IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

Nasib baik la kau Adek aku !


 
adek memang suke buat muka ngade ngade pon ~~



Dia ni kan, kalau nak keluar dengan dia, tolong lah jangan pakai high heels. Patah kaki kau lenguh nanti. Semua kedai nak terjah. 



Aku tak berapa suka sangat keluar shopping dengan adik lelaki aku sorang ni. Mencabar tahap keimanan betol. Kalau korang nak keluar shopping dengan dia, sila lah. Dia ni jenis macam. hmm jap macam mana eh nak cakap. Ni dialog yang dia selalu cakap bila keluar shopping dengan dia.


Aku : Okay, Adek nak beli apa? Mak dah kasi duit kan?
Adek : Adik nak beli. Tapi tak tau nak beli apa.
Aku : Ala, adek beli je la apa apa pon.
Adek : Tak tahu. Tak tahu.  *angkat bahu*


Bila aku advise suruh beli something, sure dia tak nak. Dia nak fikir dulu. Last last, bila dah masuk kereta nak bertolak balik baru lah terfikir nak beli barang. Hampeh je. Lepas tu, balik je rumah buat muncung. Moody tak tentu pasal. Lepas tu memang aku la kene marah dengan mak dan bapak. 
 
 
Memang kalau keluar dengan dia, balik balik je dia akan moody. Sebab tak dapat barang yang dia nak. Ish, siapa yang tak nak beli barang sekarang? Kalau aku la kan, mak aku dah kasi elaun tu memang guna bebetol lah. Borong satu mall. muahaha.








Macam semalam aku dengan adeh pergi The Spring dari pukul 4.00 petang sampai lah pukol nak dekat pukul 10.00 malam. Memang letih lah. Tapi barang yang aku nak, dapat lah. so puas hati. Yang si adek aku pulak, dari sepanjang kami melekat dekat Spring, satu barang pon tak beli. Bukan sebab berjimat, (Adek berjimat? HAHA memang tak la) tapi sebab masalah dia yang tak tahu nak beli barang.
 
 
Sadis betol. HAHA (Kuang asam punye kakak) Last last pukul 9.30 malam macam tu baru la dapat hidayah nak beli selipar adidas. Adekkkkk, 6 jam kau dalam mall tu.. Selipar je kau beli? waaaa. aku sakit hati. Aku lenguh ke hulur ke hilir pergi masuk semua keda, cari barang engkau, last last kau beli selipar je? Baik pergi S.O.S je la wei.



gambar curik dari FB adek !

 Edek suka pose ala ala cool ketika aku sedang senyum cun cun punya. ish.

Apa apa pun, die ni la kawan yang paling baik dalam hidup aku. Die lah yang masam dan die lah yang manis. Memang kalau keluar, mesti kena sama sama. Kalau tak, rasa macam ada yang tak kena. We all ni dah kira macam bila tangan aku kena cubit, tangan adik aku yang terasa sakitnya.


No comments: