IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

301210 Selamat hari jadi MAS !


Salam..

Hari yang menginsafkan buat aku..Ya... orang mungkin akan cakap, ada apa pada angka bila bertambahnya umur aku... tapi tidak bagi aku. Aku sangat sangat menitik beratkannya. Selain umurku yang makin menginjak dewasa (even aku tau aku tak bape matang lagi), bertambahnya umur bermakna aku semakin dekat untuk menemui-NYA. Jgn salah sangka.. aku bukanlah alim ulama yang pandai berkata kata mengenai hal hal Agama, tapi aku ada kesedaran ke arah itu.


MASTURA ISKANDAR .......


Kalian mungkin lihat aku dari luaran dengan sikap yang HEPPY GO LUCKY, peramah, ceria, tapi hakikatnya bukan senang untuk CREATE diri aku sendiri. Susah untuk aku menjadi insan yang bernama Mastura Iskandar seperti mana yang u all kenal.. pelbagai tohmahan, kritikan,cacian perlu aku harungi untk aku jadi diri sendiri. ( wahh giteww kan) Entry nih bukan utk aku sedeyh2.. tapi sebenarnya aku cukup bersyukur dengan kehidupan dan kebahagiaan yang ALLAH berikan pada aku.. Ya.. mungkin kebahagiaan itu hanya sementara.. and then dilimpahkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan utk mendapatkan sesuatu kebaikan.

Ya Allah...di sini..aku sebagai hambamu yang paling hina, paling keji, paling kerdil dan segala paling ingin memanjatkan kesyukuran ke atas diri-MU atas segala kerahmatan dan nikmat yang KAU berikan kepadaku. Aku tau aku bukan hambaMu yang terbaik, tapi aku akan berusaha untuk menjadi sebutir mutiara di akhirat kelak. Ya Allah, tidak kira seteruk mana sekalipun dosa yang aku lakukan, KAU tetap berada di sampingku. KAU selalu membantu aku ketika aku lemah longlai dengan segala masalah dunia. TERIMA KASIH atas umur yang kau berikan padaku ini. Selama 21 TAHUN kehidupan aku di dunia pinjamanMu ini Ya Allah, aku tau dan aku sedar, aku banyak mempersia2kan segala peluang yang kau berikan kepadaku...Ya Allah, ampunkan segala dosa2 ku..tidak terluah dek kata-kata untuk memohon kemaafan dari-Mu Ya Allah. Andai laut itu menjadi dakwat untuk aku senaraikan segala dosa2 ataupun menulis denda seperti di zaman sekolah dulu, aku percaya ianya pasti tidak cukup bukan? Aku berjanji Ya Allah..untuk tidak terus mempersia2kan hidup aku ini..Ya Allah..andai kata esok lusa usia aku setakat ini sahaja, blog ini menjadi saksi bahawa aku mempunyai kesedaran untuk memperbaiki diri ini....dan Andai kata esok lusa umurku bernoktah di sini, aku pohon rakan2 yang membaca blog ini agar menyedekahkan Al-Fatihah yang tidak terhingga ke atas rohku...moga diriku ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman lagi solehah..
Amin..amin...amin...



Sunday, December 26, 2010

CONTEST MUSLIMAH ANGGUN 2

 kelik banner ini kalau nak JOIN !
Huhu malam ini disebabkan aku terlalu bosan tahap dewa, aku pergi la gedik gedik usha belog belog sape sape je yang aku nak usha. aku kelik sana aku kelik sini.. aku terjah sane aku terjah situ, tup tup aku jumpa satu kontes. Pergh CUN wei ! agak tersentak seketika. yela mane tak nye, tarikh due date kontes nie same dengan tarikh birthday aku tau, 30. Disember .. ish mane nye aku tak gatal nak JOIN !! mane lah tau ini hadiah birthday aku kan? hihi..

So tanpa segan silu & buat muka tebal aku terus join. walaupun tak ade sape yang tag aku tau. boleh kan CIK PENGANJUR yang COMEL COMEL ? hurm, boleh atau tidak aku tetap nak letak gambar aku nie. jom Terjah !


p/s: aku nak tag untuk belog Cik tom, belog Cik Nad & belog Cik lynn

HAdiah birthday dari adek .



