IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Tuesday, June 14, 2011

aku dan masalah !

 Betul lah ni korang. 
kehidupan dan masalah ibarat aku dan kaca mata.
Di mana ada kaca mata, di situ ada aku.
Di mana ada Aku, di situ ada kaca mata.





Kita selalu sangat mengulang cerita dan segala kisah yang kita sendiri tidak akan tahu bilakah dan dimana harus cerita dan kisah itu harus berhenti. Kadang kadang kita keliru. Keliru sama ada arah yang kita tuju ini akan membawa kita ke syurga atau neraka. Kita tidak tahu sama ada arah ini betul atau kita salah arah. Dosa atau tidak.



Kita juga langsung tidak pernah mengambil tahu tentang pelabuhan akhir yang akan kita berlabuh nanti sangatlah uzur, sangatlah tua, sangatlah kesepiaan. Tapi apabila kita sendiri merasa bahawa ending-nya akan fail, kita cepat je mahu memutuskan dan berpaling lari jauh darinya. Kita lari. Lari lari dan lari. Kita pecut seperti pecut 100meter di KLCC. Kita terus lari jauh dan tinggalkan orang di belakang tanpa sedikit pon berpaling ke belakang.



Setelah kita jauh berlari dan jauh meninggalkan orang di belakang kita, adakah kita mampu mengubah sesuatu yang telah melekat kuat di hati dan fikiran kita? Adakah kita mencuba untuk mengharapkan sesuatu yang baru dan belum pernah kita alami. berubah tanpa adaptasi?



Allah swt menciptakan kita untuk beradaptasi. Semua makhluk Nya punya kemampuan untuk bertahan dari segala cubaan. Tetapi, adakah kita mampu hidup bahagia tanpa hati, fikiran dan bayang bayang masa lalu yang masih melekat kuat? Terutama pada bayang bayang yang belum kita selesaikan.


Korang, 
Selesaikan lah sejenak masalah yang ada di hadapan kita. 
Janganlah menangguhkan nya. 


Janganlah kita berfikir bahawa lari adalah jalan yang paling mudah. Tidak tidak. Lari bukan jalan penyelesaian nya. Makin kita lari, makin hampir masalah dengan kita. Jangan lah kita berfikir bahawa masalah sering kali datang membuli kita. Jangan lah kita berfikir bahawa kita adalah kepala utama dalam membuat masalah. Kerana, tanpa masalah, apa lah sangat hidup ini. Bererti kah hidup kita ini jika asyik tersenyum tanpa tangisan?



LAHIR, TUMBUH, MATI

Bagaikan sebuah tanaman yang hanya bila waktunya tiba dia akan mati. Berbahagialah kita atas apa yang telah diciptakan-Nya untuk kita, kerana itu semua adalah kurnia yang tidak semua akan mengalaminya. hanya yang kuat saja di uji. Jadi Bersyukur la !

4 comments:

hANySS JonG said...

sedang lari dari perasaan sendirikah kamu..? =)

pu3mas said...

@hANySS JonG bukan lari tapi cuba untuk memahami

NurulJannah Asila said...

“There are things that we never want to let go of, people we never want to leave behind. But keep in mind that sometimes letting go isn’t the end of the world, it’s the beginning of a new life.”

pu3mas said...

@NurulJannah Asila yup.. TQ ktk.. kmk tengah belajar untuk terima la tok.. sebarang kebarangkalian akan kmk cuba untuk hadapi.. doakan kmk dpt kekuatan ya k..