IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 03, 2010

apa yang aku cakap itulah yang lahir dari hati aku.






Tipu lah kalau aku cakap tak ada sekelumat perasaan sedih hadir dalam hati bila dapat tahu ada yang sedang membenci aku.Aku berdiam diri.Taknak bersuara.Sebab bagi aku,biar lah dia menjadi api dan aku menjadi air.Kalau dua dua berapi,semua benda tak akan selesai bukan.Jadi,jalan terbaik,biar aku cuba berdiam diri.

Aku bukan manusia yang sempurna.Yang tak ada cacat dan cela untuk orang sukai.Aku ada kelemahan dan kekurangan diri.Itu aku mengaku.Sebab kalau aku sempurna,confirm confirm aku akan bongkak.Jadi,Allah swt jadikan aku seorang manusia yang punya kekurangan agar aku sentiasa bersyukur dengan segala kelebihan yang telah Dia bagi dekat aku.

Tapi serius rasa macam agak lain bila dapat tau kita dibenci orang.Takkan lah kau happy happy bila dapat tahu kau dibenci.Lagipun ini kali pertama aku dapat rasakan perasaan dibenci.Haih,down sedikit.Sebab sebelum ni aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk semua orang.Aku cuba menjaga hati semua pihak.Tapi tak sangka dalam baik baik aku,ada juga yang kurang senang dengan aku.Itu lah manusia.Manusia ni memang tak akan puas sampai bila bila.Ada je benda yang tak kena.

Aku taknak salahkan dia.Sebab setiap manusia dianugerahkan setiap perasaan.Perasaan suka,sayang,sedih,benci dan sebagainya.Jadi,itu memang hak dia kepada siapa dia nak suka,sayang sedih dan benci.
Tapi benda semua ni takkan jadi kalau kau cuba bersikap terbuka dan matang.Benda ni tak akan wujud kalau kau cuba faham situasi.Serius aku tak tahu celah mana salah dan silap aku.Ini semua gara gara salah faham.Apa yang tak puas,berdepan dengan aku.Jangan buat cerita pasal aku atau berkaitan denganya.
Selama ni aku silap.Aku fikir semua orang akan suka aku sebab aku cuba jadi diri aku sendiri dan cuba menjaga hati semua pihak.Tapi silap,ada juga yang membenci.

Ayat ni aku suka " Usah gelisah apabila dibenci manusia,kerana masih ada yang menyayangi kita di dunia.Tetapi gelisahlah apabila dibenci Allah,kerana tiada sesiapa yang menyayangi di akhirat kelak "

Peace ^_^V




MySpace

3 comments:

mira_nas said...

sabar je la.. kita x leyh nak puaskan hati semua org itu hakikatnye,.

pu3mas said...

haa betul ckp mira.. tgh sabar la nie... kite senyum je ok !!

harisu-sama a.k.a RS said...

kenak mas?
hmm biarlah org cmtu. dia yg memutuskan silaturrahim. kita dah cuba baiki hubungan tu tp dia pulak x. so moga2 dia yg bdosa,bukan ktk. chill k! :)