Hadiah dari adek untuk birhtday kakak kesayangan nya yang bakal menjelma. Walaupun awal beberapa hari dari tarikh yang sepatutnya, tapi aku tetap menerimanya dengan berbesar hati.. Adek kata die bagi hadiah nie awal sebab die nak jadi orang first yang bagi aku hadiah birthday. hihi terharu aku. Thanks dik.

Dalam surat tue adek ade tulis, die sayang aku sangat sangat, die tak sabar nak jumpa aku n nak borak borak dengan aku macam dulu dulu. iyela, adek aku duk jauh dari aku, kiteorang jarang jumpa. dik aku rindu kau sangat. aku tak sangka kau masih ingat aku minat MICKEY.  dek kau buat aku sedih ! aku rindu kau !

  
Dik aku rindu saat ini. ala masa kite lepak kat genting.. kita enjoy sangat kan? kalau kita jumpa kelak kita gambar macam nie lagi dik ahh ! eh kejap, aku ingat lagi, masa nie muka adik monyok sebab merajuk dekat mak kan? yela kan masa nie mak tak kasi kite 2 main roller coaster, mak cakap die takut kite 2 jatuh.. hahha kesian kan kite dik?

Wei ko ingat tak nie time bile? masa nie kite tengah cuti dekat PD. aku ambik gambar kau sembunyi sembunyi, kau tak tau pun aku snap picture kau kan?hihi  yela kau tue mata bukan main lagi tengok minah minah kat tepi pantai. mata kau siap tak berkelip kan dik? hahha... 

Gambar kau nie pulak masa kite dekat terminal one negeri sembilan kan? angah nak beli barang anak die tapi kau pulak sempat duduk atas bakul tue n suruh aku snap snap pic cute kau. so aku ape lagi, dengan ikhlas hati nye pun buat jugak ape yang kau suruh kan. hmm besnya ! yela AKU KAN KAKAK !


OKEY ini lah adik aku.
MOHAMMAD KHAIRUL AZLAN ISKANDAR
ADEK !
 





:: musim mengawan !! ::



Assalamualaikum.. salam buat semua pembaca yang menyibukkan diri kat blog aku nie.. mekasih banyak banyak.. tanpa korang, aku takkan ade hasil.. tolong la kunjung banyak2 lagi.. hee~

fuh..! boley tahan gak urut orang ni eh.. abes lenguh jari2 aku.. nasib baekla KUAT.. dapat tahan.. maklumla, daya tahan kardiovaskular memang tahap tertinggi.. tak caya try r cabar lawan tahan kentut paling lama.. tengok sape menang.. haha..

oit oit!! jangan pikir yang bukan2 eh.. aku bukan wat khidmat urut mengurut oke.. aku cuma berkhidmat tuk mak aku.. yang laen2 aku tak layan, walaupun korang seorang mamat cun, ngetop dan mantap, aku tetap takkan layan.. haha.. sori ye cik abang eh? huhu sejak aku buzy beberapa minggu yang lepas, ni ar keje aku.. berkhidmat tuk mak aku dengan mengurut tangan dan kaki dye selain jadi driver sepenuh masa.. bes woo.. rasa macam baru lepas maen dumbell je lepas urut tu.. exercise yang menyehatkan sambil2 kutip pahala.. tak terliur ke korang?

ok.. aku taw yang kat atas tu tade kene mengena langsung ngan tajuk entri aku.. maaf yep.. ni baru nak masuk tajuk.. haha..

hurm.. aku bru perasan yang sekarang ni musim cuti sekolah dan dah nak abis dah kot.. sumpah! memang aku tataw.. lepas abang aku suruh booking tiket ape sume, baru la aku dapat taw, tu pun lepas wat status kat fb.. tapi, korang taw ke sempena ngan musim cuti ni jugak, ada satu lagi musim.. taw tak? taw? tak? hish! lambat la korang ni.. bia aku bagitaw jela.. skang ialah musim mengawan.. kan kan?



nape aku cakap cenggitu..? sebabnye, aku dah trima banyak jemputan kenduri.. lebih dari dua da kira banyak kan? haha.. pastu pulak, masa perjalanan nak g sana, berpuluh-puluh bunga manggar yang bertempek kat tepi jalan.. banyak weh.. sampai mata pun naek klabu da tengok bunga manggar.. memang musim ni betik tak sempat nak masak r.. ntah2, da pupus da spesis buah betik tuk musim cuti nie.. haha.. takziah untuk engko wahai inchik betik dan seisi kuarga.. T_T

oke.. setakat ni je entri kali ni.. penat, mau tdo, ngantuk, panas, nak mandi, sumer ada.. babai.. hapdet laen kali lak.. assalamualaikum..






