IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Sunday, January 30, 2011

Kau Pergi tinggalkan aku sendiri.

Segala yang datang dalam hidup adalah ketentuan Allah. Begitu jua pada pemergian, sudah ditakdirkan nasib dan perjalanan kehidupan seseorang. Di antara datang dan pergi itu, ada sebuah kehidupan. Ia juga suatu ‘ciptaan’ Allah swt. 
 
Dalam masa dua hari saja, saya menerima dua berita kematian. Seorang ahli keluarga saya, dan seorang lagi daripada sahabat baik saya. Saya simpati dan bersyukur pada masa sama. Simpati kerana keluarga mereka kehilangan insan disayangi dan bersyukur kerana mereka begitu tabah menghadapi semua dugaan mendatang. Tenang saja raut wajah ketika berita diketahui. Mungkin ada yang tahu kehilangan ini seperti sudah dijangka . Tetapi ada yang masih tidak boleh menerima kenyataan di atas pemergian mereka kerana kematian berlaku dalam keadaan yang mengejut. Kuasa Allah swt.
 
Kalau sudi sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Ada untungnya juga kerana suatu hari kita juga bakal diketemukan dengan pemergian ahli keluarga sendiri yang paling kita rapat. Mungkin orang lain pula bakal bersimpati dan bersedekah kepada kita. 
 
 
Al-fatihah untuk Azie, kawan baek saya.
 

 
persahabatan kami tetap utuh walaupun kau pergi dulu !
dan.. tangan  itu milik kami MIA= Mas Ieja Azie
 Sukar untuk aku luah kan dengan kata kata. pemergian arwah betul betul tidak disangka. Sakit yang beliau hadapi masih ditahap yang pertama, tetapi disebabkan tubuh nya tidak mampu menahan kesakitan yang amat, beliau pergi meninggalkan kami. YA ALLAH sungguh kuat dugaan mu Ya Allah. kerinduan semakin nyata, dan gambar menjadi penyeri mata. 

 
mood : masih terkejut dengan pemergian arwah =(
29 JANUARI 2011

Tuesday, January 25, 2011

::coNteSt kaMi pOsE cuMey::

Berminat nak sertai contest ??
pilihan di tangan anda !!!



SYARAT
BUAT ENTRI DAN LINK, WAJIB TAG 4 BLOGGER LAIN, TINGGAL LINK KAT KOMEN

HADIAH
HANSET APPLE I PHONE RM100 + TOP UP RM50

TAG BLOGGER INI

belog ANIS, belog HARIS, belog HUDA, belog WAN HABIB

 kenapa anda join contest ni..
" saya join sebab saya hak hadiah itu.. ngee !! "

aku haris & bel yang ngade ngade !!

Monday, January 24, 2011

.Hazirah Anati Ismail.


Dah setahun masa berlalu. 
Aku rindu kawan baik aku. 
Serius, ini bukan main main. 
Banyak benda aku nak story dekat dia.
Tapi dia dah pergi jauh tinggalkan aku.
So, macam mana aku nak story dekat dia lagi =(

Kadang kadang kalau aku macam bosan dok mengadap PC, aku pergi chat dekat ym dia dan aku bebel sorang sorang dekat situ. Ini bukan gila ye. Cuma setiap kawan kawan kita mesti ada keistimewaan tersendiri kan. Macam tu juga dia. Dia ada keistimewaan dia sendiri. Dia suka bagi aku gelak sampai rahang aku nak tercabut dan usus aku terbelit. haha. Lepastu dia kawan yang sangat jujur. If macam kalau aku buat benda yang menjengkelkan, dia akan terus sound aku. Tak ada maknanya nak tunggu seminggu, baru nak bagi tahu. Kadang kadang tu macam boleh jadi terapi kepada diri aku bila aku tengah down walaupun aku tahu segala offline offline message aku takkan di balas oleh dia lagi. Dah takkan ada ayat ' hazirah anati ismail is typing a message'. sobs.


Awak semua,  inilah kawan yang saya maksudkan, mari sama sama doakan hazirah anati sihat macam dahulu. dia kawan baik saya. saya ulang suara dia kawan baik saya. Minta hazirah tabah menepuh harinya. 
minta dia lapang dan kuat menjalani kimo yang menyakitkan itu.. 
harap barah yang dia alami akan beransur pulih, INSYA ALLAH.

Hal yang menyedihkan dalam hidup aku adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.



Thursday, January 20, 2011

Takdir ALLAH memang INDAH.

Takdir Allah itu indah. Selalu indah even kita perlu menangis, bahkan mati sekalipun. Tapi percayalah apa yang telah Allah gariskan buat kita, itulah yang terbaik.

