IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)

Tuesday, June 22, 2010

trip mak n bapa ke LANGKAWI



Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah Gergasi Bertarung, Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telani dan Telanai, Geroda dan Jentayu, dan Telaga Tujuh. 





Langkawi unik di sebalik pembangunannya yang pesat. Selangkah ke alam semula jadi Langkawi, muka buminya memberitahukan serta menceritakan asal usul kejadiannya. Bentuk fizikal gunung-ganang, pulau, gua, seakan-akan menyimpan himpunan cerita dan misteri yang tersendiri dan daripada dongeng dan hikayat jugalah kebanyakan tempat di Langkawi memperoleh namanya. Di barat laut pulau utama, tersergam Gunung Mat Chinchang yang mistik. Terbina dengan batuan yang paling tua di Asia Tenggara, dan di sinilah ditemui kesan fosil tertua berusia 500 juta tahun. 


nie antara gambar-gambar yang mak n bapa aku dapat...







Suatu ketika dahulu dipercayai alam ini dikuasai oleh roh dan gergasi yang bernama Mat Chinchang dan Mat Raya yang juga merupakan pengawal pulau itu. Perselisihan bermula apabila mereka tidak bersependapat tentang pertunangan anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya. 

Apabila tiba hari perkahwinan, perselisihan pendapat itu masih belum dapat diselesaikan. Angkara ini mengundang pergaduhan sengit antara kedua-dua bapa pasangan pengantin. 

Hari-hari yang berlalu menyaksikan perbalahan, pergaduhan, dan pertarungan. Dikatakan ketika bertarung, segala pinggan mangkuk, piring cawan, dan periuk belanga berterbangan di udara dan melanting ke merata tempat. Dalam keadaan yang serba gawat itu, sebuah belanga besar berisi kuah gulai tercampak ke suatu kawasan yang kemudiannya dinamai Belanga Pecah. 

Pekan Kuah, bandar utama Langkawi, mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau. 

Pergaduhan gergasi yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung. Mat Sawar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua. 







Hikayat Merong Mahawangsa turut meriwayatkan kisah yang berlaku di pulau legenda ini. Antaranya, pertarungan dengan jentayu. Dua ekor burung sakti bertarung dengan dahsyat. Akhirnya jentayu tewas. 

Pulau Dayang Bunting mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. 

Pulau Rebak pula mendapat namanya daripada dewa yang bernyanyi dan bermain alat bunyi-bunyian di dataran angin. Tiba-tiba sepasang rebab terjatuh ke dalam laut, menjelma menjadi Pulau Rebak Kecil dan Pulau Rebak Besar. 

Komposisi geologikal utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar. Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologikalnya amat mudah. Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti tourmaline, ilmenite, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam. 

Langkawi tidak memerlukan muzium untuk menceritakan kisahnya. Cukup dengan nama dan rupa bentuk fizikal unik dan menakjubkan. Jika anda pelancong yang mencintai alam semula jadi, jangan terpengaruh oleh lokasi cadangan agensi pelancongan. Sebaliknya mengembaralah ke pulau kecil sekelilingnya yang menyembunyikan puluhan gua granit dan batu kapur yang membentuk struktur unik dan mengagumkan..












hahahaa pandai gak mak aku pose.. 
caya la mak.. 




ok, ini plak gambar-gambar tambahan pose mak aku.. selamat melihat !!









MySpace                                                          

1 comment:

hANySS JonG said...

adeiiii...mcm baca buku sejarah form3..hahaha