IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

kisah cinta sebelum subuh

assalamualaikum semua,
apa kabar malaysia,
apakabar sarawak,
apakabar sabah,
apa kabar key'el,
apa kabar pahang,
apa kabar brunei,
apa kabar singapura..
 (sambil lambai2 tangan kat korang dan tunjuk muka paling CUTE)
(✿ ♥‿♥)




hahhahaa dah macam miss malaysia pulak dah aku nie.. eh entri kali nie aku bukan nak stori morie pasal ratu cantek ke ape ye.. jangan pulak uol salah anggap.. gambar atas nie saje je nak kaburkan mata korang.. hahha dah aku xde kerje kan.. saje je nak tunjuk gurl2 cantek nie.. tapi cube bayangkan suatu hari nanti muke aku pulak yang duduk dekat tengah tue, pergghhh masuk wei.. hahahah

sebenarnya aku dah lama dah duduk depan laptop aku ni, konon2 nye nak taip entry baru la kan.. tapi banyak2 cerita yang terjadi hari nie, aku tertarik dengan peristiwa malam tadi.. yela mlm tadi agak lewat aku tido.. aku xdpat tdo.. macam biasa la aku golek sana golek sini, tapi haram !! langsung xberkesan.. aku sendiri pun pelik, kenapa sejak 2 menjak nie susah sangat nak tido ek? ishh risau gile aku, yela takut nanti jadi satu penyakit pulak..
ade sesetengah kawan aku, dieorg siap panggil aku KELAWAR lagi.. aduhai comel nye panggilan untuk aku kan?? 

jadi nak di jadikan cerita, dlm pukul 4lebih pagi tadi, aku dengar la radio IKIM FM.. pastu ade la sorang ustaz nie, aku lupe la nama ustaz tue,  die ade bagi satu cerita.. kire cerita ini untuk pedoman semua la...cerita die lebih kurang macam ni... 


al kisah... Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...


haaa, lebih kurang macam nie la cerita ustaz tue..sampai habis aku dengar cerita die, sampai subuh tau.. bangga ke xbangga wei?? hahahhaa... Subhanallah! subhanallah...begitu hebatnya cinta pemuda itu pada Allah....kecintaan kite pada dunia & manusia hanya sementara.. hanya kekal cinta yg agung pada allah...Allah pemberi nikmat ..walau pun tak dapat dirasai dgn tangan ..tapi dapat dirasai dalam hati...mudah-mudahan kita menjadi seperti nya...Cinta Allah yg maha agung & bekekalan....amin.. k lah uol, aku nak out dulu ye.. penat dah tangan aku nie taip.. tapi demi korang yang comel2 nie, aku tetap jugak stori sampai habis....hope2 uol paham la celoteh aku nie k.. salam semua.. TATA TT 22~~







MySpace                                                          

2 comments:

Zaer!! said...

waw!! menarik la en3 ni..layan je bile bace..hehe..nk lagi!!

pu3mas said...

tQ awak.. nie kisah betul tau..kite pun kagum gak dgr mlm tue.. tue yang kongsi sama2 tue..