Allah tak pernah menjerumuskan hamba Nya ke dalam lumpur. Allah tak pernah mahu hamba Nya jatuh ke neraka. Allah tak pernah mahu hamba Nya mati dalam keadaan hina. Even kita pernah berada dalam titik terendah sekalipun dalam hidup kita, Allah tak pernah mahu kita seperti itu. Allah menulis takdir kita jauh sebelum kita tercipta. Selebihnya kita yang memilih nak jadi apa. Nak jadi makhluk apa. Nak jadi makhluk yang beriman atau bukan. yang takwa atau bukan. yang baik atau bukan. yang nak masuk surga atau neraka. semua pilihan kita. Apa yang kita pilih, itulah yang kita jadi.

Allah tak pernah mahu banyak hamba Nya masuk neraka. Allah pasti ingin semua hamba Nya jadi penghuni syurga firdausi. Tapi kembali lagi pada diri kita ,jalan yang kita pilih, tempat yang kita pilih, itu semua yang menentukan arah hidup dan tempat kita kembali nanti....

Dan sebab itu lah takdir Allah selalu indah. Mungkin dulu kita pernah berada dalam titik terendah, tercorot, terburuk, bahkan mungkin terhina dalam hidup kita. Tapi cuba lihat apa yang telah Allah gariskan kepada kita sekarang. indah sekali kan ????

Semua memerlukan perjuangan. Termasuk dalam mempertahankan janji kita. Biarlah kita dipisahkan dan dijauhkan untuk sementara waktu. (bukankah kalau jauh waktu terasa semakin cepat berlalu???) Tapi aku yakin, itulah jalan untuk menguji apakah kita sesuai diantara satu sama lain.

Apa yang telah kau ajarkan padaku takkan pernah aku lupakan. Apa yang telah kau berikan padaku takkan pernah aku buang. Rasa yang telah kau berikan padaku akan aku bawa sampai mati. Janji yang pernah kita ucapkan akan kubawa sampai mati... 

kecuali Allah punya kehendak yang lain..

okey gambar kat atas semamangnye takde kaitan dengan entry.
tapi aku rindu mereka sangat sangat .



Monday, January 17, 2011

Emosi aku tidak stabil. harap maaf.

Malam malam macam nie aku tak sangka yang aku akan dengar satu jawapan yang boleh buat air mata aku jatuh satu persatu. wahai air mata tabah la.. kau tak boleh jatuh dengan drastik sangat sangat sebab aku masih perlukan kau untuk masa depan aku. wahai hati tabah la.. aku juga perlukan kau.

Sekarang hati aku bagai di toreh dengan pisau tajam. YA ALLAH adakan ini bukan jalan terbaek untuk aku.
T_T


Sunday, January 16, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

DI TAG OLEH: cik nad 
KONTES ANJURAN: gadis berkaca mata coklat
  SYARAT PENYERTAAN:
1.okay macam biasa korang kena jadi follower BELOG PENGANJUR
2.letakkan banner contest dekat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog PENGAJUR.
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100?? *ayat yang simple je tau!*
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
belog budak ICE, belog Qaseh, belog warna warni kehidupan, belog princessqish, belog amanda

tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011


JOM TERJAH
gambar  yang AKU dipertaruhkan.

 

kalau saya menang, 
saya nak hill shoes banyak-banyak, sebab budak kemetot macam saya mesti sentiasa nampak tinggi !!
(*_0)v peace

Wednesday, January 12, 2011

eh belog pun nak dimanja manja !


Assalammualaikum semua.

Iye, aku tahu ada yang marah marah dan merajuk bila aku private kan blog ini dengan secara mengejut (ceh ceh kaw ni mas, bajet je. hihi).  =.=" Aku private kan blog ini dalam jangka masa yang pendek adalah kerana ruang komen aku buat hal.. ala komen kat ruang enty aku la.. tolong kelik sini !

Cis kau RUANG KOMEN ! berani ye kau membuat dajal yang sebegitu kepada tuan kau ini. Memang dasar tak mengenang budi betul. Kalau takda aku, maka tiada lah kau di tatapan makhluk makhluk yang sedang membaca ni ha. Aku pun tak tau apa kena dengan RUANG KOMEN tu. Tetiba je kan hilang tanpa dikesan. Takde hint apa kebende semua. Sekali bila dibuka, blank semua =.=" Hilang segala macam ada dalam blog ni. Tinggal entri je yang selamat. Degil tahap petala betul eh kaw belog. Tunggu kaw, tunggu tunggu ! 

Tapi sekarang aku nye blog dah kembali kepada asal... Ha, buat sesiapa yang tolong betulkan balik settings belog aku yang agak dah lari ni, sila lah tepuk tangan dengan penuh kasih sayang untuk diri sendiri ye.. korang memang gempak seyy, hahha... *buat muka sangat excited sambil membuat mata blink blink blink. hihihihi. TQ semua.. aku sayang korang sangat sangat. okey sekarang dah boleh komen banyak banyak sampai patah jari jemari !! 

mula terbayangkan Wonderpet datang membantu.
Aww, so sweeet. ahaaa.



kotak komen untuk entry aku hilang ?


