IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 09, 2010

Kalau saya suka, awak mesti suka, kalau tak, saya tak nak kawan.



Assalammualaikum semua. hihi. Hari ni mood gwe sangat baik bangeet. Rasa macam mahu buat kenduri qiqah 3 puluh lembu sekaligus.heeee :D Act tak ada lah besar mana or gempak mana pun yang terjadi yang buat mood aku happy banget tahap dewa camni. Cuma cuma rasa hari ni macam sangat best. Mood pun tak lari duduk bersepah sepah. Sangat baik ye mood aku hari ni dengan bertindak duduk mendiamkan diri dan menyanyikan lagu A,B,C yang sangat comel tu beramai ramai di dalam jiwa aku ni. Cececece, memandai je. hihi :P

Sebenar-benar-benarnya, aku sangat sangat gembira dengan kerja baru aku di DBKU ni. Nak dekat 2 minggu dah aku masuk kerja, dan selama 2 minggu juga lah aku rasa keja ni AKAN menjadi saat saat yang mungkin tak boleh aku lupakan dalam hidup aku. Achewah, kalau laa DATUK BANDAR tu terbaca ayat aku ni, mahunya menangis ke terharuan dia di sini. ngeh ngeh ngeh.
ini la pas kerja aku. gambar nie xleh besar besar sangat tau sebab muka memang xboleh belah.
 kalau la boleh guna bulu mata palsu masa ambik gambar ni kan ke bes..
baru muka xnampak pucat kan? =P
Pertama, pekerja pekerja di sini ofkos lah sangat sangat baik hati dan sangat sangat kepala gila dengan aku okay. SANGAT. kalau tak, tak ada maknanya aku nak taip entri hari ni cakap yang aku-happy-gila-dengan-keje-ini. walaupun baru 2 minggu tapi aura keseronokkan itu memang semakin menyerlah. Mereka juga sangat caring. Oh ye lupa nak cakap dalam ofis aku tu, aku lah yang paling muda. 20 tahun. dan dalam masa yang sama.. aku jugak la the ONLY one perempuan di ofis itu...hehe. So,budak baik dan mentah macam aku ni memang sangat diberi layanan VVIP yang sangat sangat oleh abang abang yang baik hati dan pakcik pakcik yang kacak lagi bergaya itu. HIHIHI. Rasa macam 'waaaah,dalam ofis saya ada banyak abang abang yang tua, jadi senang kalau nak mengadu cerita apa apa'. 

Lagi satu,aku sangat terharu dan rasa macam seorang baby yang sangat mulus hatinya pabila time awal awal masuk tu kan tangan aku terbedarah akibat kene bucu pintu yang tajam, so entah macam mana boleh ter-menangis mengeluarkan air mata embun sebab sakit tangan yang amat amat. Dan entah macam mana boleh terbuat muka yang sangat polos. Jadi,waktu tu ramai  abang abang senior datang membantu dengan menghulurkan ubat ubatan serta tisu premier bekalan untuk mengelaap air mata+hingusan semua. Dan tak lupa juga pada ucapan ucapan yg mengatakan 'TUAN MAS, kuat okay okay.nah biskut tiger untuk awak. nak bagi awak kuat macam tiger'. Oh sweet gila ayat aku reka ni. Hehehe.

Tapi ada juga part yang aku tak berapa nak suka. Rasa geram. Ye lah, bila dah keja ni, memang la masing masing ada duit sendiri, dieorang semua siap ada camera DSLR yang canggih canggih itu tau.. Siap muncung camera panjang gila bapak nenek atuk ah wa cakap sama lu. aku tau la kerja kite memang perlu ade camera untuk jadi bahan bukti.. tapi jangan la tunjuk depan aku... owhhh tidak.. aku sungguh jeles...aku tau la aku xde duit lagi nak beli benda alah yang macam tue... xpe, tunggu aku dapat gaji nanti.. hmm siap la korang... SEPULOOHHH aku beli tau...wakakka (sambil buat muka belagak kejap ye)

