IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 25, 2010

sejarah tidak akan berulang






assalamualaikum semua
selamat hari jumaat...
MyEm0.Com
xder mood lorh arini..
orang laen goyang kaki kat umah
tertonggek depan tv
aku pulak tergolek atas katil 
nak tgk tv xde mood pun.. MyEm0.Com

huh..!!
padan muka kau mas...
duk rumah sorang2..
 xper laaa...
tergolek-golek dahulu
goyang kaki-goyang kaki kemudian
boleh tahan gak peribahasa baru aku nie
saper sokong..?? 
*angkat tgn
hihihihiii *gelak malu2 kuceng
MyEm0.Com


Sebenarnya aku bukan lah jenis yg suka meluahkan isi hati dimana-mana ruangan, malah di atas secebis kertas sekalipun. Bagi aku, hati adalah satu-satunya tempat untuk aku kongsi cerita, rahsia suka duka hidup ini. Hari ni aku cukup tertarik ngan setiap luahan hati yg banyak menceritakan tentang kekecewaan. Jadi hari ini, aku sedia untuk luahkan segala-galanya....Bukan untuk siapa tapi semuanya untuk aku... 


Selama ini, aku sering lupa tentang fitrah kehidupan. Kadangkala kite diatas dan kadangkala kite dibawah. Semuanya berpunca daripada orang ketiga antara aku dan insan yg aku gelar sebagai kekasih. Hancur, kecewa, putus asa, semuanya boleh digambarkan perasaan aku saat aku menulis artikel ini. Bagai hilang arah hidup bila aku cuba mencari mana silapnya aku pada dia. Bila ditanya, dia mengakui ini berlaku bukan salah aku. 

Dia seringkali menyatakan rasa sayang pada aku walaupun ada orang ketiga antara kami. hati mana boleh sabar apabila dia menceritakan semua perlakuan dia dengan orang ketiga kepada aku. Jujurnya dia, tapi tidak pernahkah dia fikirkan perasaan aku saat itu. Pernah aku ingin menarik diri kerana tak sanggup rasanyan untuk menanggung beban yang amat berat ini. Keadaan aku semakin tertekan kerana orang ketiga itu seringkali membuat panggilan ke telefon aku. Aku semakin keliru, adakah aku yang merampas atau kebahagian aku yang dirampas? Aku seolah-olah dipersalahkan kerana tidak meninggalkan insan yang aku cintai. 


Salahkah aku untuk mempertahankan hak aku? Seminggu ni hanya tangisan yang sudi menemani aku. Aku tahu, dia juga turut tertekan kerana aku seringkali inginkan penjelasan darinya. Siapa yang tidak sayangkan hubungan uang dibina atas dasar cinta antara satu sama lain. Selama 3 tahun aku menunggu dan hari ini, semua bagaikan menanti belah. Aku cuba bersabar kerana aku seolah-olah percaya yang dia memang ditakdirkan untuk aku. Aku tidak lagi pedulikan panggilan dari orang ketiga malahan aku sebaik mungkin cuba memujuk dia untuk kembali kepada aku seperti waktu dulu. 


Aku tahu, jika aku terlalu memaksa mungkin aku yang terpaksa menderita. Aku cuba lakukan sebaik mungkin dan menganggap bagai tiada apa yang berlaku. Dalam sehari dua ni, aku juga turut mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Cukup tenang hati ku saat aku sujud kepada-Nya. Fitrah manusia, bila susah baru ingat Tuhan. Hati ku tenangbila bersama-Nya. 

Aku tahu, kalau di ikutkan hati, aku tak kan kemana-mana. Mungkin ini satu-satunya jalan untuk aku mengawal emosi. Aku tahu, kasih sayang aku kepada dia tak akan pudar. Sehingga hari ini, aku masih berusaha untuk kembalikan kasih sayang dia kepada aku. Sekiranya telah ditakdirkan dia bukan untuk aku, aku redha. Tapi sekiranya dia diciptakan untuk aku, aku doakan Allah kuatkan semangat aku untuk lalui dugaan ini. Aku juga inginkan kalian mendoakan kebahagian aku. Semoga Allah Tabahkan Hati ini dengan ape keputusan yang mendatang....




hurm..
hidup nie tak seindah rupa
tak secatik bahasa
bila kita melalui liku-liku hidup
baru kita tahu makna kehidupan itu sendiri

sebab
ade masa kita diatas
tibe2 kita dibawah
ade masa kita mengata
tibe2 kita di perkatakan
ade masa kita bahagia
tibe2 sedeyh itu menjelma

hurmm..
banyak lagi...
tapi.. ape yg penting cara kita hadapi semua tue..
xkira ape juga yg jadi

owh..
putera idaman
hehehheee...
MyEm0.Com

dah dah..
merepek jer kamoo...
gi makan kerepek sambil merenung cik tam lagi baek...
hikhikhik...

okeh2
saya mau setop berbelog
tata..~~
MyEm0.Com








MySpace                                                          

2 comments:

hANySS JonG said...

u deserve sumone better...as wat u owez nasihat me....
stop it and mulakan hidup baru..hmmm

pu3mas said...

yup.. tapi ko kan tauk.. makin kita nak lupakan.. makin yala nya main kat palak kita.. huhu.. tapi xpa.. mcm ne ko blh mua hidup baru.. mcm ya juak la aku.. kan???