IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Friday, June 10, 2011

cinta monyet yang memalukan !

Kawan kawan blogger. Hari ni aku nak kongsi cerita yang memalukan dalam hidup aku. Bukan senang wo nak berkongsi cerita memalukan ni. Kalau cerita sedih, senang nak berkongsi. Ni cerita malu, sure lah berat je mulut nak bercerita. Tapi takpa, demi blogger. *ayat mengampu ke apa ni * kihkihkih.


Dulu aku pernah kantoi pasal surat cinta. Ulang suara, Dulu aku pernah terkantoi pasal surat cinta. Sangat memalukan ok. Waktu tu aku rasa macam nak je pergi tempek simen dekat muka nih ha. Sumpah memalukan. 


Benda ni jadi 10 tahun lepas. Waktu tue aku Darjah 6 di Sekolah (nama sekolah dirahsiakan) tapi yang penting aku sekolah di sebuah sekolah rendah di Sarawak. masa sekolah dulu aku ada group sendiri tau, (aku, sharifah, efa, dan zam). Group kiteorang memang anti sangat dengan group lelaki mengada kat kelas aku, aku ingat lagi nama dieorg, (Azizil, Krol, Afham & Zharif) Paham tak? Senang cerita yang terkantoi ni ada 4 orang. Group kita orang yang terkantoi.


Waktu tu dalam kelas bahasa Melayu. Aku ingat lagi nama cikgu tu. Nama dia Cikgu Ayub. Hari tu, cikgu tak mengajar. Suruh buat kerja sendiri. Masalahnya, budak kelas aku nie kalau cikgu suruh buat kerja sendiri memang tak ada maknanya nak bawak keluar buku latihan math ke, sains ke, padahal nak UPSR. Selepas itu, bermula lah kerja dungu aku dan group aku. HAHAHA *sumpah aku nak tergelak* malu ~~


Waktu tu aku dengan Efa duduk belakang sekali. Kitaorang duduk sebelah sebelah. Zam pulak duduk dengan Syarifah dekat depan aku dan Efa. Lepas tu, Zam & Syarifah pusing kan lah kerusi dieorang dan terus mengadap aku dengan Efa.  Pertama, Efa buat la idea dungu, die kluarkan diary die, pastu Zam, aku n Syarifah pon turut ikut sekali. budget nak share luahan cinta la katakan. Aku pon apa lagi, semangat gila. Semua aku luahkan dalam diary aku tue. *memalukan wooo.


masa tue, aku ada suka Mamat A, tapi aku nie pemalu nak gtau, duduk diam je kan. tengok tengok dari jauh je, so disebabkan aku terlalu la memendamkan rasa, ale ale aku dengar Zam kapel dengan mamat A nie. *hancur hatiku, mengenangkanmu, menjadi keping keping setelah kau pergi... bla bla bla bla (tak ingat dah lagu tu). Aku time tu macam agak frust ah. HAHAHA.apa lagi, dalam diary tue la aku luahkan.. semua ada wei dalam tue.. so diary itu amat penting bagi saya.


Tengah syok syok baca luahan hati dalam diary masing masing, tiba tiba group lelaki nakal tue rampas diary kiteorang. WhatTheFrog ! Waktu tu memang aku rasa macam nak sembelih penggal penggal kepala dieorang. Sea-oat gila ! Waktu tu kelam kabut sangat. kita orang 4 orang masing masing berebut nak ambil balik. Semua dah cuak. Maluuuuuuuuuuuu woo ! Tak tahu nak letak mana muka ni *ha, sekarang baru kau reti fikir malu. Waktu buat plan dungu ni, tak pula malu. kihkihkih. 


Lepas tu, cikgu Ayub macam syak wasangka sedikit. Agak pelik tengok bising bising. Lepas tu, cikgu tu jalan pergi dekat group nakal. Yang sangat tak boleh bla, group budak nakal nie bijak, dieorang cepat cepat sembunyikan diary kiteorg so konon tak ada apa-apa la terjadi.  tapi yang kene marah nye kami berempat. ish dah la kene marah cikgu AYUB, pastu diary plak kene culek dek anasir anasir liar !!!  eee mahu nye xgeram !


Lepastu, waktu nak balik sekolah, aku menangis teresak esak dalam kelas waktu semua orang dah balik sebab takot kantoi dengan mak bapak aku. yela budak budak laki dah tau kot aku suka DIA !!! siap sindir sinder lagi.. malu la, aku dah la jenis pemalu, kene lagi jadi bahan. eyuuu lagi la sedih. terus ingat mak & bapak.. takut dieorang marah ! hahhaa poyo je masa tue.


Walaupun perkara ni amat memalukan bagi aku tapi aku rasa ni la pengalaman manis waktu aku sekolah rendah dulu. Bila di ingatkan balik, tergelak terguling terus. At least, waktu kecil kita orang berani nak luahkan rasa cinta kitaorang walaupun dalam diary je pon :P



p/s: sampai sekarang zizil, krol, afham & zharif tak kasi balek pon diary kiteorang. but now aku dah tak kesah dah. cinta monyet je kot.

2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. anda pasti cinta monyet? ney mamat A ya kinek tok? da temu gik sik?

lalala~

pu3mas said...

@ASaDa RyutaRo pasti pasti pasti cinta monyet.. nya kinek tok dah bahgia dgn org lain.. hihi lucu jk aii mun ingt balit..