IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 18, 2010

::imam muda ::


Aku baru saja selesai menonton rancangan Imam Muda tadi. Rancangan dia agak menarik sampai mendorong aku untuk buat satu post untuk rancangan imam muda nih. Sedikit sinopsis, Imam muda merupakan satu rancangan realiti bertemakan islamik yang disajikan kepada penonton melalui saluran Astro Oasis.






Mungkin rancangan realiti show berbentuk keagamaan sebegini sebelum ini, yakni Akademi Al-Quran telah mendapat sambutan menggalakkan, sampai memberi cahaya hidayah kepada Astro Oasis untuk mengikut jejak langkah TV9 menerbitkan rancangan realiti show yang kearah keIslaman.  Kalau nak lihat pun, Astro Oasis punya konsep memang keIslaman. Tapi untuk menerbitkan satu rancangan sebegini memang agak berisiko lah dari segi jumlah penontonnya, lagi-lagi dengan keadaan negara kita yang nilai-nilai keIslaman semakin merundum.


Aku secara jujur tak terdetik pun nak tengok rancangan ni PADA MULA NYA (I'm not a big fan of reality show), tapi sebab mak aku heboh sangat nak tengok, aku pun terpaksa la join sekaki.. lagi pun ade sorang mamat hensom, tue yang best tue... Lepas aku tengok, ternyata rancangan ni boleh tahan menarik. First episode pun cabaran dia kena uruskan dua mayat berisiko. Kedua-dua mayat dah meninggal lebih sebulan, dan salah satu mayat ada penyakit HIV. Tapi semua peserta dapat menguruskan mayat-mayat tersebut dengan begitu cekap sekali (mengikut kata juri lah kan). Untuk menambah keinterestingan cerita lagi, ayah aku yang kenal dengan salah satu juri tu cakap, kru-kru yang handle rancangan nih ada yang muntah-muntah dan demam-demam masa shooting bahagian ni. Dan, ada antara kru-kru nih yang mungkin dapat petunjuk, dari tak bertudung ke bertudung. Mengikut cakap juri tu kepada ayah ku lagi, sebahagian kru-kru tu sebelum ni handle rancangan Akademi Fantasia. Mungkin sebab pengalaman mereka dalam reality show, Astro Oasis pun tarik masuk rancangan Imam Muda pulak.



Hadiah untuk rancangan Imam Muda Astro Oasis ni pun boleh tahan hebat, kalah AF rasanya. Pemenang akan mendapat kereta bernilai RM150000, pakej haji, wang tunai RM20000 dan juga laptop Apple Mac Pro. Yang paling best dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Apa-apa pun, tahniah kepada Astro Oasis kerana menyajikan satu rancangan yang menarik dan aku pun mungkin akan menjadi penonton setia rancangan Imam Muda untuk minggu-minggu seterusnya.







MySpace                                                          

4 comments:

aKu dEdEkDiNHo said...

guz tol la rncngan mcm tu...
lebih bek sponser2 sponser rncngan mcm tu dripada rncngan mcm AF...
rncngan mcm nie mampu melahirkan msykt berakhlak n berilmu...

hANySS JonG said...

abe syara dh kluar..huhu

pu3mas said...

dedek: auk bna kata ktk.. 100% TEPAT !!!

pu3mas said...

anis: yala tek, tedah nya oitt.. nasib nya sempat baca kuthbah oo..