p/s: tengok orang kawen best weh.. pegang tangan, gelak same2, gurau sini sane.. ai! dengki dengki!! sape nak kat aku.. aku mau kawen!! hahaha







Thursday, December 23, 2010

Contest Aku dan Kacamata

banner contest terpampang besar ! by Mohd SyafiQ
see Macho x banner tuan tanah? so jom la join ramai ramai .

Assalamualaikum  Dato Dato & Datin Datin semua
malam ini pu3 terasa teramat la gedik untuk join satu kontes.
so inilah gambar yang dipertaruhkan =)
GOODLUCK pu3 !
aku tag belog wan hazel & belog balqisazhar

Tuesday, December 21, 2010

Wahai Pembaca Sekalian, Siapa kita sebenarnya ?




Kita Sebenarnya...

Lebih gembira menyambut 1hb Januari dari 1 Muharram.

Lebih tahu apa itu 14hb Februari dari 12 Rabiulawal.

Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad dari hari Jumaat.

Lebih Khusyuk mendengar lagu dari mendengar Azan.

Lebih suka lepak, tidur, tengok TV drp Sembahyang.

Lebih gemar berpeleseran di pusat membeli belah dari pergi bertadarus di masjid.

Lebih tahu tentang artis pujaan kita drp nama nabi-nabi kita.

Lebih suka menyebut Hello!.. Hai! drp Assalamualaikum.

Lebih suka menyanyi drp berwirid, bertahmid.

Lebih suka memuji manusia drp Tuhan kita sendiri.

Lebih suka membaca majalah hiburan drp buku-buku agama.

Lebih suka ke konsert,karaoke drp ceramah agama.

Lebih suka memaki, mengumpat orang drp mengingati kebaikan orang.

Lebih suka mencarut apabila kita melatah drp menyebut nama Allah.

Lebih suka kemungkaran drp berbuat kebaikkan.

Lebih bangga dengan kejahilan kita drp bersyukur dgn keimanan kita.

Lebih suka bersekokong dgn pemeritah yang melakukan kezaliman drp pemerintah yang baik.

Lebih cintakan Duniawi drp urusan Akhirat.



Tetapi bila orang bertanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab.... Kita sebenarnya.. Lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.. Layakkah kita dengan syurga milik Allah SWT.??? Marilah kita memperbaiki diri sementara kita diberi kesempatan daripada Allah SWT.


Bangga la tu bila semua list di atas ada dalam diri kita kan..




Monday, December 20, 2010

aku percaya takdir ALLAH.


Kau percaya tak manusia yang dulu kau menyampah sangat sangat, akhirnya dapat bersama dengan kau di waktu susah dan senang ?

Aku percaya.
Kadang kadang kita tak dapat sangkakan manusia yang kita benci itu lah yang akhirnya berpegang tangan bersama sama dengan kau dan bersama sama melangkah longkang yang gila besar. Kadang kadang kita juga tak dapat nak ramalkan bahawa manusia yang kita anggap jelek itu lah yang akhirnya yang tolong betulkan tudung kau bila angin kuat memukul mukul tudung kau. Dan ya, manusia yang kau anggap pemusnah jiwa kau tu la yang membantu menolak kerusi roda yang kau duduki ketika kau terlantar tak dapat bangun.

Banyak benda yang kita tak jangkakan di dalam muka bumi Allah swt ini, jadi juga.

yup kami memang kembar !


Friday, December 17, 2010

5 minit je pon.



As Salam semua. sebenarnya aku tengah bersiap nie nak pergi rumah nenek. tapi baru jap tadi aku pergi jeling dekat aku nye Fb. haris bagitau die ade main tagged tagged dengan aku.. after aku skodeng skodeng, aku tertarik pulak nak jawab soalan soalan si haris nie... so jom layan soalan soalan yang haris tagged.. (mode nak cepat pergi rumah nenek ! ) hahahhaa

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
    *** KASIH SAYANG . fullstop.

