IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Saturday, September 22, 2012

JAPAN : OSAKA.

Rasanya seperti mimpi !

Aku tak seperti orang lain, mengimpikan untuk ke Jepun sejak dari kecil. Japan bukan destinasi pilihan aku. dan langsung tak pernah masuk dalam senarai tempat idaman aku.. Tapi jangan tanya aku mengapa dan kenapa ! sebab aku memang tak akan dapat merungkap jawapan yang indah untuk di dengari . okey anda paham? yeahh terima kaseh ! 


19 Julai 2012, tak pernah tercapai dek akal ku untuk memijakkan kaki ke NEGARA MATAHARI TERBIT untuk kali kedua nya (kali pertama pada 25 Oktober 2011). apatah lagi dengan mendapat tanggungan sepenuhnya dari pihak JAPAN (trip pertama dulu di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan MALAYSIA) .. sangat kagum dan pergghhh caya la kau Mas.. 

Kansai Airport, Osaka di depan mata :)

selepas 7 jam berhempas pulas di dalam kapal terbang , NOW aku dah di negara orang, jauh dari family... okey tampar tampar muka biar merah ! WOW ! meremang bulu roma. Sangat terkejut dan terus terkejut dan tersangat merasakan diri ini  ‘sangat kampung’ .. hey Mas, baru airport depan mata la, belum lagi mesin mesin yang canggih manggih ! korang tau kan, Airport kansai nie terletak kat tengah tengah laut, so memang sunyi and tersangat la indah permandangan ! 

KUASA ALLAH MEMANG HEBAT .

















Masa proses pemeriksaan imigresen pulak, memang agak lama, banyak pula soalan yang ditanya kepada dengan aku. Berapa hari di sini? bercuti ke? tinggal di mana? dijemput oleh siapa? dan pelbagai soalan yang pelik-pelik. Padahal kedatangan aku telah pun direkod sebelum ini oleh pihak HIROSHIMA. Cap jari pun dah ambil, masih tak berpuas hati lagi ke PAKCIK ! saja latue nak tengok aku lama lama.. opssss poyo ! (nasib pakcik tak hensem kalau tak mesti aku dah snap snap with you ! outchh

ok soalan demi soalan di ajukan.. akhirnya... 
tadaaaaaa ..... kejut tak kejut tak !!
inilah kad pengenalan diri ku sepanjang 2 bulan menetap di japan !

Selepas semua siap, aku naik 2 train untuk ke Hiroshima.. mula-mula ke Shin Osaka Station Then naik satu lagi train terus ke Hiroshima Station. Semua perjalanan mengambil masa 5 jam. sampai ke Hiroshima Station aku tunggu wakil HIROSHIMA CITY HALL menjemput diriku diiringi dengan RED CARPET.. yahoooo aku tipu !

mereka ini la yang akan bertanggungjawab terhadap aku sepanjang mengenal erti hidup di negara orang !
kiri sekali : Warron (Amerika Syarikat), Aku (Malaysia), Morio San (Japan), Yulia (Rusia), James (Grece)




tunggu perkongsian seterusnya bersama MEREKA !

bye ! bye !


4 comments:

Cik Honney said...

Best la ktk pat g cnun... :)
http://wadahberbicara.blogspot.com/

Aesya Zealous said...

wahh bestnyee

ckynnogha78 said...

Tahniah! Bangga apa! Follow mine... myhabibysuperb.blogspot.com

Chenal said...

Aik.....tuk entri tertunda ka? Apo oleh dari Japang tek? Ado mbak pakwe dr Sinun?