Korang kat luar sane, boleh tak tolong aku?
kenape kotak komen entry aku tak keluar ek? 
setting aku salah ke? 
tapi aku tak private ape ape pon !

AKU NAK BUAT MACAM MANE NIE?

Aku tau korang tak akan dapat komen dekat entry aku nie, kalau ade sape sape nak tolong korang tinggal je komen dekat shoutbox aku , tak pon dekat FB aku je..
bantuan korang amatlak di hargai !

Tuesday, January 11, 2011

Sorok handphone dalam kotak sabun untuk rakam aksi perempuan dalam tandas ?



Rakaman live dalam toilet ! Berhati hati lah ketika korang buang air kat tandas awam tu yer. Hari tu kes pasal mamat tebuk lubang atap tandas sebab nak skodeng perempuan, yang ni pulak kes mamat saiko sorok handphone dalam kotak sabun untuk rakam aksi perempuan dalam tandas. hilang akal ke kau wahai mamat gila !


Yo ! Girls kat luar sana, hati hati ! ish aku benci sangat orang macam nie, serius menakutkan aku okey. aku pun tak paham ape yang lelaki nak sebenarnye sampai sanggup buat macam nie? hello lelaki gila, pleazz la wei? aku benci kau ! serius aku tak tipu !

Saiko saiko, nasib baik ko kena tangkap ! Ikuti cerita kat  SINI pasal mamat gila letak handphone dalam kotak sabun untuk rakam aksi kencing berak orang ! GILA FULLSTOP !

Kalau korang taknak jadi mangsa, korang seharusnya berhati hati dan elakkan penggunaan tandas awam yang mencurigakan tu = ( Ish ish ish... Chow 


Sunday, January 09, 2011

Facebook nak tutup?

Assalamualaikum. 

aku baru je balek dari menjalankan tugas sebagai pekerja kerajaan yang penuh dedikasi dan bertanggungjawab, ceh ayat memang membuatkan korang rasa nak cucuk cucuk tangan kedalam mulut dan keluarkan ape yang patut kan kan kan? hahaha, tapi nak buat mcam mana, itu sememangnya hakikat okey ! 

Korang mesti ada mendengar khabar khabar angin tentang FACEBOOK akan di tutup pada 15 March 2011 Ini kan? tapi betul ke tidak ek? eh eh aku tak kesah pon ! hahaha dengan ikhlas ye jawapan ku ini kerana jawapan ku ini memang tulus dari hati dan sanubari ku yang kental ini . meeooowww ...  bukan ape tau, semua orang tau kan? FACEBOOK memang ade baik dan buruk tersendiri. Terpulang pada individu itu sendiri je nak ke arah bagus atau pun ke laut. Okey lah aku tak nak cakap banyak, kang kene saman payah uoL.. yang penting berita ini memang tidak mengejutkan aku sama sekali. Harap Maklum !

Kalau nak tau lebih lagi, jom kelik sini dan kelik sini


Friday, January 07, 2011

lepak king di The mines . syook oo !


Assalammualaikum semua.
Now aku tengah dengar lagu lagu jiwang nie ha, Memang dengar bebanyak kali, takkan dimamah usia lah !! Layan leleh weeeh wa cakap sama awak !

Aritu aku dengan kawan kawan ku yang tersayang pergi berpusing sana sini memakan angin sambil merambangkan mata di the mines dengan melihat barang barangan yang sangat canggih ! Wah, makin maju. Mak bangga menjadi rakyat Malaysia nok. *ceh, tetibe je. ngeeeh. Tujuan utamanya ialah bukannya nak ke sana sebenarnya. Tapi just nak keluar pergi makan dan cuci mata je ha dengan mereka berdua pi usha mamat mamat hensem la kan ! Tapi, tujuan utama terpesong sampai lah ke Mines. Kalau buat karangan BM, then terpesong dari tajuk utama, mahunya kena tolak separuh markah terus ni. Dari A+ terus ke D+ teruss kau. Tapi layankan ajee. kan?



Nie la Hanis. teman lepak no 1 aku.
Die ade lesung pipit, dan die selalu buatkan aku jeles.
sebab aku takde benda itu !


gelagat kami yang memang sopan !! Hihihihihihihihihihi ^_^ 
(taktau nak buat caption apa kat pic nie sebenarnya. jadi kite gelak comel dan ngade ngade je lah )

Ini pulak Ain, die nie comel kan?
Ain nie suke sangat ambik gambar !
gambar kat bawah nie semua die yang Curik !
MCD time !
memang nampak Comel kan? ngee !

muka lapar ! hahaha =)

makan lagi . OMG bes.


kami manja manja sangat !

kaki inilah yang bawa kami kemana saja selagi kami mampu !
YEah !