2. Benda terakhir yang dibeli menggunakan wang sendiri?
    *** minyak kereta RM30. hahaha

3. Lokasi perkahwinan yang anda inginkan dan tema perkahwinan.
    *** owh yeah owh yeah. aku suke soalan ini. aku ingin sangat kawen ala ala mewah gitu. (opss berangan lagi)
         kalau boleh nak tema warna merah hitam. tapi bergantung pada bakal suami aku jugak la kan. 
         agak agak suami aku nanti setuju tak ek? hmm risau risau T_T
         
4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
     *** Angau sorang-sorang adalah rutin harian saya. <-- aku pergi cilok jawapan haris.. hahaha..

5. Berapa lama lagi anda akan mencintai kekasih anda?
    *** kalau tanya pada aku, semestinya aku akan jawab:
       " selagi dia masih menyayangi aku maka selagi itulah sedalamnya cinta ku pada diri nya" 
      .. perghh cantik tak ayat aku? hahhaa, tapi sebenarnya jodoh kan di tangan TUHAN, 
  jadi kita hanya boleh merancang dan berdoa agar ditemukan dengan seseorang yang menerima kita seadanya.

6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli.
    *** buku --> PETUA SENTIASA CERIA oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
        (memang best sangat, sekaligus buatkan aku sentiasa awet muda. yeah ! hahaha )

7. Antara mak dan ayah, dengan siapa yang anda lebih rapat?
    *** MAK MAK MAK MAK MAK MAK MAK .

8. Namakan orang yang anda betul-betul ingin jumpa dalam hidup.
   *** aku nak jumpa kamu !

9. Adakah anda basuh baju sendiri?
    *** kalau baju warna putih semestinya aku cuci sendiri.
        tapi kalau baju yang biasa biasa aku guna machine jela.. <-- hahaha memang malas kan? opss kantoi.

10. Tempat yang betul-betul anda ingin pergi.
       *** aku nak pergi MEKAH dengan duit titik peluh aku sendiri. AMIN.
            nak pergi Dubai tapi aku tak pasti ape yang bes dekat sana, aku tetap nak pergi okey !

11. Peluk atau cium?
      *** nak dua dua leh?

12. TIGA benda tentang orang yang tag anda.
       *** Tinggi dari aku.
            poyo lebih dari aku.
            tak comel macam aku pon.. wakakaka..

13. Benda yang paling anda sayang dalam hidup?
      *** semua benda benda aku yang warna MERAH.

14. 5 lagu yang anda suka dan selalu dengar.
      *** aku suka lagu kat blog aku nie ha.. haha.. =)


Sunday, December 12, 2010

ini cerita konvo aku !

kalau tengok gambar atas nie korang mesti tau kan.. aku nak cerita pasal ape ?
kan kan kan? yang penting aku suke sangat bear atas nie.. COMEL sangat.. bes !
Disebabkan owner blog ni sangat "RAJIN yang TERAMAT", so semua cerita pun adalah cerita yang dah lapuk n dah nak basi . Hehe. So dipendekkan cerita aku dah selamat berkonvo dan sudah berpose pose penuh kepoyoan pada 06 Disember 2010, di UiTM Sarawak.

Masa konvo tu, dengan bangga nya aku nak bagitau tang aku pakai baju baru hasil duit titik peluh aku sendiri tau. Nak dijadikan cerita, ada  masalah sedikit dengan baju tersebut.. Tapi still jugak aku menggagahkan hati untuk pakai baju tu. cantik punya pasal la katakan. dah la baru je beli seminggu, takkan dah tuuttttttttttttttttt kot (wakakaka) ini mesti kes baju tue kecut kan kan? hahaha anggap je la ye. (walaupun muka korang semuanya tak berapa nak setuju !)

