IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Sunday, July 24, 2011

Aku & Braces.

Assalamualaikum

Setiap hari bila aku bukak INBOX FB mesti nampak je soklan pasal braces. Semua soalan lebih kurang sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak?' Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.


Ahh hari ni aku nak share pengalaman aku dengan korang tentang liku-liku kehidupan seorang gadis bergigi besi ;) Aku taknak cerita pasal scientific fact. Yang tu korang boleh google sendiri. Aku nak cite pengalaman. Pengalaman tak boleh dijual beli lu tau tak. Pengalaman pon tak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Eceh asal macam pernah dengar je ayat tu.


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau aku kata tak sakit. penipu. nampak sangat aku nak promote orang pakai braces haha! Sakit oi. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi.
2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan.
3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Lama kesakitan : 3-4 hari.
4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak.


MAHAL TAK BUAT BRACES?
Aku kurang tau pasal ini sebab lain orang lain bayaran tau.. Tapi for sure, makan belanja yang banyak jugaklah. Member aku yang mencecash ade rm3.5k rm4.5k. Follow up pulak every month. rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc.  Memang terasa mengalir a duit tu. Kalau nak murah buat kat government. Waiting list 2-3 tahun. Tapi dorang focus more on budak sekolah.


SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat, malas nak mandi LAMO. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 



Ini saja pengalaman yang aku boleh share for the time being. Hari jumaat aritue aku baru je pegi follow up. Macam biasa I am terribly indecisive in choosing the color of my elastic band. Lepas tu mintak tolong doctor pilihkan haha. 'Doc kalo pakai warna merah, sesuai dengan warna apa ek?' Kikiki favourite dialog aku. 


 Anyway, bagi aku pakai braces takdelah teruk mana pon. Takdelah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulcer pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!



16 comments:

AmirFX said...

Nak jugak pakei braces... Macam best jer.. Ehh.. Kejap2.. Ada soklan.. Kalau braces dekat2 dengan magnet melekat tak?

hANySS JonG said...

oit. ne tuju chatbox kau ne???
huhuhuhuhu.
gamba kfc bila nak upload?

*Vivilicious* said...

ngilu!! cney di cabut ya tek?

pu3mas said...

@AmirFX jap jap.. nak gelak jap... hahahhaa... ehh amir tau x.. nie la 1st time dpt doklan mcm nie.. adoi...

btw xmelekat pon la.. braces xde tindak balas pun dgn mana2.. even kilat pun xkene sambar kot. haha..

pu3mas said...

@hANySS JonG oitt ngekk.. pa ta kau ya.. mcm aku dah lamaak ba upload gmbr kepci.. kau xnangga ka? eh kanak xda indah shoutbox aku.. apa cdak lain ok jak oo...

pu3mas said...

@*Vivilicious* kmk knak cabut kat graham.. 2 egek.. hmm xda la sakit.. besa jak..

Siti Arfah said...

Wah perkongsian mnarik. Akhirnya prtnyaan sy trjwb juga di sini. X sakit sgt ye. hehe. Bse la en kalo bnde2 cmtu, mst mle2 je skit, last2 rse best. :)

hardy boy said...

bgus experience nie.hehehe...

pu3mas said...

@Siti Arfah haa tue la.. mmg xsakit sgt pon.. tapi tipu la kalau xsakit langsung kan.. hihi..

pu3mas said...

@hardy boy TQ awak... saje nak share sesuatu..

Siti Arfah said...

Hehe, btol tu. Mst ade sakit sikit juga. :). Haa salam ramadhan kareem ya !^^

cik gold said...

kmk teringin mok pk braces..tp gigi mek ok.hehehe

Anishaway said...

Ouchhh. Anish sangat bencikan kesakitan !
bila cik Mas nak cabut besi tu..

bertambah lawa lah cik Mas nanti dengan gigi yang tersusun rapi. hikhik ;)

pu3mas said...

@Siti Arfah salam ramadhan kembali arfah :)

pu3mas said...

@cik gold aii mun gg ktk ok.. xplu la make owhh.. buang duit jak aii...

pu3mas said...

@Anishaway xtau lagi bile bukak.. mungkin setahun lagi kot..

btw kalau dah bukak nnti mas tetap gak xdpt nak lawan anis nye lawa kot.. haha.. :)