IF U DONT KNOW WHO I AM PLEASE DONT JUDGE ME
NOBODY IS PERFECT & I AM NOBODY
::: aku bukan PUTERI dari KAYANGAN tapi aku PUTERI dari bumi KENYALANG :::
(◕‿◕✿)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 19, 2010

Neraca dunia.



Apa sesungguhnya erti hidup ini?
Bangun pagi, kadang sarapan kadang tidak
Pergi ke suatu tempat, belajar/bekerja
Pulang
Matahari terbenam
Istirehat
Pejamkan mata
Mimpikan mimpi
Tentang indah sebuah padang dipenuhi cahaya mentari


Apa yang kau cari dalam hidup ini?
Duit?
Kuasa?
Populariti?…atau hanya
Cinta?
Yang mana? Cinta sejati atau yang palsu?
Cinta yang ada dihati atau di bibir saja?


Apa yang kau ingin dari hidup ini?
Airmata mengalir sebab kau mendapat musibah
Atau ketika tawa berdekah dekah sebab kau mendapat anugerah terhebat
Apa yang hidup mampu berikan
Selain janji
Yang belum tentu dapat ditepati


Mengapa kau ingin hidup?
Bukankah tidur lebih baik jika kita terus didera hati gundah gelana?
Bukankah mati lebih baik jika jiwa raga telah tak berdaya?
Bukankah sembunyi lebih baik dari sekadar melangut di tepi tangga
Tepi jendela?


Hidup kita
Hakikatnya adalah sebatang kara
Tak ada yang lain hanya kau dan Dia
Semua datang dan pergi
Tak ada satu pun yang abadi
Kecuali Dia yang Maha Melihat


Hidup kita
sejatinya adalah pencarian tanpa henti
jauh ke dalam diri sendiri
hiraukan mata orang lain
abaikan pemikiran orang lain
tapi utamakan rahmat-Nya
sekalipun tak pernah tertukar
kerana benar



Hidup ini
adalah pencarian hakiki
makna dan fungsi diri sendiri
agar hasilnya dapat kita bawa pulang
sebagai laporan pada yang Maha Pengasih.
lalu bertanya aku pada diri sendiri…


Apakah benar ini diriku ya Rabb?
Apakah benar caraku mendefinisikan kefanaanku
Di hamparan suci bumi-MU
Apakah dosaku telah luruh
Dengan 5 kali menyelam dalam
Ke sungai kesucian?
Dengan rangkaian zikir dan salawat
Yang kadang lupa ku lafazkan


Apakah benar ini hatiku ya Kekasih?

Hanya satu saja yang ku rindukan
Lebih dari rindu matahari pada rembulan
yang membuat jantung ku nyaris gugur
Kerana kebas
Oleh rahsia
Oleh rasa ingin jumpa
Kekasih-MU
Satu-satunya Kekasih-Mu


Tolong aku wahai yang Maha Rindu
Izinkan bertemu walau sekejap
Agar kutahu wajah mulia kekasih-Mu itu
Agar dapat kusentuh tangannya yang mulia
Kerana dada ini sudah terlampau membara


Rindu ini
Rindu ini
Rindu ini
Rasa cinta ini
Rasa berdebar ini
Tak dapat ku tanggung lagi..



Dan akhirnya
Apakah erti hidup ini?
Selain mengukuhkan keabadian-Mu
Selain menghamba,
Selain merindu
Selain mengharap
Selain mencinta..


Maha Pengasih,
Akan mampu aku lewati hari ini
Yang suram mahu pun yang cerah
Yang gundah mahu pun yang indah..
Akan aku tanggung sendiri
Jika Engkau yang mengendalikan..
Jangan biarkan aku melangkah sendirian
Tanpa petunjuk Engkau,aku takkan berdiri di sini



Semua suruhan-Mu
Akan aku laksanakan
Dalam hidup yang singkat ini

Wahai Kekasih…
Sungguh jangan buat aku
Melupakan Engkau dan kekasih-Mu
Sungguh..
Jadikanlah mereka
Intan permata dan emas yang berkilauan
Namun tak melenakan
Yang mampu membuat bibir dan hatiku
Tak henti bersyukur pada-Mu
Yang membuat salawat selalu indah melingkar
Dalam berkat.





MySpace

10 comments:

Amir Syahir said...

dunia4...geee

CikguAfiq said...

nice2..

Wan_hazel said...

eceh ktk..nice poem///ada bakat..camyalah hukum hakam dunia..p sayang da photo yg ktk snap ya eh..kenak stgh jak papan awas ya?/hehhee

pu3mas said...

hiro: yup.. tue la hakikat dunia.. kan?

pu3mas said...

cikgu: terima kaseh sebab jenguk entry tue... nanti mai lagi tau.. hahha

pu3mas said...

wan: ktk puji mek ka?? hehehe TQ ahh.. saja jak ngasah bakat ba.. hahaha.. btw yang pasal gmbr ya, gne ktk tauk ya word "AWAS" eh??? hebat ka or nasib ya?? hahaha

btw gambr ya kmk crop sebab kawan kmk ya free hair.. so xblh la tunjuk...

Wan_hazel said...

owh,,,mek tauk lah ya awas...mek nak kawan ngan bomeoh salam..ktk tok juak eh...xingat gik lah nya ya...

hehhee..

pu3mas said...

bomoh salam? aii g idup nya ka.. auk ehh lupak mek.. adoh takut la kmk gtok..

Wan_hazel said...

hahaha..boh ktk takut...nya xkaco ktk..huhuhu

pu3mas said...

bena ka??? owh selamat !!!!!!