makannnnnn

dannn BONCET ~~

kikikikiki sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak tulis and share dekat sini tentang perkara-perkara bahagia. Tapi, kadang2 aku rasa macam nak buat je private blog. haha. Tak semua benda yang aku nak cerita boleh semua orang baca. Agak-agak korang, ok tak? :)

TATA TITI TUTU korang :)