IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

aku tengah senyum kambing !

Assalamualaikum ~

argh rindunya nak buat entry, rasa mcm setahun dah  tak update blog ni.  okey tolong jangan percaya. korang apa kabar erk? hahaha bestnye soalan, budget ramai pembaca setia la pulak. Eh itu pun kalau ada la. lagi pon aku bukan nye belog tegar pon kan macam IRINE NADIA MARCELLO , HANIS ZALIKHA ,BEN ASHAARI okey saya memang sedar diri. 
opps tutup kes..
 
Minggu ni rasa penat sangat sampai nak tercabut kaki aku. mungkin sebab letih dengan tugas harian kat office yang tak pernah nak habis. talk about kerja, kerja dan kerja. tak pernah nak selesai. since take over tugasan baru ni, ade je kerja menyinggah di atas meja aku. none stop. tambahan dekat Sarawak nie, pilihan raya dah nak dekat. so persiapan to persiapan sometimes memang memeningkan kepala. telefon kat office pun tak pandai nak berhenti, bedering bagai nak rak. ada yang mengesah kehadiran la, ada  yang nak kompen inila itula, eee rasa nak putus je ha wayar talifon tue ~ nasib la aku nie baek

tapi walaupun begitu, skema gile sey ayat aku, petang tadi satu event yang aku anjurkan telah selesai dengan jaya nya. Terima kasih YA ALLAH. harap event event yang akan datang membawa seribu kejayaan seperti tadi.. ALHAMDULILLAH... suka tengok budak budak yang lain senyum kelegaan. syukur sangat !

^ ______________^

Wednesday, February 16, 2011

Pernah tak kau rasa apa yang aku rasa !


24jam aku duduk menghadap kerja aku. bosan dan semakin bosan. Kerja tak pernah habis. makin di hadap semakin melambak la kerja yang perlu aku uruskan. semakin hari otak semakin berat, jiwa semakin bergelodak. nak luahkan dengan sesiapa. mungkin payah.

Tadi aku terbaca nukilan KAU. kawan yang aku anggap terbaek dan terhebat untuk aku. kawan yang selalu aku luahkan perasaan. kawan yang selalu tolong aku, tapi rupanya kau buat semua itu dengan terpaksa. & mungkin nak cungkil sesuatu dari aku. kan? mana tau ! hhmmmm terima kasih sangat. betul cakap mak aku, kalau nak kawan jangan terlalu baik, sampai nak susahkan diri sendiri.

Pernah tak korang rasa apa yang aku rasa? 
setiap apa yang aku lalui , mesti akan diahiri dengan linangan air mata. linangan air mata kedukaan dan kegembiraan. Pernah suatu ketika dahulu masa aku di sekolah menengah, ade beberapa budak perempuan anti gile dekat aku, tapi aku sendiri tak tau sebab dan musabab nye. TUHAN MAHA BESAR, TUHAN MAHA ADIL , Alhamdulillah berkat doa aku, mereka mereka itu datang kembali dan kami berkawan sampai sekarang. Terima Kasih ALLAH.

Tapi hakikatnya, aku tak minta itu semua. aku tak minta kau kau dan kau datang sujud dikaki aku, tapi yang aku minta, kita tetap kawan sampai bila bila. aku sayang kau. tapi disebabkan kau banyak konco konco, jadi aku mampu tengok kau dari jauh. aku baca semua status FB kau, aku Baca semua yang ade dekat blog kau, aku baca semua di Tweet kau, tapi aku xmampu nak luahkan dekat kau, aku xmampu nak komen. tangan aku berat sangat. aku tau kau sebenarnya tak suka kehadiran aku kan???

pernah beberapa kali aku komen dekat kau. tapi kau buat endah xendah je kot dekat aku. hahhaa malu nye aku. masa tue aku rasa nak delete je komen komen tue. yela, kau dah tak suke aku kan? so buat ape nak terhengeh2 bagai. 

hmm tapi aku paham, sebab kau hebat sangat. orang hebat macam kau memang xlayak ade kawan macam aku. kalau nak banding dengan aku ! aku juz budak kerdil yang selalu senyum & tak tahu malu. kan? itu yang kau nak bagitahu sebenarnya kan? ok saya paham ! 

hanya yang kenal aku PAHAM AKU !
=(

Tuesday, February 15, 2011

Aku rindu mereka sangat sangat.


kali nie biar gambar yang menggambar kan segala nya. 
Gambar nie masa raya tahun lepas.. tak sabar tunggu raya tahun nie...
nak gambar studio lagi.. yahoo...

Monday, February 14, 2011

Jantungku berdegup kencang, dup dap dup dap !



Aku tersentak seketika sampaikan hati jangtung usus dan limpa turut bergegar.. perghh terus tergamam aku ! sukar nak digambar dengan kata kata. jadi biar gambar menentu segala.. wakaka... aku rasa lepas ni aku nak berdiam diri.. tapi persoalan nye, salah aku memperjuangkan agama ku? kawan kawan tau ke tidak VALENTIME DAY itu HARAM... saya ulangi HARAM.. rasa nya kita sebagai umat islam perlu sedar pasal hukum agama kita kan?? tapi yang sedihnya, tadi masa di pejabat, mamat mamat dekat ofis semua menyambutnye tanpa rasa segan silu. YA ALLAH malu nye aku... mereka beragama islam... so tanpa segan silu aku bagitahu.. yang menyambutnya adalah HARAM.. lantas seorang abg menjawab...

KAU TUE TAK DE PAKWE PATUT LA KAU XSAMBUT KAN?
...HELLO JANGAN NAK BERLAGAK LA....

aku tersentak. 
salah ka aku berkongsi bersama apa yang aku tahu daripada kami terus tersesat di zaman JAHILLIAH? kalau aku ade PAKWE sekalipun aku tak akan sambut VELENTIME DAY... 

=(


Sunday, February 13, 2011

Tips Mengurangkan Marah

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ? Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.


*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-lain tapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya..

Thursday, February 03, 2011

Doa untuk HERO puteri .

Ya Allah ya Tuhanku,

Aku berdoa untuk seseorang, yang akan menjadi sebagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai MU lebih dari segala sesuatu.
Seseorang yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk MU.
Wajah dan daya tarikan fizikal tidaklah penting. 
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau.
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa & untuk apa ia hidup, agar hidupnya tidaklah sia-sia.
 
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seseorang yang tidak hanya memujaku tetapi juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seseorang yang membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya.
 
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU.
Seseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seseorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta :
Buatlah aku menjadi seorang wanita yang dapat membuat kekasihku itu bangga dan bahagia.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah RohMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku mataMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja. Berikan aku mulut MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari. Berikanlah aku bibir MU dan aku akan tersenyum padanya setiap pagi. Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan "betapa besarnya Tuhan itu kerana Engkau telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna". Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.

Amin. :)