Aku pegi censored kan mulot aku tu sebab rasa macam
'eh, tak sesuai lah pulak untuk tatapan orang ramai'.
hahaha.

 Ghindu lah dekat dia. Ghindu sesangat. *daki gunung Everest dan menjerit* MISSING YOU!!!! :')

okey lah bye bye bye semua. SAya nak balik dah . Bye bye bye bye ^^

Mekaseh sudi baca belog saya :)



Thursday, January 06, 2011

"GiveAway EdY : Awak Busuk!".


ooo jeling jeling saya nampak !! nak kene ye ! meoow ..

WHAT, AKU BUSUK !

Makkkkk.. ada orang kutuk anak mak yang tomel tomel nie ha..! nama die EDY mak .. betul mak, orang tak tipu. kalau mak tak caya mak klik sini tau.

Nasib baik Haris ade kan mak? die la yang memberitahu kebenaran kat orang.

MAK ORANG WANGI KAN MAK? 
yahooo sayang mak ! 
muah muah muah !

okey aku nak report kat polis la. So aku nak report kat belog
hahaha bes !

Itu sahaja.. mudah kan??mmg mudah tapi jangan ambil mudah..."


Wednesday, January 05, 2011

Pada MU Ku bersujud



Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud



p/s: aku tengah boshan sangat sangat ! selalu aku gaduh dengan abang aku, tapi nie die dah balek dah. hmm sedih !

Tuesday, January 04, 2011

G.e.m.u.k !



Okay,aku dah gemok.

Masalahnya, gemok aku bukan di paha atau di pinggul atau di mana mana sahaja. Cuma akan tergemuk di bahagian pipi. Sekarang dah tak boleh nak ejek korang makin gemok sebab diri sendiri dah makin lebar kan. Eh kejap, perut juga akan buncit. Tapi buncit itu memakan masa sehari je. Then kempis balik. Wah, Magic ! Tu yang tak heran tu kalau makan nasi memalam buta. Tapi, aku kena heran juga.

Jadi, bila kita senyum, akan terpancarlah sinar kegemukkan yang konon nya ditunjuk tunjuk. Kemudian bila nak pakai selendang, rasa macam ada suara halus yang berbisik begini "weh weh, pipi kau tertonjol lebih ah". Oleh itu, dibuka balik selendang itu dan ditukar dengan tudung bawal biasa. Tapi kesannya tetap sama juga. Pipi tertonjol lebih juga. sobs ;(

pakai tudung nie memang nampak dah pp tue !
Langkah paling bagus ialah setiap pagi pagi hari bila bangun, akan ku sepak pipi berjuta juta ribu kali, konon konon kasi lemak pecah kemudian pipi akan mengeluarkan warna natural yang berwarna merah. Maka, tak payah pakai pemerah pipi kan? Aku dah cuba. Siapa yang nak cuba pemerah pipi asli, cuba lah. hahaha =P


 Yang bawah ni paling latest punya. Lihat pipi, comel je. Gumuk weh. Hakhakhak. Dan gambar yang paling terbawah ialah hasil bila pipi dilempang berjuta kali. See, aura muka naik kan :P




Cuti ni, jom kita serang rumah Paan sebab rumah dia ada mesin tempat lari tu. Apa benda entah nama mesin tu.. =)

Monday, January 03, 2011

award dari CIK NAD !


Hoho ! puteri got award lagi, dari http://cahayapenyeri.blogspot.com/, ty yea sis nad ! ;) Mata sis nad sangat seksi seksi tau sebab bagi blog puteri nie "SWEET BLOGGER LIKE CANDY Award". rase pelik SANGAT tau, yela cantik manelah sangat blog budak kemetot nie ha.. kalau nak dibandingkan dengan blog sis.  kan ?! hehe. apa apa pun thanks sis yang comel lagi da BOOM ! ;)

Saturday, January 01, 2011

Aku sayang mak bapak gilak gilak


Kadang kala dalam kesibukan kita mengejar kebahagiaan di dunia, kita sering melupakan asal usul kita. Satu satunya perkara yang tidak patut kita lupa. Orang yang mencintai kita melebihi diri nya sendiri. Mak...Bapak.. Mas tahu ini tidak mencukupi berbanding apa yang Mak dan Bapak dah korbankan untuk Mas. Dan kata kata ini tidak mencukupi untuk Mas katakan betapa bertuahnya Mas punyai Bonda dan Ayahanda yang paling hebat di dunia. insyaAllah di akhirat juga.

SELAMAT TAHUN BARU 2011