IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 11, 2010

B E N C I .


Saya tahu saya orang yang banyak bercakap. Potpet potpet potpet tak pernah berhenti. Memang itu diri saya. Tapi saya hanya bercakap banyak dengan orang yang saya kenal dan rapat sahaja. Saya tak pernah cakap berbuih buih mulut dekat orang yang saya tak berapa nak kenal. Kalau tak percaya, cuba tanya junior junior sekolah saya. Dorang lihat saya seorang kakak senior yang pendiam dan baik. Tapi dorang sangat rugi sebab tak mengenali saya yang sebenarnya. Awak ingat senang ke nak tengok saya kembali bercakap banyak banyak macam ini? Susah sangat selepas semua ini terjadi. Awak pun perasan kan dengan perubahan saya. Sebab dulu awak pernah berbicara tentang itu pada saya. Saya cuba menceriakan hati pilu saya dengan cuba membuka pintu hati bunga saya dengan membuat yang lain tertawa. Saya suka melihat orang lain ketawa sebab saya. Sebab nanti saya akan dapat pahala. Saya banyak cakap bercerita tentang ini dan itu berkongsi suka duka bersama dengan awak. Terima kasih sebab tak pernah melatah dengan saya. Saya suka itu. Dan saya fikir awak mungkin selesa dengan saya yang seadanya. Saya terus bercakap. Mungkin saya fikir saya akan kelihatan sangat comel bila bercakap sambil membuat ekspresi muka dihadapan awak. Sebab awak pernah berkata tentang itu juga.

Cuma petang tadi saya silap langkah. Saya tak tahu apa jadi dekat awak petang tadi. Saya cuba bercakap dengan awak dan ketawa dengan lawak saya sendiri. Tapi awak tak ketawa. Mungkin tak berapa lawak. Baik,saya cuba bercerita yang lain pula sambil membuat lawak yang lain. Tiba tiba awak menjerit dekat saya 'KAU BOLEH DIAM TAK?!!!!!!'  Okay,fine. Saya terkejut. Saya terdiam tanpa kata. Saya rasa hati saya yang tisu itu ditoreh toreh dan digunting kecil kecil. Saya pandang bola mata awak. Saya tak percaya awak ialah orang yang menengking saya sebegitu rupa. Waktu tu saya rasa macam saya dah buat satu kesilapan yang paling besar dalam hidup saya kepada awak. Waktu terhenti seketika.

Tapi,kenapa awak perlu cakap sebegitu kepada saya? Awak tau tak saya punya hati yang sangat tisu? Awak tahu kan. Jadi,kenapa harus melontarkan kata sebegitu rupa. Saya tahu kadang kadang suara saya mungkin boleh mendesingkan halwa pendengaran awak. Tapi saya punya suara yang lembut. Saya saya memahami awak. Dan saya fikir mungkin awak boleh cuba memahami saya. Tapi rasanya pada petang itu, saya tak dapat nak memahami awak. Awak sangat tiba tiba.

Saya benci masa itu. Saya rasa mahu padam saat itu. Tapi tak boleh. Saya benci diri awak saat itu. Saya benci gelodak hati saya ketika itu. Saya rasa mahu ambil hati saya saat itu dan bagi anjing makan.



2 comments:

PuanPepel said...

peh.sentap!

pu3mas said...

haah terus tersentap seketika !! sedih sgt... benci !