Yang bikin wa panas ialah bila dengan selamba hati camera DSLR dorang je main zoom zoom pegi snap snap muka wa yang tak berapa nak bersih ni. Cis, bikin wa panassss je. Bajet macam paparazzi ah ni ehh ? Cis ! Wa tengah makan roti ikan bilis pun tak senang duduk. Mahunya kalau muka aku tengah makan tu sangat buruk camne? Tetiba tercomot atas hidung ke? Haa, pastu masuk FB. Pastu tag nama aku. Memang malu jiwa raga gwe ah camni. Habis muka sememeh aku paling tersememeh terselebek korang dapat tengok. Ish, tak aci ni. Tak aci ni =.="

Lepas tu apa lagi eh? hurm hurm,

Haaaa..si ri us aku cakap kerja aku ni memang boleh buat muka aku terbakar. Oleh itu, aku memang kena siapkan krim penghalang sinaran uv untuk muka di dalam beg makeup aku. Lepastu hati ni memang kena sentiasa tabah dan gigih kalau nak berdepan dengan orang orang di sekeliling aku baru la jadi pekerja yang terbaik.. kan?

Ha,hape lagi eh nak cakap.Tadi aku rasa macam banyak benda nak taip.Tapi tetiba blank. Herr herr herr apela mas ni.
Ambil liquid,tekan bebanyak sampai jadi gelombang besar (mcm dekat sebelah gambar burung yang aku lukis ni. comel kan kan kan ). Hihi,tuh lah fav kerja yang aku selalu buat bila aku tengah bosan. hehe. Lepas tu biar gelombang liquid tu kering dekat luar. Lepas tu pecahkan gelombang tu. Ceh, mcm takde special langsung pun bende aku buat ni. Ape kejadahnya kerja kau ni mas? haha, tapi kerja ni aku suka. Tak tau la kenapa.
Okay kengkawan semua, saya nak pergi bersiap siap nak pergi gantung baju basah dekat dalam bilik dengan harapan esok pagi baju tu akan kering dengan bantuan kipas gantung tu. Okay, pergi dulu ! Pye pye pye Romeos & Julietssss ! 

Assalammualaikum =)

p/s: sekarang nie aku tengah sick leave 4 hari oo, mesti abang abang ofis mencari cari kehilangan aku.. sebab tuan puteri mereka sakit.. wakakka poyo je. !




MySpace

15 comments:

Unknown said...

Alarm berbunyi pukul lima pagi,Bangun pagi merebus megi,Kalau tak sahur memang rugi,lepas sahur jangan tido lagi....Selamat Berpuasa Saudara Saudari:)

pu3mas said...

bangun pagi minum kopi,
minum kopi cicah dgn cempedak,
selamat berpuasa jugak cik jari...
nanti blh kite sama2 berbukak !!

hahahha...

wantong said...

sahur-sahur

Amni said...

kitak kerja as apa kat sia? bahagian ney? kmk da juak kenalan kat sia.. hehe...

pu3mas said...

kmk kat bahgn kesihatan.. as a pegawai kesihatan.. kawan ktk sapa nama? bhgn apa nya?

pu3mas said...

hazwan.. esok la sahur..jgn xbgn sahur plak ek..

PuanPepel said...

selamat berpuasa :)

pu3mas said...

slmt bepuasa gak kat miera..

=)

CIK TOM said...

wow cantik la mata u yunk...
jeles cik tom tgkk..
camat poce ye...
sok jgn lupa bgn sahur :)

pu3mas said...

hai cik tom.. ala xde la.. nampak cantek pun sebab bantuan bulu mata tue je la.. kalau x, hmm xde la mcm tu..

slmt puasa gak kat cik tom k..

Zaer!! said...

Amin,zaer doakan mas dapat buat yang tebaik dalam bidang keje mas 2 k..zaer pon turut gembire!!wah!!nnt da gaji jangan lupe semua k,terutama zaer n the geng..;-)

pu3mas said...

turut mengamin kan bersama2 dgn zaer.. hahaha. tQ zaer, selalu la bagi semangat dekat mas k.. yg pasal gaji tue ok je.. jnji zaer sanggup dtg srwk je.. so nak ke x? ok kan?

Hafiz Yusof said...

selamat berpuasa

pu3mas said...

hai embun... slmat berpuasa untuk awak jugak...

Anonymous said...

Hello! Can you tell me how i can register mail at google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com