IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Tuesday, June 14, 2011

Surat Wasiat

Semua orang mesti pernah terfikir bila la ajal korang nak sampai. Aku pon selalu juga fikir macam tu. Ye la, kita ni manusia memang kena fikir macam tu. Untuk buat kita lagi  bersedia untuk menghadapi kematiaan. Maksud aku persediaan dari segi berlumba lumba nak kutip kumpul pahala untuk di bawa ke hari perhitungan nanti. Macam mana kalau kita mati esok? tak pon, lepas korang baca blog aku ni ke? atau mungkin tengah syok syok gayut dengan buah hati ke? Senang cakap, ajal maut semua tu Allah swt boleh tarik bila bila masa je. Mesti tak sempat nak kirim pesanan apa apa dekat orang yang tersayang kan. Mesti terkilan. Isk (T_T)





Dulu aku ingat lagi waktu aku dekat KEM PLKN BETONG PAHANG. Ada satu program yang berkaitan dengan pembersihan hati macam tu la. Ala, program motivasi yang nangis nangis tu. Eceh, macam korang tak pernah merasa je program tu. Mesti sekolah korang pernah buat. Aku paling suka part di mana pihak program minta semua orang buat satu wasiat. 


Pihak program kasi satu kertas A4, then listkan segala wasiat yang ingin disampaikan. Kemudian, kertas tu dilipat dan disimpan dalam satu plastik. Pihak program tu akan simpan dan akan bagi dekat keluarga kita jika si penulis wasiat tersebut meninggal dunia. Memang waktu tu macam macam perasaan ada. Dan perasaan yang paling ketara sure ah sedih. Ada yang siap tersedu sedu tulis wasiat. Salute lah ! takpe, kami faham perasaan kau. Mesti banyak benda yang diluahkan. Mesti banyak benda yang ingin diwasiatkan.



Aku ni pula jenis macam mana eh. Hurm, kalau aku tengah sedih or perasaan kacau bilau, aku akan ambil kertas then akan luahkan segala apa yang aku rasa dan kertas tu aku lipat dan tulis nama penerima dekat atas kertas tu dan simpan dekat satu kotak yang sampai sekrang takde sorang pon tau mana aku simpan. Even, orang dalam rumah pon tak tau mana aku simpan. Kena lah simpan dekat tempat yang strategik. Kalau tak, tak suprise ah. Mana tau kalau esok aku tak ada, nanti boleh la korang baca luahan perasaan aku. Tak pun, boleh la terbitkan Diari Mastura. Eceh.






Nak tahu tak apa list wasiat yang ingin aku sampai kan? 
oppsss RAHSIA !
=P

6 comments:

Chenal said...

Ado juak pikir nk molah wasiat time muda2 tuk! ajal kito pasti...tpi x tauk bilo!

pu3mas said...

@Chenal aok bena kata ktk bang jenal.. wasiat ya boleh di kata penting juak ba..

iffah imani said...

takot bila bercerita pasal wasiat...

Zaer!! said...

Agak2 surat untuk kite ade x??mesti ade kan??fotostat la 1 kat saye..nk bace jugak ape yang awak luahkan...hehe

pu3mas said...

@iffah imani laa takut ke? kite pun takut gak masa nak tulis entry nie.. tapi tetap gak berani kan diri.. haha..

pu3mas said...

@Zaer!! huhuh xde pon !!.. xde sebab la nak buat surat untuk kamu wahai hencex zaer ~