IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Thursday, August 05, 2010

zaman kebendulan aku memang tiada tandingan nya !!!

cantik tak cadar bilik saya dahulu kala!!!
sambil buat muka belagak jap !!
Sekarang,aku gemar duduk bersama keluarga dan bercerita tentang kenangan lalu.
1001 kenangan yang tak boleh dilupakan bersama insan insan yang tersayang lagi tercinta.
Bila dah cerita tentang kisah lalu,macam macam cerita yang keluar.
Dan sangat tak boleh blah ialah apabila bapak bercerita tentang tahap kebendulan aku dahulu kala. Malu oh.Tapi,nak kongsi juga dengan pembaca semua.hehe.

yang baju hijau putih tue jiran saya..
kami selalu main sama sama sebab kami kawan baek..
Pada suatu hari, di dalam kereta, sedang menuju ke destinasi (lupa pula nama tempatnya). Waktu tu kalau tak silap, aku darjah 2 atau darjah 3. Kau pilih je la mana satu tahun kau nak. Then,dalam kereta tu memang duduk masing masing agak berhimpit lah.Mana tak nya,dulu kereta kancil je (rindu ah kereta tu. now dah jadi arwah dah kereta tu. Kereta kancil kena curi depan rumah nenek kat kampung. then,pihak polis jumpa kereta tu dekat Serian dalam keadaan dah terbakar. Hangus.Kejam sungguh penjenayah tersebut ! Kereta tu banyak berjasa dengan aku sekeluarga) Ok sambung balik.Tengah berhimpit himpit tu,tiba tiba ada satu bau busuk datang menerjah di lubang hidung para penumpang. Bau apa lagi kalau bukan bau kentut kan. (eleh,macam you all tak pernah kentut dalam kereta je kan. Kitaorang pernah. *muka bangga sebab mengaku dan tak tipu.haha) Bau memang busuk. Tapi biasaa je kot. Ala,bau kentut..macam tu lah.

Then,bila mak dan bapak tanya, semua tak mengaku. Dan waktu tu bukan aku yang kentut ok ! Ulang suara, waktu tu AKU TIDAK KENTUT ok.Pastu mak cakap macam ni:

Mak : Budak kentut,bagi pen biru.Mka nak pinjam.
Aku : (aku tengok  abang abang dan adek aku buat tak tahu je.Memandangkan aku ni anak yang taat, aku terus selongkar poket kerusi) Ala mak,tak ada pen biru lah. Pen hitam ada lah.

Lepas tu,satu kereta antai gelak !
Nasib baik tak terpecah perut bapak aku yang comel itu akibat melihat telatah kebendulan aku itu.

Aku macam BLUR gilaaaaaa.Pastu selang beberapa minit aku faham.Huaaa, see-oat gila !

P/S : Faham tak cerita aku.Faham tak kenapa dorang gelak kan aku ? Kalau tak faham,maksudnya kau pun bendul macam aku juga.Tapi aku lagi ok sebab aku bendul waktu kecil kecil.hehe.Jangan marah,nanti kena jual :P
mata saya bulat macam BoLa noktah





MySpace

2 comments:

amira said...

ala2 comel2.. huhu
bendul apenye..

pu3mas89 said...

ala mira.. bendul la tue.. kite salu kene buli tau... hahha