IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

Kau Pergi tinggalkan aku sendiri.

Segala yang datang dalam hidup adalah ketentuan Allah. Begitu jua pada pemergian, sudah ditakdirkan nasib dan perjalanan kehidupan seseorang. Di antara datang dan pergi itu, ada sebuah kehidupan. Ia juga suatu ‘ciptaan’ Allah swt. 
 
Dalam masa dua hari saja, saya menerima dua berita kematian. Seorang ahli keluarga saya, dan seorang lagi daripada sahabat baik saya. Saya simpati dan bersyukur pada masa sama. Simpati kerana keluarga mereka kehilangan insan disayangi dan bersyukur kerana mereka begitu tabah menghadapi semua dugaan mendatang. Tenang saja raut wajah ketika berita diketahui. Mungkin ada yang tahu kehilangan ini seperti sudah dijangka . Tetapi ada yang masih tidak boleh menerima kenyataan di atas pemergian mereka kerana kematian berlaku dalam keadaan yang mengejut. Kuasa Allah swt.
 
Kalau sudi sedekahkanlah Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Ada untungnya juga kerana suatu hari kita juga bakal diketemukan dengan pemergian ahli keluarga sendiri yang paling kita rapat. Mungkin orang lain pula bakal bersimpati dan bersedekah kepada kita. 
 
 
Al-fatihah untuk Azie, kawan baek saya.
 

 
persahabatan kami tetap utuh walaupun kau pergi dulu !
dan.. tangan  itu milik kami MIA= Mas Ieja Azie
 Sukar untuk aku luah kan dengan kata kata. pemergian arwah betul betul tidak disangka. Sakit yang beliau hadapi masih ditahap yang pertama, tetapi disebabkan tubuh nya tidak mampu menahan kesakitan yang amat, beliau pergi meninggalkan kami. YA ALLAH sungguh kuat dugaan mu Ya Allah. kerinduan semakin nyata, dan gambar menjadi penyeri mata. 

 
mood : masih terkejut dengan pemergian arwah =(
29 JANUARI 2011

2 comments:

tiefazatie said...

al-fatihah..
moga arwah dirahmati oleh allah..

pu3mas said...

@tiefazatie

AMIN.. thanks tia. tolong doa bersama 2.