IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 06, 2012

PILIHAN TERBAIK !

Tak ada yang dapat lari dari menjalani hidup tanpa pilihan. Tak ada yang dapat memungkiri bahawa hidup adalah pilihan. Hidup ada lebih dari sejuta pilihan dan disebalik segala pilihan ada segala kisah kisah masa depan yang tersembunyi dan tak dapat di bayangkan dengan pasti. 

Kadang-kadang di saat kita memilih, kita fikir bahawa mungkin inilah terakhir untuk sebuah pilihan, namun ternyata di dalam pilihan yang kita pilih itu sendiri masih ada lagi pilihan pilihan yang lain yang mungkin lagi sulit. Setiap pilihan menghasilkan risiko, setiap risiko mendatangkan masalah, setiap masalah mungkin kadang kadang dapat mendatangkan bencana.

Awal awal pagi lagi kita dah mula untuk buat pilihan. Contohnya, pagi pagi bila bunyi alarm phone bangun, dalam mamai mamai tu masih sempat lagi nak buat pilihan sama ada nak tutup bunyi alarm atau terus bangun mandi. Kalau aku, sudah semestinya terus mati kan alarm dan sambung tidur balik. hihihi.

Bukan hidup namanya kalau tiada pilihan.
* Aku suka topik ni. Nak cakap panjang lebar, tapi tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa, akan cerita lagi pasal ni. Korang percaya pada Karma tak ? Aku percaya :)

1 comment:

AmirFX said...

Mesti ktk ada step org lain smp gugok nak? haha..