Uwaa, jadi pagi tue terpaksa juga pergi ke konvo dengan membawa badan yang tembam bam-bam. Malu woo mahu jumpa kawan-kawan. Tapi marilah menebalkan muka sama seperti tebalnya lemak di badan. Hah nah ni gambar-gambar yang sempat di snap. so jangan tegur sangat tau. buat tak tau je k.. hahhaa...
tengok la muka kami yang bergumbira bersama !ini semua coursemate aku !
inilah gambar kami dengan lecturer.
tapi ade lagi lecturer lain yang aku pun tak tau kemana mereka menghilang ! =)
hahaha ngade ngade betul muka excited aku wei.. haha.. tolong 


nie pulak muka kepenatan teramat. pose duduk pun  jadi la kan? hahhaa
inilah adek haris. tapi walaupun die adek, muke aku tetap muda dari die kan?
(itulah motif aku upload gambar ini !) hahhaa... jangan marah HARIS !

okey time nie lapar yang teramat sangat, so pergi kemah untuk lunch time !
nak isi perut kasi tenaga sikit ye.. hahaha

kami yang comel ! ok lepas makan jom gambar balek.
suke sangat gambar ini. ada gaya model tak? haha..

dan lagi !

dan lagi tanpa bosan untuk menunjukan kepoyoan !

Ain n haris memang comel kan? haha..


Saturday, December 04, 2010

wei kau tau tak aku rindu kau banyak LAUT !



Its quiet often that you miss someone special when he/she is not with you. Its not necessary that you miss your someone special only when he/she is miles away from you, but you can miss that person even minutes after you drop him/her after a break, or may when you reached home after spending a day together may be while watching some TV show or a movie. You can also miss your loved one while in the office or while preparing for the exams etc. 
 

p/s: oitttt ko tau tak aku rindu kau sangat sangat .

Wednesday, December 01, 2010

ok gambar sekadar hiasan.. cantik kan?


Kadang kala, aku selalu dengar orang orang tua berkata begini : "Kalau Engkau Mahu Diri Engkau Dihargai Dijunjung Tinggi, Hargai Diri Orang Lain Dahulu " Sesentengah orang akan berfikir " Susah gila lah ! Takkan kita menghargai mereka kalau hati kita tidak ikhlas. Tidak tulus la begitu "


Betul.. semuanya kan mesti ada benar dan juga salahnya.. Kalau pun memang tidak mahu menghargai atau dihargai, apa salahnya jika setiap makhluk di muka bumi Allah swt ini saling menghargai perasaan hati setiap insan ? Point utama bukan lah saling menuntut untuk dihargai atau menghargai antara satu sama lain, tapi saling mengerti perasaan masing masing.


Tetapi kenyataannya, sang makhluk masih sering dibelengu dengan masalah " Menghargai Seseorang Yang Tidak Langsung Menghargai Kita " ..betul tak ? Benda ni mesti pernah terjadi dalam kehidupan setiap manusia. Mesti pernah terjadi termasuk aku. okey aku akui, memang teramat sedih.


Dan sebab itu lah ,sang makhluk mungkin harus lebih ikhlas dan tulus dalam melakukan sesuatu..
Dan sebab itu lah, sang makhluk mungkin harus lebih sabar lagi..
Dan kerana itu lah, sang makhluk mungkin harus belajar untuk menghargai perasaan hati masing masing.


Tipulah kalau aku cakap aku tak mengharapkan apa apa dari orang yang aku hargai. Memanglah tak ikhlas bunyi nya jika mengharapkan balasan. Tapi tak salah kan kalau kita mengharapkan secebis ungkapan kata kata ' Terima Kasih '.


P/S : wahai cik mas yang buchuk macham, Kau kena selalu kena bersyukur jika orang yang kau hargai itu, menghargai kau balik.



Tuesday, November 30, 2010

kerana kamu yang bergelar jiwa.

Maaf jiwa ku, 

kerana aku sering menyesakkan engkau dengan masalah hati. 

Maaf jiwa ku,
kerana kau bersedih dengan kata kata orang. 

Maaf jiwa ku, 
kerana aku bertindak di luar kawalan. 

Maaf jiwa ku,


kerana aku sering mengaitkan kau dengan perasaan duniawi. 

Maaf jiwa ku,


kerana aku selalu menafikan perasaan itu.



Maaf jiwa ku,
kerana aku selalu abaikan engkau. 

Maaf jiwa ku,
kerana aku tak pernah cuba menyucikan engkau. 

Maaf jiwa ku,
kerana kerana aku engkau punya parut luka yang dalam. 

Maaf jiwa ku,
kerana sering bertelagah pendapat dengan kau. 

Maaf jiwa ku,
kerana sejak belakangan ini aku sering emo.
Tapi nak buat macam mana,
sejak azali lagi kau sudah tercipta di dalam jasad aku.

Mungkin hari datang bulan makin hampir, 
tu pasal chek makin emo semacam kot.